Tuesday, 2 April 2019

Tajuk filem antarabangsa jika ditranslate ke dlm Bahasa Dusun


1. Kuminodou (Frozen)
2. Nopuhut ot tawan (Skyfall)
3. Misasangod hilo rombituon (Star Wars)
4. Mogkuot Sada' (Finding Nemo)
5. Tulun do Korut (Spiderman)
6. Osiau om ouruon do otogod (Fast & Furios)
7. Mitatamong hilo id Rumandawi
(Guardians of the Galaxy)
8. Yunivesiti Rogon (Monsters
University)
9. Kusai do Agalong (Men in
Black)
10. Immilo (Mission Impossible)
11. Immilo moti (Mission
Impossible II)
12. Immilo moti kopio (Mission
Impossible III)
13. Immilo kopio kangku mala di.... Minammai kopio awu otumbayaan😂😂!(Mission
Impossible IV)
14. Ingga ralan sunsuriyan  (No Way Back)
15. Sawalo.. (The Hoax)
16. Sanganu lo pondulung  (Lord of the
Ring)
17. Notiliban dilo tongus (Gone with the
Wind)
18. Songulun id walai (Home Alone)
19. Songulun ingga koduo
(Home Alone 2)
20. Songulunan mengimuri lo baraba hilo dingus om mengitob tangkala lo gontulak😂😂😂
(Home Alone 3)
21. It tolundus om opurongod (Beauty and the beast)
22. Gimbabo ie Harry(Harry potter)
23.Sinurambi hiloooooo id tanga kobuturan (Little house in the prairie)
24.Dunsul tagayo (Thor)
25. Aralom no kosusudu (Deep impact)
26. Aansaau no om ragang po (Babies Day Out)
27.Mogigintong hilo nagas ( Baywatch)
28. Innokunan do awu anganaaru tumur (Tommorow Never Die)
29. Dandi di James (James Bond)
30. Tipagon di Tai Kong(Fung Sai Yuk)

Thursday, 21 March 2019

Kaum yang hilang di Sarawak

Pada suatu ketika dahulu, sebelum kedatangan Rajah James Brooke ke Sarawak pada 1841, Sarawak dikatakan mempunyai sekitar 60 kumpulan etnik.
Pernahkah anda mendengar etnik Ukit, Sihan, Lahanan, Kejaman, Longkiput, Saban, Sekapan, Tagal, atau Remun?
Sebelum kedatangan Brooke, sesuatu kelompok tidak menggelarkan diri mereka mengikut nama kaum seperti yang kita kenali pada hari ini. Sebaliknya, setiap kelompok menggelarkan diri mereka mengikut batang sungai atau penempatan.
Mengapakah jumlah etnik semakin berkurangan di Sarawak? Adakah sebahagiannya sudah pupus atau hilang dari muka bumi? Jika pupus, apakah faktor yang menyebabkan kepupusan itu?
Ada daripada orang Melayu yang kita kenali pada hari ini sebenarnya berasal daripada kelompok kaum yang pada asalnya bukan beragama Islam. Ketika amalan kahwin campur dan memeluk Islam berlaku di Sarawak sejak berabad-abad lalu sehingga suku ketiga abad lepas, ada yang menyifatkan mereka sebagai masuk Melayu, dan bukannya masuk Islam.
Pada awal abad ke-15, Kesultanan Brunei menjadi begitu kuat dan berpengaruh di Borneo. Pada ketika itu, banyak suku kaum lain seperti Melanau, Kedayan dan kaum Dayak turut menganut agama Islam. Mereka bukan sahaja menganut agama itu, tetapi turut mengamalkan akomodasi, asimilasi dan amalgamasi dari segi sosiobudaya. Ada daripada mereka menggelarkan diri sebagai Melayu apabila sudah menganut agama Islam.
Mengikut catatan pihak Belanda, lama sebelum pemerintahan Belanda, kebanyakan masyarakat Iban di kawasan Kapuas telah “masuk Melayu” dengan memeluk agama Islam, atau telah banyak dipengaruhi oleh budaya Melayu. Gelaran Dayak sebenarnya merupakan ciptaan pegawai dan pengembara Barat, iaitu Belanda dan Inggeris, di sekitar pulau Borneo pada abad ke-19. Tidak syak lagi, orang Dayak yang memeluk Islam menjadi Melayu.
Hal ini turut berlaku kepada orang Pegu, Seru, Kedayan, Melanau dan Bliun. Kaum minoriti Seru yang terdapat di Saribas dipercayai merupakan kaum bukan Melayu awal yang memeluk agama Islam di Sarawak.
Orang Seru merupakan kaum yang lemah dan sering menjadi mangsa kegiatan ngayau atau memotong kepala kaum Iban. Kedatangan orang Melayu memungkinkan mereka mendapat perlindungan. Ekoran daripada itu, ramai wanita Seru mengahwini orang Melayu, dan akhirnya seluruh kaum itu menganut agama Islam, justeru masuk Melayu. Hal yang sama juga berlaku terhadap kaum Bliun di Rejang dan Miri di Baram.
Kaum-kaum berkenaan tidak lagi wujud atau pupus pada awal abad ke-19. Orang Kedayan di Sibuti dan Limbang-Lawas turut memilih untuk masuk Melayu atau menganut agama Islam. Malah, mereka merupakan antara orang terawal di utara Borneo yang menerima Islam walaupun hakikatnya mereka masih menggelarkan diri mereka Kedayan dan mempunyai jati diri yang jelas.
Orang Pegu sebenarnya berasal dari hulu Sadong dan kemudiannya berhijrah ke Santubong. Orang Melayu Samarahan adalah daripada keturunan Pegu. Ternyata, orang Pegu juga telah ‘masuk Melayu’ apabila mereka memeluk agama Islam. Sebagai satu kaum, Pegu sudah lenyap daripada demografi Sarawak ekoran daripada proses asimilasi sesudah mereka memeluk agama Islam.
Asimilasi mutlak atau sempurna dalam kalangan kaum Pegu telah menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti sehingga kemudiannya mereka menjadi Melayu.
Pada hari ini, terdapat tiga kategori Melanau, iaitu Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau yang masih berpegang kepada kepercayaan lama. Lebih 75 peratus daripada suku Melanau telah memeluk agama Islam dan meninggaklkan adat resam dan rumah panjang mereka hasil kejayaan pemerintahan kesultanan Brunei. Orang Melanau Islam di bahagian ketiga dan keempat kadangkala memanggil diri mereka sebagai orang Melayu dan oleh orang lain meskipun hakikatnya mereka ialah Melanau. Ramai orang Melanau di bahagian pesisir pantai yang sudah terpengaruh dengan kebudayaan Melayu dan memeluk agama Islam dan menyebabkan sesetengahnya dianggap seperti Melayu meskipun ada yang lebih suka mengekalkan identiti mereka sebagai orang Melanau Islam, dengan tidak lagi tinggal di rumah panjang dan tidak lagi mengamalkan budaya dan adat yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Hasil hubungan berkenaan juga, kaum minoriti di Sarawak ketika itu juga memeluk agama Islam, dan turut menggelarkan diri mereka sebagai Melayu, kerana sesudah memeluk Islam mereka menyifatkannya sebagai ‘masuk Melayu’. Hal inilah yang berlaku kepada suku Bliun di Sarikei dan di Tembang Bliun apabila mereka berpeluang berinteraksi dengan orang Melayu dari Sadong dan Simanggang. Malah, hasil perkahwinan campur dengan orang Melayu menyebabkan semua suku berkenaan masuk Melayu.
Selain itu, James Brooke mencatatkan bahawa ramai orang Iban di Lundu telah memeluk Islam menjelang 1939. Malah menjelang, menjelang 1854, mubaligh Kristian, Gomes, menganggap Iban di Lundu telah menggunakan dan mengamalkan bahasa dan budaya Melayu.
Seawal 1860, Iban Balau di Bahagian Kedua, Sarawak, termasuk Anak Pegawai Negeri telah memeluk Islam dan masuk Melayu. Iban di Skrang dan Saribas lebih terdedah kepada budaya Melayu dan agama Islam kerana mereka tinggal di kawasan yang sama. Kedua-dua kaum itu sering berinteraksi, malah mereka terlibat dalam kegiatan bersama seperti kegiatan perdagangan, ketenteraan dan perlanunan. Dalam keadaan demikian, sudah tentu perkahwinan campur dan memeluk agama Islam dalam kalangan Iban lebih mudah berlaku.
Proses asimilasi dan amalgamasi antara etnik bukan Islam turut menyebabkan etnik lain yang kecil pupus atau hampir pupus. Hal ini berlaku terhadap Orang Tatau di Tatau yang tinggal kurang daripada sepuluh orang sahaja lagi yang berdarah totok Orang Tatau, yang sebenarnya berasal dari Kalimantan. Perkahwinan campur antara Orang Tatau dengan orang Punan Kakus dan Beketan yang hidup di sekitar telah menyebabkan Orang Tatau yang mengakamodasikan diri mereka ke dalam masyarakat yang lebih dominan di ambang kepupusan.
Namun, jika ditelusuri dari segi sejarah keturunan dan asal usul, Orang Tatau, Punan Kakus dan Beketan mempunyai hubungan keturunan serumpun, tetapi penghijrahan dan perkahwinan campur telah menyebabkan kaum itu hampir pupus. Adakah Orang Tatau akan mengalami nasib yang sama seperti dialami kaum Seru, Pegu dan Bliun dalam tempoh kurang daripada dua dekad?.
Kepupusan setiap etnik adalah satu kehilangan besar dari segi warisan bangsa. Jika sesuatu kumpulan etnik pupus, bermaksud hilang bersama kaum itu ialah khazanah yang amat berharga. Apabila sesuatu kaum pupus, maka pupus bersama-samanya ialah bahasa, budaya, kepercayaan, adat resam dan seluruh memori kolektif kaum itu. –

Wednesday, 20 March 2019

Kisah Cerita Dan Sejarah Ringkas Tasik Biru Di Daerah Kecil Bau
Dahulunya, Tasik Biru yang terletak di Daerah Kecil Bau merupakan lombong emas yang terkenal di negeri Sarawak.
Pernah satu ketika, Tasik Biru dikeringkan semula untuk mengorek emas oleh syarikat negara asing. Mungkin ramai yang tidak tahu, tasik ini menyimpan emas yang paling cantik serta berkualiti di dunia. Pernah satu ketika berlaku pemendapan di beberapa buah tempat di kawasan Bau termasuklah tapak lama Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bau disebabkan perlombongan semula di tasik ini. Akibat daripada pemendapan itu, penduduk di sini marah lalu membantah kerja-kerja melombong semula. Setelah mendapat bantahan daripada penduduk tempatan, akhirnya pada tahun 1998, air diisikan semula ke dalam tasik ini dan kerja-kerja melombong dengan rasminya ditutup. Berikutan itu, pemendapan berhenti dengan serta merta.
Lagenda Tasik Biru di Bau Sarawak.
Tasik Biru di Bau, Sarawak yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching.Mengikut cerita dongeng penduduk setempat, tasik ini dikatakan menjadi habitat kura-kura emas yang menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai. Dan daripada cerita mitos pula, dikatakan Tasik Biru ini dikaitkan dengan misteri kemunculan tiga raksasa sekitar tahun 1988 yang dikatakan berukuran tiga meter panjang berenang di bawah permukaan tasik mengakibatkan pemandangan cantik ini tampak suram dan menyeramkan. Malah keindahan tasik itu membuatkan penyair Kemala atau Ahmad Kamal Abdullah mengabadikannya dalam sajak 21 baris bertajuk Tasik Biru. Sajak beliau menjadi sebahagian daripada teks mata pelajaran sastera bagi penuntut Tingkatan Satu. Tasik Biru sebenarnya bukanlah tasik semula jadi kerana ia terbentuk daripada aktiviti perlombongan emas yang dijalankan oleh Borneo Company pada 1898. Namun, operasi lombong itu ditutup ekoran banjir yang melanda pada tahun 1921 sehinggalah ia dibuka semula kepada umum pada 21 April 2001 tetapi sebagai lokasi pelancongan. Sejak itu, tasik yang memiliki kedalaman 91 meter dan meliputi keluasan kira-kira enam hektar mula dikenali ramai. Sebagaimana tasik lain, tasik yang menjalani kerja pembesaran pada tahun 2000 itu mampu menggamit pelancong untuk singgah sebentar bagi menikmati pemandangan di situ. Nama asalnya dikenali sebagai Tasik Tai Parit sebelum ditukarkan menjadi Tasik Biru pada 1970-an. Keindahan Tasik Biru tergugat selepas kemalangan membabitkan sebuah bas sekolah yang terjatuh ke dalam tasik ini dan mengorbankan 28 pelajar termasuk dua guru pelatih pada akhir 1980-an. Selepas kejadian itu, Tasik Biru ditutup dan kegiatan melombong emas dijalankan semula sehinggalah awal tahun 2000.
Kini tasik ini dihidupkan semula dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas, kedai makan, taman rekreasi dan sebagainya. Ia dibuka kepada orang ramai yang ingin beriadah sambil menikmati udara segar sambil melihat sendiri tasik buatan manusia yang kebiru-biruan sambil merenungi sejenak sejarah yang tersirat di dalamnya.

Thursday, 7 February 2019

THE SWITZERLAND OF THE EAST” - Tambunan, Sabah, Borneo

MENYEBUT nama satu negara iaitu Switzerland sudah tentu kita akan dapat membayangkan betapa indahnya negara tersebut.  Dalam pada itu acapkali kita di Borneo lupa bahawa di bumi kita berpijak ini juga mempunyai satu lokasi yang terkenal dengan jolokan nama “The Switzerland Of The East”.  Tambunan, Sabah itulah lokasinya kerana inilah antara daerah pedalaman yang memukau dan indah di Sabah. Cuacanya yang dingin dan pemandangan alam semulajadi yang indah akan membuatkan anda terpesona seakan-akan berada di luar negara.

Namun bukan itu alasan utama mengapa daerah pedalaman ini mendapat jolokan sebagai Switzerland of the east, corak perkampungan serta warna lanskap pertanian kawasan lembah ini yang seakan-akan mirip dengan negara Switzerland menjadikan daerah ini mendapat gelaran sedemikian.

Di sebalik pesona keindahan daerah pedalaman yang turut menjadi antara pintu masuk ke kawasan pedalaman atas yang lain, terdapat himpunan kisah turun-temurun mengenai daerah ini. Ada yang mengatakan daerah Tambunan mendapat nama hasil daripada gabungan dua nama tempat yang didiami etnik dusun Tambunan satu masa lalu iaitu Gombunan (kawasan dataran) dan Tamadon.

Selain daripada lanskap pertanian dan alam semulajadinya yang membuatkan Tambunan terkenal dengan jolokan Switzerland of The East, daerah ini juga turut dikenali dengan lagenda Tajau (tempayan) besarnya yang dikenali sebagai Gantung Sorili. Terdapat dua kisah terkenal yang melingkari keberadaan tajau besar ini di bumi Tambunan.

Salah satunya adalah kisah Bobolian tua bernama Sogunting yang menjadi perantara damai antara puak atau etnik tempatan yang sering bertelagah sekitar tahun 1700 sehingga 1800 an. Pada sekitar era ini, Pomogunan (Sabah) kerap dilanda persengketaan kaum yang tiada kesudahan. Pertelingkahan ini bukan sahaja terjadi antara sesama etnik Dusun, akan tetapi turut melibatkan etnik Dusun dengan suku-suku pribumi yang lain.

Peristiwa pertelingkahan etnik sehingga mencetuskan pertumpahan darah mencapai kemuncak apabila Huguon Siou (Gelaran untuk pahlawan Dusun yang berani) Bouvang dari suku Dusun Tanggara memimpin serangan ke atas penempatan etnik Dusun Liwan di Sunsuron. Etnik Dusun Tanggara pada masa itu turut bermusuhan dengan empayar Brunei yang telah menaungi beberapa wilayah di Pomogunan sejak zaman-berzaman.

Tidak berdiam diri dengan serangan yang diterima, etnik Dusun Liwan turut membalas apabila mereka turut menyerang Ulu Putatan yang hari ini dikenali sebagai Penampang. Episod pertelingkahan kaum ini terus berlarutan apabila etnik Dusun Lotud yang terkenal sebagai antara etnik yang terkuat pada masa itu kerap memimpin ekspedisi perang mengayau (pemburuan kepala) ke Kiulu dan sekitar Tamparuli, Kiau, Bundu Tuhan di sekitar Ranau bahkan sejauh Kudat.

Perang Pogunan pada tahun 1885 pula melibatkan suku Dusun Liwan dan Tagahas, persengketaan terjadi apabila mereka saling berusaha untuk menguasai Pogunan yang merupakan antara kawasan perdagangan penting pada masa itu. Lain pula halnya yang terjadi di Tuaran. Etnik Dusun Tuaran terlibat dengan kancah peperangan antara etnik Irranun dan Empayar Brunei, sementara etnik Dusun Membakut juga turut memerangi empayar Brunei dan etnik Dusun di Kimanis. Bagi etnik Dusun yang menetap di pedalaman Kota Belud, mereka terlibat dengan peperangan di antara suku Bajau dan Irranun.

Pokoknya, persengketaan kaum pada masa itu seakan-akan sudah menjadi makanan sehari-hari semua orang. Sogunting, Bobolian yang telah lanjut usia dan menetap di Tambunan menerima perkhabaran ini dengan dukacita. Persengketaan kaum yang merebak dari satu kawasan ke kawasan yang lain ibarat sumpahan Rogon, semangat jahat yang sangat ditakuti etnik Dusun. Orang-orang yang hidup pada zaman beliau senantiasa berada dalam ketakutan dan kekhuatiran untuk melangkahkan kaki ke mana-mana. Aktiviti pertanian yang menjadi nadi suku-suku pedalaman dan pesisir Pantai Barat turut terjejas. Bendang dan huma sukar dikerjakan, kalaupun mereka hendak turun bertani, mereka terpaksan turun dengan jumlah yang ramai lengkap bersenjata kerana khuatir akan diserang lebih-lebih lagi oleh para pengayau yang melakukan pemburuan kepala.

Wanita yang arif lagi bijaksana ini mengambil kata putus. Perdamaian harus segera dicari, atau persengketaan antara etnik itu akan menghancurkan Pomogunan andai gagal diatasi. Pada masa itu, terdapat beberapa tokoh Pengayau yang cukup terkenal seperti Bungkar, Sambatang, Rumantai, Bihangan, Gondiran, Montuk, Bouvang, Gantang, Ongkor, Dolumpung, Kandurong, Sindayan dan sebagainya yang datang dari pelbagai suku.

Langkah pertama diambil, Bobolian yang arif ini memanggil semua tokoh Pengayau, para Bobolian dan Wayon-Wayon (ketua setiap suku) untuk berhimpun di pohon ‘Nunuk Ragang’ (pohon ara) besar yang terdapat di daerah Tambunan pada masa itu. Beliau juga dikatakan turut memanggil wakil daripada etnik Bajau pesisir.
Perhimpunan besar yang dihadiri setiap wakil suku dan tokoh-tokoh penting mereka dari segenap Pomogunan yang terlibat dengan insiden pertumpahan darah berlangsung selama sepuluh hari. Menurut cerita, sebanyak 16 ekor kerbau disembelih bagi menampung makanan para tetamu yang hadir sepanjang berlangsungnya pertemuan bersejarah itu.

Semua yang terlibat memberikan pendapat dan pandangan masing-masing. Apabila kata putus dicapai, upacara perdamaian pun dijalankan. Bagi tujuan itu sebuah tajau besar dibina yang kemudiannya dinamakan sebagai Gantung Sorili.

Bobolian Sogunting mengetuai upacara perdamaian dengan menyuruh setiap “Wayoon Payat (pemimpin puak) dan Luguan Susumangod (panglima/pemimpin pasukan) untuk meletakkan tangan mereka di atas tajau tersebut.

Masing-masing dikehendaki mengucapkan sumpah untuk berdamai. Nama Kinohoringan diseru untuk merestui upacara perdamaian itu. Menurut salah satu catatan mengenai upacara perdamaian dalam buku, H. Ling Roth, kaum Dusun mengadakan upacara perdamaian dengan pertama berseru pada Kinorohingan dengan teriakan keras sambil membacakan “rinait.” (Mantera).

Kemudian Bobolian akan memeterai sumpah yang diucapkan itu dengan perantaraan api (ranting kayu berbara), air (menumpahkan air dari bambu ke dalam tajau) dan tanah. Kemudian Bobolian akan mengambil sumpit, kemudian menyumpit ke arah langit untuk memanggil Kinorohingan sebagai saksi upacara tersebut.

Setelah usai upacara perdamaian barulah persengketaan antara kaum ini selesai. Aktiviti pertanian dan perdagangan kembali rancak. Tidak ada lagi yang perlu dikhuatirkan apabila mereka turun ke bendang untuk bersawah atau berhuma di bukit. Bahkan aktiviti pemburuan kepala atau peperangan antara etnik hampir-hampir tidak ada. Jasa Bobolian Sogunting dalam mengembalikan keamanan pada Pomogunan terus diceritakan dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Uniknya, kisah beliau ini kita boleh dapati pada hampir setiap literatur lisan etnik-etnik di Sabah khususnya yang mendiami kawasan Pantai Barat.

Kisah Gantung Sorili yang kedua dikatakan bermula daripada pengalaman seram seorang pemuda yang menetap di salah satu desa di daerah Tambunan berabad-abad yang silam. Dikatakan pada suatu hari pemuda ini seperti biasa keluar ke hutan untuk menjala di sungai.

Leka menjala ikan, beliau tidak sedar bahawa hari telah beransur gelap. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk tidur di dalam hutan dengan berselimutkan jala yang dibawa. Apabila tiba waktu tengah malam beliau terjaga kerana mendengar suara-suara orang ramai sedang bercakap. Bimbang dengan keselamatannya, dia mematikan diri.

Ternyata suara-suara yang bercakap-cakap itu kononnya makhluk Bunian yang mendiami hutan berkenaan. Apabila ketua pada makhluk itu ternampak pemuda yang sedang berbaring itu, dia menyangka pemuda itu telah tercedera di seluruh tubuh kerana samar-samar tubuh pemuda itu terlihat seperti demikian, walhal lubang-lubang yang terdapat pada jala itulah yang menghasilkan ilusi bahawa tubuh pemuda itu sedang terluka.

Kerana niat untuk menolong, dikatakan makhluk itu telah memasukkan tubuh pemuda itu kedalam tajau ajaib milik mereka. Namun tajau berkenaan tidak dapat memuatkan tubuh pemuda itu. Mereka mencuba tajau yang lain, berulang-ulang sehingga akhirnya mereka berjaya memasukkan tubuh pemuda itu pada sebuah tajau yang sangat besar.

Namun apabila fajar menyingsing, makhluk-makhluk berkenaan secara tergesa-gesa menghilangkan diri meninggalkan tajau besar milik mereka. Kejadian mistik itu segera diadukan pemuda itu apabila dia kembali ke desa nya. Kemudian tajau besar itu dibawa kembali ke rumah pemuda itu dengan bantuan penduduk kampung.

Menurut penceritaan daripada penduduk kampung Widu, tempat di mana tajau misteri ini berada, pernah satu ketika tajau ini tiba-tiba dipenuhi air, dan untuk selama beberapa ratus tahun, air itu tidak pernah kering. Ajaibnya lagi, di dalam air itu terdapat beberapa ekor ikan yang juga ikut hidup sepanjang air itu tidak kering. Malangnya dikatakan orang-orang kampung telah melanggar satu pantang larang sehingga menyebabkan air menjadi kering dan ikan-ikan tersebut turut hilang.

Demikian lah, kisah menakjubkan di sebalik tajau Gantung Sorili di Tambunan. Tajau sememangnya merupakan satu objek mistik yang menjadi sebahagian daripada elemen penting dalam etnik pribumi di Sabah khususnya etnik Dusun dan Murut. Tajau Gantung Sorili bukan satu-satunya tajau yang memiliki lagenda tersendiri di Sabah, sebaliknya terdapat beberapa buah tajau lagi seperti “Gurunon” yang ada di Bongawan dan tajau Tompok atau Haing/Naga yang terletak di Tuaran.

Tajau-tajau ini kononnya sama ada dikurniakan oleh “Kinohoringan” atau pemberian daripada naga. Bahkan kaum Dayak khususnya etnik Iban turut menganggap tajau sebagai satu bentuk perlambangan ataupun status seseorang. Satu kepala musuh atau dua orang tawanan perang, sama nilainya dengan dua tajau jenis rusa. Bahkan seorang ketua juga akan kehilangan wibawa apabila tidak memiliki tajau.

Bahkan tajau juga turut dipuja oleh etnik Dusun lama seperti lagenda yang terdapat dalam kalangan suku Dusun Bonggi. Dikatakan praktik pemujaan tajau dalam kalangan suku berkenaan dimulakan oleh Sidomon, sosok ghaib yang mendakwa berasal dari kayangan. Sidomon dikatakan menemui banyak tajau di atas puncak sebuah gunung dan kemudian mengasaskan zon pemujaan tajau suku Dusun Bonggi di Pulau Banggi.

KONKLUSI

Seandainya anda berhajat untuk berkunjung ke Tambunan, anda pasti tidak akan menyesali percutian anda. Sesuai dengan gelaran sebagai Switzerland Timur, terdapat beberapa destinasi yang berbaloi untuk dikunjungi. Antaranya air terjun Mahua yang terletak 12 kilometer dari pekan Tambunan. Selain air yang jernih dengan air terjun yang berketinggian 50 kaki, terdapat satu bongkah batu yang mirip wajah manusia sedang tersenyum di persekitaran kawasan air terjun ini.

Selain itu, para pengunjung juga boleh menyaksikan batu gong tambunan yang terletak di kampung Solibog. Bunyi yang terhasil daripada batu ini menyerupai gong yang juga sebahagian daripada alat muzik tradisi etnik Dusun. Adat benda pelik seperti batu gong, pastinya memiliki kisah misteri yang menunggu untuk dirungkaikan.

Seandainya anda berfikir bahawa Gunung Kinabalu adalah satu-satunya gunung yang wujud di Sabah, anda silap. Gunung Trusmadi, gunung yang menjadi tulang belakang kepada daerah Tambunan merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Di Bawah Bayu dan juga di Malaysia. Menerusi ketinggian 8669 kaki, ia kerap menerima kunjungan daripada penggemar aktiviti sukan lasak luar negara. Secara keseluruhan Tambunan menawarkan lebih 14 buah tarikan pelancongan untuk dilawati.

Tajau Gantung Sorili, memiliki dua kisah lagenda menakjubkan di sebalik signifikan kewujudannya kepada latar kebudayaan etnik pribumi di Borneo Utara. Menerusi kisah Bobolian Sogunting, kita dapat memperolehi pengajaran bahawa persengketaan kaum merupakan sesuatu yang sia-sia dan hanya mengundang perpecahan yang akan menjadi punca kejatuhan sesuatu bangsa.

Secara peribadi saya merasa sangat dekat dengan versi Bobolian Sogunting kerana kisah wanita menakjubkan ini boleh didapati pada setiap literatur lisan etnik-etnik di Sabah. Bukan bermaksud kita menolak sepenuhnya versi yang kedua, namun pada setiap kisah lagenda yang teranyam kemas sebagai cerita rakyat yang menghiburkan, terdapat sesuatu di sana yang memerlukan kita untuk mengkaji sejauh mana lagenda ini bersumberkan sejarah daripada tokoh yang sebenar, sehingga menjadikan kita lebih peka dan menghargai sejarah warisan leluhur dan berfikir secara kritis, di sebalik hanya mampu terbuai dan menjadikan ia hanya sebuah ‘a bedtime story’ yang mengkhayalkan.

-SAM-

#SayangSabah
#SayangSarawak

CREDIT PHOTO to Nordinwan via panoramio.com with caption entitle “Padi Fields Of Kpg. Sunsuron, Tambunan”.

Rujukan:

1. https://www.facebook.com/Tambunan-our-Hometown-28083023563…/
(Tajau di kalangan kaum peribumi Borneo dan Legenda Tajau "Gantung Sorilih," Kg. Widu, Tambunan, North Borneo).
2. http://www.waktusolat.net/…/misteri-kampung-widu-tambunan.h…(Misteri Kampung Widu).
3. http://www.sentiasapanas.com/…/lokasi-pelancongan-menarik-d… (14 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Tambunan).

Sunday, 3 February 2019

Bidayuh

SARAWAK merupakan tanah kelahiran saya.SARAWAK mempunyai banyak kepelbagaian kaum dan suku kaumnya.Antaranya adalah suku kaum Bidayuh yang merupakan salah satu suku kaum dalam puluhan suku kaum yang mendiami Bumi Kenyalang, Negeri Sarawak.

Masyarakat kaum Bidayuh merupakan antara salah satu suku kaum yang merupakan bumiputera Sarawak bersama masyarakat bumiputera yang terdiri dari pelbagai etnik.
ASAL USUL PERKATAAN BIDAYUH

Dalam bahasa Bidayuh, ‘Bi’ bermaksud ‘orang’ dan ‘Dayuh’ bermaksud ‘Darat’. Oleh itu, Bidayuh bermaksud ‘Orang Darat’. Bidayuh dikenali sebagai Dayak Darat oleh orang Eropah pada masa dahulu untuk membezakan mereka daripada masyarakat Iban (Dayak Laut). Bagi Dayak Laut, perkataan ‘Laut’ digunakan disebabkan mereka sudah pandai menggunakan perahu walapun tinggal di pedalaman. Tidak seperti orang Bidayuh, mereka tiada kemahiran menggunakan perahu semasa kedatangan orang Eropah.

BIJAGOI DAN BISINGAI DI DAERAH BAU

Bijagoi dan Bisingai ialah dua kumpulan sub etnik Bidayuh yang berbeza tetapi disatukan kerana tinggal di daerah yang sama iaitu Daerah Bau. Bijagoi berasal dari Gunung Bratak, iaitu tempat asal masyarakat Bidayuh yang bermigrasi dari Sungkung, Kalimantan Barat. Sekitar tahun 1838, Bijagoi berpindah dari Bung Bratak ke Gunung Jagoi disebabkan serangan orang Iban Skrang dari Sri Aman. Bijagoi tinggal di puncak Gunung Jagoi yang berketinggian 1,162 kaki dari aras laut. Oleh sebab itu mereka dikenali sebagai Bijagoi, yang bermaksud “orang-orang Gunung Jagoi”.
Bisingai mendapat nama dari Panglima Ma Ganai @ Rangai, iaitu Panglima (Togung) yang memimpin pengikutnya dari Sungkung ke Gunung Singai. Pada mulanya, mereka menamakan Gunung Singai sebagai ‘Dorod Gonai’. Akan tetapi mereka memanggilnya sebagai ‘Dorod Singai’ sehingga kini.

5 KUMPULAN BIDAYUH DAERAH BAU

1.Kumpulan Singai
2.Kumpulan Jagoi/ Bratak
3.Kumpulan Serembu (Birois)
4.Kumpulan Gumbang
5. Kumpulan Tringgus

BUKAR-SADONG

Sub-etnik Bidayuh terbesar ialah Bukar Sadong, yang tinggal di Daerah Serian. Bidayuh Bukar dan Sadong merupakan dua kumpulan yang berlainan tetapi tinggal dalam daerah yang sama, iaitu Serian. Bidayuh Bukar mendapat nama dari perkataan ‘kakar’ yang bermaksud ‘kotor dan sungai yang berlumpur’. Bukar juga nama bagi Sungai. Bibukar tinggal berhampiran dengan Batang Samaharan.Pada masa dahulu, nenek moyang mereka bermigrasi dari Sungkung/ Bugau dan seterusnya ke Tembawang Rutoi. Seterusnya, mereka berpindah ke kawasan baru yang berhampiran dengan sungai dan Gunung Sadong. Lama-kelamaan, sungai tersebut kotor disebabkan haiwan liar dari hulu sungai. Dari peristiwa inilah nama ‘bukar’ wujud.

Bidayuh Sadong mendapat nama sempena Batang Sadong dan Gunung Sadong iaitu sungai dan gunung utama di Serian. Mereka tinggal di sepanjang Batang Sadong termasuklah Batang Kayan, Sungai Kedup, Sungai Suhu dan Sungai Robin yang berhampiran dengan Gunung Sadong. Kumpulan Bidayuh Sadong terdiri daripada beberapa kumpulan kecil. Lazimnya, Bidayuh Bukar-Sadong dikenali sebagai Bidayuh Serian kerana mereka tertumpu di DaerahSerian.

15 KUMPULAN SUB-ETNIK BIDAYUH BUKAR - SADONG

1.Kumpulan Bukar
2.Kumpulan Sambat
3.Kumpulan Mentu
4.Kumpulan Sumpas
5.Kumpulan Temong
6.Kumpulan Taup.
7.Kumpulan Engkeroh.
8.Kumpulan Riih
9.Kumpulan Gahat (Semabang)
10. Kumpulan Suntas
11. Kumpulan Kujang
12. Kumpulan Prangkan
13. Kumpulan Sangai
14. Kumpulan Daha
15. Kumpulan Tepoi

**Kumpulan Tepoi bukannya berasal dari Serian, tetapi berasal dari kumpulan Biannah di Padawan

Saturday, 12 January 2019

KEPADA GENERASI MALAYSIA : KENALI SARAWAK RANGERS

SOALAN : Saya dari Malaya. Tak pernah dengar pun nama Sarawak Rangers sebelum ini. Kononnya awak nak bangkitkan semangat Sarawak Rangers dalam diri orang-orang Sarawak untuk menentang Malaya. Berikan lima sebab mengapa Malaya mesti takut pada Sarawak Rangers.

JAWAPAN : Tak ada sebab mengapa Malaya mesti takut. Tetapi pakcik tahu ada lima sebab kenapa Malaya mesti berterimakasih pada Sarawak Rangers. Awak patut bersujud, menangis bercucuran air mata, meraung-raung mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada Sarawak Rangers.

NO.1 | Pada tahun 1942,
ketika datuk dan semua keturunan awak sudah tidak ada cara lagi menentang askar Jepun selain daripada mengaku kalah dan menjadi tali barut askar Jepun haramjadah yang menyembah matahari, Sarawak Rangers masih tak kalah-kalah di hutan Borneo. Askar Jepun diburu dan dibunuh dalam setiap operasi gerila yang dilakukan oleh Sarawak Rangers.

Bila Jepun menyerah kalah, tiba-tiba datuk dan keturunan awak keluar dari pejabat kempetai, berpusu-pusu mereka berarak sambil menggenggam penumbuk di udara, kononnya mereka lah yang menghalau Jepun dari Nusantara.

NO.2 | Pada tahun 1960, sebelumpun Persekutuan Malaysia dibentuk, kerajaan-kerajaan Melayu di Malaya menagih simpati Sarawak Rangers untuk menyelamatkan Malaya dari ancaman komunis. Sarawak Rangers ternyata berani tidak terbilang walau berperang di sebrang lautan.

Nenek awak nyaris dirogol komunis. Sarawak Rangers pancung kepala komunis itu sebelum dia sempat masukkan DNA bintang tiga ke dalam badan nenek awak. Selepas komunis menyerah kalah, nenek awak dan keturunan dia sebaliknya menjulang UMNO sebagai penyelamat bangsa.

NO.3 | Pada tahun 1963,
tentera Indonesia menggempur Tanah Melayu semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Sarawak Rangers juga yang dipanggil untuk menjadi benteng Malaya.

Indonesia turut menyerang Sarawak, tetapi semua Indon hilang kepala di sempadan. Di Malaya pulak lain ceritanya. Tentera Indonesia dapat mendarat di Tanah Melayu. Sempadan Malaya sudah bocor. Bertempiaran lari anak dara Melayu.

Isteri awak nyaris dirogol dan dibawa lari ke Jakarta. Sarawak Rangers pancung kepala Indon itu sebelum dia sempat masukkan DNA Indon ke dalam badan isteri awak.

Selepas Indonesia batalkan hasrat menyerang Persekutuan Malaysia, isteri awak dan keturunan dia sebaliknya menjulang UMNO sebagai penyelamat bangsa. Sarawak Rangers sengih-sengih jer geleng-geleng kepala.

NO.4 | Pada tahun 1969,
semasa rusuhan kaum 13 Mei, anak perempuan awak nyaris dirogol beramai-ramai oleh perusuh. Sarawak Rangers pancung kepala perusuh-perusuh sebelum sempat mereka masukkan DNA anarchy ke dalam badan anak perempuan awak.

Selepas suasana di Malaya kembali aman, anak perempuan awak dan keturunan dia sebaliknya menjulang UMNO sebagai penyelamat bangsa. Tanpa mereka sedari UMNO lah tangan sulit yang merancang tercetusnya rusuhan itu. Sarawak Rangers garu-garu kepala tak paham kenapa keturunan awak senang ditipu orang.

NO.5 | Kalau Persekutuan Malaysia diancam penjajah, mereka kena langkah mayat Sarawak Rangers dulu. Gugur satu berganti seribu; gugur seribu berganti sejuta. Kami semua adalah Sarawak Rangers.

Siapa bilang ?
Tuan Haji Julaihi yang bilang, Silakan !
____________

Menurut kata seorang lagi eyewitness dari Sarawak yang terperangkap dalam tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 di Malaya, Sarawak Rangers telah dipanggil untuk mengamankan suasana pada ketika itu. Bila Malaya dalam masalah, Sarawak juga yang pergi menyelamatkan Malaya. Kanak-kanak Malaysia sekalian, ingat itu baik-baik!

Berdasarkan kronologi patik percaya Sarawak Rangers yang dimaksudkan oleh eyewitness tadi ialah Batalion Pertama Regimen Renjer Malaysia. Sarawak Rangers sudah banyak kali bertukar nama.

Yang menarik hati patik di sini ialah nama itu. Tak kira apa nama baru yang diberi, masyarakat tetap memanggil pasukan elit dari Bumi Kenyalang ini sebagai "Sarawak Rangers". Sememangnya patik sendiri berkenan dengan nama itu. Nama yang gah. Nama yang mesra di telinga rakyat Sarawak. Nama yang menggerunkan di telinga musuh Sarawak. Nama keramat.

Nama Sarawak Rangers sudah tiada. Namun patik percaya semangat Sarawak Rangers masih ada. Semangat Sarawak Rangers masih hidup subur dalam peribadi orang-orang Sarawak. Kau, kau, kau dan kau adalah Sarawak Rangers.

Patik juga percaya semangat Sarawak Rangers pada hari ini bukan lagi hanya relevan bagi masyarakat Iban. Dengan izin kaum Iban, patik mahu sarankan Sarawak Rangers sebagai simbol keberanian seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama. Keberanian menjulang hak dan martabat Sarawak walau di hujung dunia sekalipun.

Kanang Langkau semestinya Sarawak Ranger. Watson Nyambek semestinya Sarawak Ranger. Pandelela Renong semestinya Sarawak Ranger. Bala Kuda Ditta semestinya Sarawak Ranger. Tania Bugo dan Rabiah Amit semestinya Sarawak Rangers. Awang Mahyan dan Buda Anchah semestinya Sarawak Rangers. Dewi Liana Seriestha semestinya Sarawak Ranger.

Dan ramai lagi yang patik dah tak ingat nama mereka serta-merta. Anda dijemput untuk mencadangkan nama mereka yang anda ketahui di dalam komen nanti. Terimakasih.

Baru Bian, Idris Jala dan Robert Lian semestinya juga Sarawak Rangers. Ong Kee Hui, James Wong Kim Min dan Sim Kwang Yang semestinya Sarawak Rangers. Adenan Satem dan James Masing semestinya Sarawak Rangers.

Orang-orang kampung yang sekarang sedang membantah projek empangan di Ulu Baram juga semestinya Sarawak Rangers. Termasuk orang-orang Penan pun Sarawak Rangers juga.

Ingat lah wahai kawan-kawan. Di saat-saat engkau ketakutan. Ketika berada di ambang kekalahan. Bila kau rasa lemah dan kerdil... kenang lah asalmu, tanah kelahiranmu. Sedar lah di dalam dirimu ada seorang perwira berani sedia membantu. Perwira itu adalah engkau sendiri. Kau adalah Sarawak Ranger.

Perjuangan untuk menegakkan hak-hak Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Bumi Kenyalang memanggil Sarawak Rangers untuk berbakti. Apa jawabmu?

Silakan  !

________

.

|#FAKTA SEJARAH SARAWAK RANGERS (1862 – 1963 ) :

Pesuruhjaya British di Malaya iaitu Sir Gerald Templer pernah menggelar pasukan Sarawak Ranger sebagai Pasukan Terbaik Di Dunia dan untuk mana-mana pasukan tentera yang pernah berkhidmat sewaktu zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu suatu waktu dahulu memanggil mereka “The Sarawak Headhunter”.

Ketika Presiden Sukarno, presiden Indonesia suatu ketika dahulu pernah berkata di dalam satu ucapannya ” Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa. Ramai yang bercerai dari badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia”.

Inilah antara kata-kata yang pernah merujuk kepada Sarawak Rangers iaitu satu pasukan separa tentera yang begitu gah dengan kepakaran mereka menjejaki musuh serta keberanian mereka yang tiada tolok bandingnya sehinggakan Sarawak Rangers dulu, kini dan selamanya tetap menjadi kebanggaan Bangsa Sarawak.

Pasukan yang terkenal dengan moto “Agik Idup Agik Ngelaban” inilah yang akan menjadi artikel informasi sejarah untuk pembaca Borneo Oracle sekalian yang diberikan tajuk Sejarah Sarawak Ranger (1862-1963).

Sarawak Rangers merupakan satu pasukan separa tentera yang telah dibentuk oleh Rajah Charles Brooke iaitu Rajah kedua Negara Sarawak pada Oktober 1862.

Pada awal penubuhannya pasukan separa tentera ini telah dianggotai oleh anak tempatan Sarawak berbangsa Iban seramai 32 orang. Mereka telah dipilih hasil daripada pemuafakatan Rajah Charles Brooke dengan tuai-tuai rumah etnik Iban yang menyokong kepimpinan keluarga Dinasti Brooke di Negara Sarawak pada ketika itu. Pemilihan 32 orang ini bukanlah hanya sekadar tangkap muat tetapi etnik Iban 32 orang ini merupakan antara pahlawan etnik Iban yang gagah perkasa serta terkenal dengan selok belok berperang yang mewakili kawasan masing-masing.

Jadi apabila ada diantara pahlawan Iban yang sememangnya pandai di dalam taktik berperang ini mendapat kepakaran dan sentuhan daripada mereka yang berpengalaman di arena perang moden yang dibawakan khas daripada Negara Eropah maka mereka telah menghasilkan satu pasukan yang mantap.

Pada ketika inilah, Rajah Charles Brooke telah menggunakan Sarawak Rangers di dalam perang-perang untuk meluaskan empayar jajahan Negara Sarawak pada ketika itu bagi melawan mana-mana mereka yang menentang pemerintahan Brooke di bumi Sarawak suatu ketika dahulu.

Sekitar tahun 1930an iaitu ketika dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang teruk pada waktu itu, Sarawak Rangers juga mendapat tempias yang sama apabila pada 29 Februari 1932, Sarawak Ranger telah dibubarkan secara rasmi dan akibat pembubaran itu ada di kalangan Sarawak Rangers telah kembali ke kampong halaman masing-masing dan ada juga telah dengan rela hati diserapkan menjadi pasukan Polis Negara Sarawak.

Pada ketika itu, Negara Sarawak telah stabil dan banyak keringat mereka dituntut untuk menjaga keamanan di bumi Sarawak pada masa itu.

Ketika Negara Sarawak di dalam persediaan untuk menghadapi Perang Dunia Kedua, sekali lagi Sarawak Rangers telah dipanggil untuk berbakti dengan Negara Sarawak.

Pada ketika itu Rajah Charles Vyner Brooke telah membentuk Sarawak Rangers kembali bagi tujuan pertahanan dan mereka telah terlibat secara langsung di dalam mempertahankan Lutong, Miri dan Kuching sewaktu pencerobohan tentera Jepun pada Disember 1941.

Ini terbukti apabila Sarawak Rangers adalah pertahanan terakhir sewaktu pertempuran terakhir di Kuching yang mana memaksa Sarawak Rangers untuk berundur ke kampong halaman masing-masing kerana kekuatan tentera Jepun sewaktu itu sememangnya begitu kuat sekali.

Seperti kata pepatah lama biar putih tulang jangan putih mata, biarpun mereka telah berundur dan memberikan kemenangan kepada tentera Jepun namun begitu semangat anggota Sarawak Rangers mempertahankan bumi Sarawak tetap sentiasa ada di sanubari mereka dan akhirnya mereka bergabung dengan Major Tom Harisson iaitu seorang anggota tentera Tentera Komanwel daripada Australia yang melancarkan serangan gerila yang dikenali sebagai Pasukan “Z”.

Kerana kepandaian dan kepakaran daripada Sarawak Rangers ini ramai tentera Jepun yang telah dibunuh oleh mereka. Setelah Jepun menyerah kalah akibat daripada pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, pasukan Sarawak Rangers telah sekali lagi pulang ke kampong halaman mereka untuk kembali ke penghidupan normal mereka sebagai anak Sarawak.

Di ketika Malaya menghadapi serangan pengganas komunis iaitu pada tahun 1948 yang lebih dikenali sebagai zaman darurat komunis, sekali lagi pahlawan-pahlawan iban ini dituntut kepakaran mereka untuk membantu Malaya pada ketika itu oleh Kerajaan British Borneo Sarawak.

Pada masa ini 49 penjejak Iban telah dihantar ke Malaya untuk membantu anggota pasukan tentera komanwel menangani pengganas komunis pada waktu itu. Kepakaran mereka menjejaki musuh di dalam hutan sememangnya tiada tolok bandingannya.

Sepatutnya mengikut perjanjian 49 penjejak Iban ini hanya bertugas di Malaya selama 3 bulan dan selepas 3 bulan ada diantara mereka telah dengan rela hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka di bumi Malaya pada waktu itu.

Daripada 49 orang hanya 24 orang yang memilih untuk meneruskan perkhidmatan mereka dan 24 orang inilah yang diserapkan di dalam Pasukan Ferret No. 4 yang juga dianggotai oleh pasukan tentera Gurkha dan tentera Force 136.

Selepas itu penjejak Iban ini telah datang silih berganti ke bumi Malaya dan dicatatkan sehingga tahun 1952 telah lebih 1,168 penjejak Iban yang berkhidmat sebagai Penjejak Iban Sarawak di bumi Malaya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah ini iaitu penjejak Iban Sarawak yang kali pertama gugur di dalam perkhidmatan mereka di Malaya hanya berlaku pada 12 Mac 1951 iaitu Mendiang Jaweng anak Jugah yang berasal dari Kapit, Sarawak.

Mendiang terkorban kerana ditembak secara tidak sengaja ketika melakukan serang hendap ke atas pengganas komunis. Pada ketika itu mendiang tersilap dikatakan sebagai salah seorang pengganas komunis.

Bayangkan setelah beberapa tahun berkhidmat di bumi Malaya hanya pada tahun 1951 baru ada penjejak Iban yang terkorban di dalam perang. Inilah salah satu keisitimewaan penjejak Iban Sarawak Rangers yang sememangnya begitu pakar di taktik perang serang hendap.

Selain itu tercatat satu lagi sejarah di dalam memartabatkan penglibatan penjejak Iban Sarawak Rangers di dalam perang di Malaya apabila Awang anak Rawing, anak iban dari Skrang telah dianugerahkan dengan Pingat George Cross manakala Menggong anak Panggit menerima Pingat George daripada Kerajaan Mahkota Great Britain atas keberaniannya menyelamatkan pasukan masing-masing sewaktu keganasan komunis berleluasa di bumi Malaya ketika itu.

Biarpun penjejak Iban Sarawak ini merupakan mereka yang bertugas dengan tentera namun begitu mereka masih lagi tidak mendapat pengiktirafan sebagai anggota tentera sepenuhnya jadi bagi menjaga kebajikan mereka pada dari segi hak dan status setelah permuafakatan antara Kerajaan British Borneo Sarawak, pemimpin masyarakat Iban dan Kerajaan Koloni British maka pada tangga1 1 Januari 1953, Sarawak Rangers Unit Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi dengan pegawai pemerintahnya yang pertama adalah Leftenan Kolonel C.J Baird.

Bermula dari tarikh hari itu, barulah Sarawak Rangers dengan rasminya menjadi anggota tentera sepenuhnya.

Pada 1 April 1960, Sarawak Rangers Unit Sarawak, Borneo telah ditubuhkan secara rasminya di bumi Sarawak oleh Kerajaan British Borneo Sarawak dengan pegawai pemerintahnya merupakan anak tempatan yang juga salah seorang penjejak Iban Sarawak Rangers iaitu Leftenan Tomlow anak Isa. Ini merupakan satu penghormatan yang besar kepada perjuangan anak Iban di dalam Sarawak Rangers memandangkan ketika itu Sarawak masih lagi menjadi tanah jajahan Kerajaan British Borneo.

Sarawak Rangers keberanian dan kepakaran mereka dituntut di dalam banyak perang-perang di bumi asing contohnya di Malaya dan Brunei malah Sarawak sendiri walaupun ketika itu Sarawak belum lagi membentuk Gagasan Malaysia.

Ada antara penjejak Iban Sarawak Rangers ini telah gugur di medan perang di bumi asing dan telah disemadikan dibumi asing suatu ketika dahulu dan hanya pada tahun 2011, 21 jenazah penjejak Iban telah dibawa pulang ke tanahair tercinta mereka iaitu Sarawak Bumi Kenyalang. Antara penglibatan perang mereka adalah seperti berikut:

1. Kempen mengamankan Sarawak era Rajah Brooke.(1862 – 1942)
2. Perang Gerila Jepun bersama ‘Reconnaissance Service Department’ (RSD) di Sarawak. (1942–1945)
3. Darurat Malaya. (1948 – 1960)
4. Darurat Sarawak (1952 – 1953)
5. Pemberontakan Brunei (1962)
6. Konfrantasi Indonesia Malaysia (1962 – 1963)

Di dalam perjanjian Penubuhan Malaysia, pihak Kerajaan British telah bersetuju untuk menubuhkan 2 buah batalian Askar Renjer Malaysia dan seterusnya melatih anggota-anggota tentera di peringkat awal dan seterusnya diikuti dengan penubuhan battalion ketiga.

Penubuhan Askar Renjer Malaysia telah diumumkan di Parlimen British (House of Commons) oleh Secretary of State for Commonwealth Affairs pada 18hb Julai 1963. Hanya beberapa hari sebelum Sarawak dimerdeka secara rasminya iaitu pada 22hb Julai 1963.

Ekoran daripada itu, Sarawak Rangers telah dibubarkan secara rasminya dan kemudian pada 16 September 1963, anggota Sarawak Rangers telah diserapkan menjadi Batalion Pertama Regimen Renjer Malaysia.

Batalion Kedua Regimen Renjer Malaysia terdiri daripada anak tempatan North Borneo (Sabah) dan Batalion Ketiga Regimen Renjer Malaysia merupakan anak tempatan Tanah Melayu.

Inilah sejarah panjang Sarawak Rangers dari tahun 1862 – 1963 yang kemudiannya dikenali sebagai Regimen Renjer Malaysia setelah penubuhan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963.

Sarawak Rangers merupakan simbol kemegahan bangsa Sarawak dulu, kini dan selamanya dan sejarah tentang mereka seharusnya diketahui secara umum oleh rakyat Malaysia amnya dan Bangsa Sarawak khususnya.

Friday, 11 January 2019

SEJARAH BIDAYUH (BIDAYUH JAGOI-SINGAI)


Kaum Bidayuh mendiami kawasan barat daya Sarawak iaitu Serian, Kuching dan di Barat Kalimantan. Kaum Bidayuh terdiri daripada 4 subsuku iaitu Selakau/Lara (Daerah Lundu), Jagoi/Singai (Daerah Bau), Biatah (Daerah kecil Padawan), Bakar/Sadong (Daerah Serian). Asal kata Bidayuh berasal dari kata Doyoh yang artinya bukit. Manakala agama bagi kaum bidayuh ini pula adalah agama Kristian. Dayak Bidayuh merupakan salah satu subsuku dayak yang berdiam di Drovinsi Kalimantan Barat. Menurut cerita lisan mereka berasal dari Tamong(sebuah kampung di Gunung Niut) kemudian menyebar ke Sangkang, kemudian menyebar ke Bau (Malaysia) dan akhirnya ke Jagoi. Jagoi Babang artinya "ayam jantan" atau "ayam jago". Isitilah ini dipakai untuk menyebut orang Jagoi sebagai orang yang perkasa. Memang dalam sejarahnya, suku Jagoi termasuk suku yang tangguh terutama dalam menghadapi musuh pada zaman dulu. Pada mulanya, Kampung Jagoi terletak agak ke dalam di dataran tinggi. Namun kemudian berpindah bawah (Kampung sekarang).

SOSIAL EKONOMI
Kampung merupakan wadah tumpuan budaya bagi kumpulan loghat Jagoi . Sebagai penduduk meningkat dan keperluan untuk tanah pertanian lebih meningkat , banyak keluarga berpindah ke kaki bukit sekitar dan akhirnya membentuk lapan buah kampung yang kini dikenali sebagai Bogag, Duyoh, Plaman Bu'ow, Serasot, Serikin, Sibobog, Skibang, Stass dalam Sarawak dan lima kampung-kampung lain di Indonesia iaitu Babang , Kindau , Sejaro , Belida dan Ambil . Daripada 34 asal, hanya 13 rumah usang bersama-sama dengan pusat upacara yang terdiri daripada ' Baruk (rumah tengkorak ) dan rumah Gawai kekal . Pada masa ini, hanya satu keluarga tinggal di kampung Bung Jagoi dan menjadi penjaga kampung. Walaupun gunung legenda ini telah menyediakan penyelesaian kepada masyarakat, tempat untuk memburu dan mengumpul hasil hutan di samping mengamalkan pertanian pindah , ia masih mempunyai hutan utuh lebih daripada 600 hektar.

ADAT RESAM

Perkahwinan: Satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota Biik/Ramiin itu mengamalkan monogamis sahaja. Perkahwinan semula selepas bercerai adalah perkara biasa. Kaum bidayuh Jagoi ini melarang perkahwinan antara sepupu. Masyarakat ini tiada upacara merisik dan boleh berkahwin apabila umur sudah cukup dewasa. Perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan iaitu bertukar cincin sahaja. Andai kata mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan. Kahwin berkait denagan menuai padi, lebih baik hasil, lebih banyak perkahwinan berlangsung. Nyagam (bakal suami) dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isterinya apabila kedua-dua belah pihak bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

Bung Bratak : Hari ini peristiwa Bung Bratak dijadikan salah satu warisan masyarakat Jagoi dan sebagai sejarah, di sini telah dirikan batu peringatan bagi memperingati peristiwa hitam tersebut. Bung Bratak diisytiharkan kawasan bersejarah pada tahun 1988 oleh Dayak Bidayuh National Association (DBNA) Sejak itu, pada setiap tahun pada 1 Mei, masyarakat Bidayuh Jagoi dari sekitar Kuching, Bau dan Lundu akan berkumpul di Bung Bratak untuk memperingati peristiwa hitam yang menimpa nenek moyang mereka di sini. Pada masa kini, sambutan Hari Bung Bratak bukan sekadar perayaan memperingati nenek moyang masyarakat Jagoi, malah telah dijadikan salah satu tarikan warisan dan destinasi pelancongan serta kawasan rekreasi di negeri ini khususnya Daerah Bau. Setiap kali tiba tarikh sambutan tersebut, pelbagai acara kebudayaan dan aktiviti-aktiviti menarik diadakan di kawasan pergunungan ini. Inilah sekelumit sejarah Bung Bratak dan perjalanan Panglima Kulow ke Skrang yang telah bertitik tolak daripada peristiwa hitam 1 Mei 1838. Semoga kawasan bersejarah Bung Bratak ini akan terus dijaga dengan mengekalkan warisan-warisan tradisional masyarakat Bidayuh Sarawak yang akan dipelihara sampai bila-bila.

PENEMPATAN
Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagitujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakal dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian. Kawasan pergunungan Bung Bratak yang terletak di Daertah Bau dengan kaum Bidayuh Jagoi di sini. Bung Bratak pernah dijadikan kawasan penempatan asal nenek moyang masyarakat Jagoi di siniyang berasal dari Gunung Sangkong, Kalimantan, Indonesia. Dahulu rumah tinggi ini merupakan tempat pendidikan para pemuda di rumah tinggi disimpan berbagai pusaka termasuk tengkorak. Kelompok masyarakat yang tinggal di Perbatasan Indonesia dan Malaysia (Sarawak) secara umum dikelompokkan dalam rumpun Bidoyoh (Bidayuh) Bijagoi. Di Malaysia kelompok Bidoyoh masih dibagi lagi menjadi beberapa subsuku, iaitu Bukar-Sadong, Bau-Jagoi, dan Biatah dan lainya. Wilayah penyebaran Dayak Bijagoi sendiri terdapat lima kampung dalam Kecamatan Jagoi Babang. Kelima kampung tersebut adalah Kampung Jagoi Babang, Jagoi Take, Jagoi Sijaro, Jagoi Kindau, dan Jagoi Belida. Menurut penuturan para informan dan hasil penyelidikan para peneliti terdahulu, dipercayai bahawa orang Jagoi merupakan penduduk asli tertua yang menghuni Perkampungan Jagoi sekarang ini. Sejarah mengenai asal-usul Dayak BiJagoi agak sukar dengan pasti kerana hanya ada dua sumber yang dapat menjelaskan tentang asal-usul nenek moyang mereka. Keterangan informasi pun hanya menjelaskan bahawa nenek moyang mereka dulunya bersal dari wilayah pergunungan sekitar Jagoi.

Bidai : Bidai merupakan kerajinan tangan turun temurun khas Masyarakat Jagoi khususnya Dayak Bidayuh (baca: BiDoyoh) BiJagoi (orang Jagoi) dari jaman nenek moyang terdahulu,bidai ini terbuat dari bahan baku dasar rotan dan kulit kayu yang serba alami, dianyam,dibentuk sedemikian rupa sehingga menarik, semula bidai ini hanya digunakan untuk menjemur padi, keperluan upacara adat dan digunakan untuk alas rumah.Setelah mengalami perubahan dari bentuk semula yang tidak bermotif sekarang bidai dapat dibuat dengan motif tertentu agar lebih menarik.Namun semakin berkembangnya zaman, bidai ini dibuat untuk dijadikan barang komersial atau dagangan, perubahan zaman inilah yang membuat bidai menjadi barang antik dan memiliki nilai jual yang tinggi, sehingga bukan masyarakat Jagoi saja yang membuat kerajinan tangan ini melainkan dari daerah lain juga ikut membuat untuk di jual atau diperdagangkan misalnya Dayak yang bermukim diarea Kabupaten Bengkayang seperti masyarakat Pereges dan masyarakat seluas yang memproduksi Bidai untuk kepentingan komersial. Sampai saat ini belum ada hukum yang melindungi (Hak Paten) kerajinan tangan Bidai milik Dayak Bidayuh Jagoi ini.