Monday, 5 May 2014

WALL CLIMBING (tembok tiruan)

Wall Climbing juga dikenali sebagai Tembok Tiruan dimana para peserta dapat menguji kemampuan mental dan fizikal mereka di mana untuk mencapai ke kemuncak tembok tiruan bukanlah satu perkara yang mudah kerana tanpa kecekalan dan disiplin yang kuat, para pelajar tidak akan sampai ke kemuncaknya.
 Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi mampu menguji ketahanan mental dan fizikal seseorang, memanjat tembok tiruan kerana ia memerlukan keberanian dan teknik memanjat yang betul, selain kekuatan hampir seluruh otot badan.

Sebelum peserta memulakan aktiviti ini, para peserta akan diberi taklimat dan tunjuk cara menggunakan peralatan untuk Wall Climbing. jurulatih yang bertugas akan memastikan peralatan yang di pasang oleh peserta adalah lengkap dan selamat sebelum di benarkan memanjat tembok tiruan. Keselamatan perlu di ambil kira untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku.


 Para peserta akan melapor diri kepada Jurulatih yang bertugas sebelum memulakan aktiviti dan menunggu arahan daripada Jurulatih. Setelah menerima arahan Jurulatih, barulah para peserta boleh memanjat tembok tiruan. Sewaktu peserta memanjat, Jurulatih akan memainkan peranan sebagai Belay ( pengawal ).



Para peserta bersaing mental dan fizikal untuk berlumba-lumba untuk sampai ke kemuncak tembok tiruan. Persaingan secara sihat ini akan meningkatkan kesefahaman dan mengeratkan sifat kerjasama diantara peserta dan Jurulatih.