Tuesday, 24 June 2014

ARAHAN TETAP PENGENDALIAN AKTIVITI BERAKIT



 
1.         RASIONAL      
Satu arahan tetap pengurusan aktiviti yang diselaraskan bagi semua Pusat Kokurikulum Negeri bagi menentukan pengurusan aktiviti berakit yang efektif dan efisyen.

2.         MATLAMAT
Memantapkan pengurusan aktiviti berakit yang seragam di setiap Pusat Kokurikulum Negeri.


3.         OBJEKTIF
3.1   Mewujudkan pengurusan aktiviti berakit dengan lebih berkesan dan
       mengikut prosedur yang ditetapkan.
3.2   Mempunyai sistem pengurusan aktiviti berakit yang mantap dan mampan.
3.3   Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut Prosedur Pengendalian Aktiviti (SOP)

4.         PERALATAN
Rujuk Lampiran A

5.         PERSONEL
5.1   Ketua Jurulatih / Ketua Projek / Ketua aktiviti
5.2   Jurulatih ( 1 : 6 peserta) mengikut senarai nama terkini


6.         PERSIAPAN AWAL
6.1      Menyediakan kertas konsep
6.2       Menentukan kumpulan sasaran
6.3       Pemilihan dan tinjauan tempat aktiviti yang akan dijalankan.
6.4       Menetapkan tarikh aktiviti
6.5       Pelantikan Jawatankuasa
6.6       Surat menyurat
            6.6.1   Memohon kebenaran penggunaan tempat
            6.6.2   Panggilan mesyuarat
            6.6.3   Makluman kepada peserta
            6.6.4   Memohon bantuan keselamatan (polis, hospital, JPA 3, JKKK,
                      BOMBA dan lain – lain agensi yang berkaitan jika perlu)
            6.6.5   Panggilan bertugas kepada jurulatih
6.7       Penyediaan alatan dan logistik
6.8       Senarai keperluan peserta
6.9       Ramalan cuaca / Laporan pasang surut air ( jika sungai )

7.         PELAKSANAAN
7.1         Sebelum
7.1.1   Penyediaan laluan / tempat aktiviti
7.1.2   Taklimat jurulatih
7.1.3   Semakan alatan aktiviti dan logistik
7.1.4   Senarai Peserta
7.2         Semasa
7.2.1   Pemasangan penanda mula / hentian / tamat
7.2.2   Penyediaan alatan
7.2.3   Peserta dikumpul di tempat aktiviti
7.2.4   Doa
7.2.5   Taklimat aktiviti kepada peserta:
·         Jenis rakit
·         Laluan  (sekiranya terdapat lebih dari satu)
·         Jarak laluan
·         Peraturan
·         keselamatan 
7.2.6   Peserta mengisi borang pendaftaran masing-masing dan menyerahkannya kembali kepada urusetia.
7.2.7   Peserta diberi masa mula masing-masing atau nombor turutan untuk bermula ( pelepasan secara turutan )
7.2.8   Peserta diberi peta laluan semasa taklimat kumpulan
7.2.9   Peserta dilepaskan mengikut selang masa yang telah ditetapkan
7.2.10 Marshall dan penyelamat membuat rondaan untuk memastikan kelancaran aktiviti dan keselamatan peserta
7.2.11 Peserta melapor di tempat hentian / tamat
7.2.12 Proses pengiraan masa / markah setiap kumpulan ( jika 
           bertanding )

7.3         Selepas
7.3.1   Mempamerkan keputusan peserta ( jika bertanding )
7.3.2   Peserta berkumpul dan semakan bilangan peserta
7.3.3   Pengumpulan semula peralatan / logistik
7.3.4   Pembersihan kawasan
7.3.5   Ulasan dan penilaian oleh jurulatih
7.3.6   Pemulangan alatan
7.3.7   Penilaian Program / Aktiviti
7.3.8   Semakan dan penambahbaikan aktiviti


SENARAI PERALATAN INDIVIDU
                                               
1.    Jaket keselamatan
2.    Helmet / Topi
3.    T-Shirt berlengan panjang
4.    First Aid Kit
5.    Kasut Aktiviti Air
6.    Baju Hujan
7.    Kain / Tag Bernombor ( jika pertandingan )
8.    Keperluan peribadi / ibadah

PERALATAN KUMPULAN
1.    Peralatan memasak
2.    Bekalan makanan yang mencukupi
3.    Pisau / parang yang bersesuaian
4.    Peralatan bagi tujuan pembaikan kerosakan rakit
5.    Beg kalis air / Plastik sampah
6.    Radio Komunikasi

PERALATAN MARSHALL / PENYELAMAT
1.    Bot / Enjin
2.    Kayak dan padle
3.    Jaket keselamatan
4.    Jersey marshall / penyelamat
5.    Throw bag
6.    Pelampung
7.    Wisel
8.    Bendera Hijau / Merah / Kuning
9.    Radio Komunikasi