Tuesday, 6 May 2014

MODUL AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH



  1. Latar Belakang Aktiviti

1.1  Tempat      :           Tapak Perkhemahan

1.2  Peserta       :           40 orang

1.3  Masa          :           1 jam

1.4  Personel     :           Ketua Jurulatih            -           1 orang
Jurulatih                      -           5 orang (ikut kumpulan)
-                      Semua jurulatih yang lain

1.5  Peralatan   :           Khemah Dome – 4 orang 1 khemah
Rod fibre yang lengkap
Fly sheet
Walkie Talkie – 4 unit
Tali Fly sheet
Pancang secukupnya
Tukul

  1. Objektif

2.1  Mengetahui persediaan, keselamatan dan keselesaan berkhemah.
2.2  Menikmati keindahan alam semulajadi secara langsung.
2.3  Berkhemah adalah satu cara bagi menjalani kehidupan apabila berada di persekitaran luar supaya kehidupan rasa selesa walaupun dengan alatan dan bekalan lojistik yang terhad.
2.4  Bermalam dalam khemah di tempat yang lapang, terbuka, taman, dan hutan lipur.
2.5  Melahirkan individu yang peka dengan peraturan dan disiplin.
2.6  Mendapat pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar.

  1. Langkah-langkah.

3.1.1Sebelum Mendirikan Khemah

3.1.1    Isi borang pengeluaran peralatan.
3.1  2    Pemeriksaan peralatan
3.1.3        Semak modul dan lakukan pindaan jika perlu mengikut keadaan.
3.1.4        Jurulatih mengenalpasti lokasi / tapak khemah hendak didirikan
3.1.5        Tentukan tapak itu rata.
3.1.6        Tidak terdapat akar-akar pokok yang kasar, berlumpur atau berbatu.
3.1.7        Tidak terdapat sarang serangga / semut.
3.1.8        Tidak di bawah pokok yang ada ranting atau dahan kering / mati.
3.1.9        Membaca dan memahami arahan atau peraturan perkhemahan.
3.1.10    Menentukan bahawa semua peralatannya cukup  dan boleh digunakan.
3.1.11    Bilangan khemah cukup untuk semua peserta.
3.1.12    Sediakan plan lokasi kedudukan khemah jurulatih dengan tujuan pemantauan
3.1.13    Mendapatkan maklumat tentang tapak perkhemahan 48 jam sebelum aktiviti dijalankan.
3.1.14    Beri taklimat kepada semua jurulatih mengenai tugas mereka.

4            Semasa Mendirikan Khemah

4.1      Peserta sewaktu taklimat dan demonstrasi ;

4.1.1        Kumpulkan semua peserta di kawasan tapak perkhemahan.
4.1.2        Tentukan kedudukan peserta dapat melihat dan mendengar taklimat dan demostrasi dengan baik.

4.2      Memperkenalkan peralatan :

4.2.1        Khemah
4.2.2        Fly-sheet
4.2.3        Rod fibre
4.2.4        Tali
4.2.5        Pancang

4.3      Jurulatih membuat demonstrasi teknik mendirikan khemah :

4.3.1        Tentukan tapak khemah telah dibersihkan.
4.3.2        Buka dan hamparkan lantai ke tapak.
4.3.3        Sambung semua rod fibre.
4.3.4        Masukkan ke dalam jahitan di hujung khemah.
4.3.5        Selesai dimasukkan, kedua-dua hujung rod fibre hendaklah ditolak dan bahagian tengah ror fibre bersama bumbung khemah hendaklah diangkat ke atas.
4.3.6        Apabila khemah telah terbentuk, kedua-dua hujung rod fibre hendaklah dimasukkan ke penyendal / lubang yang disediakan.
4.3.7        Lakukan ini kepada kedua-dua / tiga batang rod fibre yang disediakan.
4.3.8        Sesudah khemah terbentuk, angkat dan susun khemah seperti mana yang telah disusun dalam plan lokasi.
4.3.9        Pasangkan fly sheet dan ikat semua tali rod fibre dan hujung fly sheet ke tanah.

4.4      Mendirikan Khemah

4.4.1        Semua peserta mendirikan khemah secara berkumpulan berempat.
4.4.2        Jurulatih menyelia peserta mendirikan khemah.


5            Semasa Berkhemah

5.1      Tidak dibenarkan membawa dan makan makanan dalam khemah.
5.2      Tidak dibenarkan menyalakan lilin dan ubat nyamuk di dalam khemah.
5.3      Tidak menyimpan kasut dan stoking yang telah digunakan di dalam khemah.
5.4      Pintu / tingkap khemah hendaklah dibuka untuk dimasukki cahaya matahari.
5.5      Apabila hendak menjalankan aktiviti jauh dari khemah, tentukan pintu khemah ditutup.
5.6      Pakaian yang basah hendaklah disidai di luar khemah.
5.7      Tidak menjemur pakaian basah di atas khemah.

6            Selepas Berkhemah

6.1      Turunkan Khemah

6.1.1        Tentukan semua sampah dan peralatan dalam khemah dibersihkan.
6.1.2        Tentukan khemah bersih.
6.1.3        Buka semua tali yang diikat
6.1.4        Bersihkan pancang
6.1.5        Basuh jika khemah kotor – jangan gunakan sabun kimia
6.1.6        Sidai / keringkan khemah – jangan di bawah sinaran terik matahari

6.2      Lipat Khemah

6.2.1        Tentukan khemah dah kering
6.2.2        Lipat khemah dari hujung ke dalam

6.3      Simpan Khemah

6.3.1        Tentukan semua peralatan khemah sempurna dan bersih.
6.3.2        Simpan khemah di tempat yang kering, boleh dimasuki angin dan selamat.

7            Kemahiran dan Pengetahuan yang Diperolehi

7.1      Mengetahui cara mendiri dan menurunkan khemah dengan cara yang betul.
7.2      Mendapat pengalaman berkhemah.
7.3      Dapat menikmati keindahan alam semulajadi.


8            Rumusan

8.1      Menghayati dan mengaplikasi ilmu alam semulajadi, Sains, Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi dan Sivik.