Tuesday, 24 June 2014

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PANDU ARAH



1. RASIONAL
Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti yang seragam, sistematik, efektif dan mesra pengguna bagi semua Pusat Kokurikulum negeri Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. MATLAMAT
Memantapkan pengurusan yang seragam dan keberkesanan pengurusan aktiviti pandu arah di setiap pusat kokurikulum negeri.

3. OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan pengurusan aktiviti Pandu Arah dengan lebih berkesan dan   
      mengikut   prosedur yang ditetapkan.
3.2 Mempunyai sistem pengurusan aktiviti Pandu Arah yang mantap dan
                 mampan.
3.3 Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut Prosedur Pengendalian
      aktiviti (SOP).

4. PERALATAN
4.1 Peralatan Umum
                        4.1.1 Peta Topo kawasan
                        4.1.2 Kompas
                        4.1.3 Borang berkaitan
                        4.1.4 Penanda kawalan / Stesen
                        4.1.5 Puncher
                        4.1.6 Alat tulis/ buku catatan
                        4.1.7 Alat Perhubungan radio
                        4.1.8 Protektor
                        4.1.9 Jam / Jam digital



4.2 Peralatan Peserta
                        4.2.1 Pakaian yang sesuai
                        4.2.2 Kasut sukan
                        4.2.3 Topi
                        4.2.4 Bekalan air 1 liter
                        4.2.5 Makanan ringan
                        4.2.6 Ubatan peribadi
                        4.2.7 Alat tulis/ buku catatan
                        4.2.7 Baju hujan
5. PERSONEL
            5.1 Ketua Jurulatih
            5.2 Jurulatih
            5.3 Pembantu jurulatih
            5.4 Jabatan Pertahanan Awam, PBSMM– Paramedik dan pengangkutan

6. PERSIAPAN AWAL
            6.1 Menyediakan kertas konsep
            6.2 Menetapkan tarikh
            6.3 Tujuan dan pemilihan lokasi yang akan dijalankan
            6.4 Menentukan kumpulan sasaran
            6.5 Perlantikan jawatankuasa
            6.6 Menyenaraikan nama peserta
            6.7 Menyenaraikan nama jurulatih dan pegawai
            6.8 Menyenaraikan jawatankuasa, tugasan dan senarai semak
            6.9 Penyediaan alatan dan logistik aktiviti

7. PELAKSANAAN
            7.1 SEBELUM AKTIVITI
                        7.1.1 Penyediaan landasan
                        7.1.2 Taklimat jurulatih dan peserta
                        7.1.3 Semakan alatan dan logistik
                        7.1.4 Peralatan kecemasan
                        7.1.5 Pengagihan kumpulan / kategori


            7.2 SEMASA AKTIVITI
                        7.2.1 Peserta dikumpul di tempat permulaan aktiviti
                        7.2.2 Jurulatih bertugas berada di lokasi dan stesen sebelum peserta                              dilepaskan.
                        7.2.3 Ketua aktiviti memberi taklimat kepada peserta
                        7.2.4 Peserta diberikan peralatan / keperluan pandu arah
7.2.5 Kumpulan peserta awal dibawa ke lokasi permulaan dengan
         peralatan yang lengkap
7.2.6.Tugas marshall memastikan peserta berada dalam kawasan
          aktiviti dan selamat  dan sentiasa berhubung menggunakan 
          radio dari masa ke semasa.
7.2.7 Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
7.2.8 Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain, masing-masing
         bergerak  mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara
         berkumpulan.

            7.3 SELEPAS AKTIVITI
7.3.1 Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang terlibat dan
         memastikan  bilangannya mencukupi, mengenalpasti tahap   
         kesihatan dan kecergasan peserta.
                        7.3.2 Jika terdapat kecederaan hendaklah diberikan rawatan awal atau
                               hantar ke hospital
                        7.3.3 Semua alatan hendaklah dikembalikan, jika rosak atau hilang
                               sila laporkan kepada bahagian logistik
                        7.3.4 Sesi renungan / refleksi
                        7.3.5 Bersalaman antara jurulatih dan peserta
                        7.3.6 Simpan barang di setor
                        7.3.7 Jurulatih aktiviti hendaklah menyediakan laporan aktiviti dengan
                               menggunakan Borang Prosedur Kerja Laporan Ringkas Aktiviti.






MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI
PUSAT KOKURIKULUM NEGERI, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

1. TAJUK : PANDU ARAH

2. SASARAN : 80 orang (Murid sekolah rendah / sekolah menengah)

3. ANGGARAN  MASA : 2 jam

4. TEMPAT : Sekitar Kem Tekali

5. MATLAMAT :
Melahirkan generasi murid yang sihat dari segi fizikal, mental dan mempunyai daya tahan dan sentiasa patuh kepada peraturan dan mengikut arahan-arahan dengan tepat dan betul.

6. OBJEKTIF:
    Semua personel di pusat kokurikulum negeri akan dapat:
6.1 Mewujudkan dan melancarkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan  
     lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan, diperingkat
     sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
6.2 Mengguna pakai sistem prosedur yang lebih sistematik, sesuai dan
      selamat serta berkesan.
6.3 Mengurangkan tekanan fikiran dan mampu menyelesaikan masalah
      secara bijaksana.
6.4 Kesinambungan pelajaran kompas di sekolah dan menentukan halatuju
      kehidupan untuk masa depan.

7. PENGURUSAN ORGANISASI
            7.1. Dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut jurulatih.

8. PERSONEL
            8.1 Ketua jurulatih               1 orang
            8.2 Jurulatih                          4 orang
            8.3 Pembantu jurulatih       6 orang
            8.4 GO dan NGO – Pertahanan Awam dan PBSMM
   
9. PERALATAN DAN BAHAN
    9.1 Senarai Peralatan Kumpulan
            9.1.1 Kompas Orienteering                        8 unit
            9.1.2 Borang berkaitan                               8 set
            9.1.3 Penanda kawalan                             7 (bergantung kepada jumlah stesen)
            9.1.4 Puncher                                               7 unit
            9.1.5 Alat tulis dan buku catatan              Secukupnya
            9.1.6 Walkie Talkie                                      6 unit
            9.1.7 Protektor                                              8 unit
            9.1.8 Jam digital/jam                                    2 unit
            9.1.9 Peta topo kawasan                            10 unit

    9.2 Senarai Peralatan individu (mengikut keperluan)
          9.2.1 Pakaian yang sesuai
            9.2.2 Kasut sukan
            9.2.3 Topi
            9.2.4 Bekalan air 1 liter
            9.2.5 Makanan ringan
            9.2.6 Ubatan peribadi
            9.2.7 Alat tulis/ buku catatan
            9.2.7 Baju hujan

10. PANDUAN DAN KETERANGAN AKTIVITI
      10.1 Teori
            10.1.1 Pengenalan kompas
            10.1.2 Setting kompas
            10.1.3 Mencari arah (Penggunaan bearing)
            10.1.4 Cara-cara melaksanakan aktiviti
    10.2 Amali
           10.2.1 Menganggarkan kedudukan pada peta
            10.2.2 Membaca dan mencatatkan kedudukan bearing
            10.2.3 Melaras kompas mengikut petunjuk bearing yang diberi.

11. PENGURUSAN AKTIVITI
      11.1 Teori
            11.1.1 Membaca/menggunakan kompas, protector dan bearing.
                        a. Peta Topo – Kegunaan, penjagaan, simbol pada peta, rujukan peta,
                          mengukur jarak atas peta dan tanah.
                        b. Proktektor-Kegunaannya sebagai alat bantu mencari rujukan peta,
                          koordinat dan bearing.
                        c. Kompas – Mengenali anatomi kompas, cara mencari bearing
                          menggunakan kompas, kompas untuk menuju ke suatu arah yang
                          telah dikenalpasti.
                        d. Panduan – Mengorientasikan peta dalam pandu arah dengan muka 
                          bumi, menghitung langkah dan arah mengelak halangan.
      11.2 Amali mengguna kompas
                        a. Pelajaran ini disampaikan secara amali di tempat lapangan untuk
                          memahirkan peserta-peserta dalam pelarasan kompas.
 b.Peserta juga didedahkan cara mengira anggaran jarak
    menggunakan skala (pada kompas) dan langkah.
c. Mencatat dan menentukan kedudukan mengikut bearing yang di
    beri pada peta topo.
      11.3 Latihan pandu arah waktu siang, malam dan pelbagai lokasi (hutan/pekan)

12. LANGKAH-LANGKAH
      12.1 Memulakan langkah dengan doa.
      12.2 Berbekalkan alatan yang cukup, peserta berjalan /mengembara dalam
              kumpulan ke beberapa stesen yang ditetapkan dengan bantuan kompas.
      12.3 Kecepatan pergerakan secara kumpulan diambil kira sebagai pemenang.
      12.4 Peserta mesti menghabiskan kesemua stesen sebelum menuju ke penamat

13. RUMUSAN
      13.1 Bekerjasama antara individu dalam kumpulan.
      13.2 Patuh kepada arahan.
      13.3 Penyesuaian diri mengikut situasi yang pelbagai.



MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI
PUSAT KOKURIKULUM NEGERI, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

ORIENTEERING BEBASIKAL

  1. Latar Belakang Aktiviti

1.1 Peserta    :           40 orang

1.2 Lokasi      :           PKK Kem Tekali – Kg Sg Tekali – Pekan Bt 14 –
PKK Kem Tekali  

1.3 Masa        :           4 jam

1.4 Personel  :           Ketua Jurulatih        -           1 orang
Jurulatih                    -           8 orang (ikut kumpulan)
-                      5 orang (rondaan)
Paramedik                 -           Jurulatih yang bertauliah

1.5 Peralatan :           Pakaian sukan yang sesuai (peserta)

Kompas - satu kumpulan satu kompas.
Bekalan minuman – satu botol setiap seorang
Walkie Talkie – 4 unit
Peti Pertolongan cemas – satu peti satu kumpulan
Peta / draf peta
Penanda kawalan dan Puncher
Kad Kawalan
Stop Watch – 5 unit
Pembaris Panjang
Marker pen
Kertas Penanda
Basikal bukit (MTB) dan kelengkapan berbasikal spt helmet, glove, reflector.
  1. Objektif

2.1 Menanam semangat yakin diri untuk mendapatkan semua titik kawalan yang ditetapkan.

2.2 Melahirkan individu yang peka dengan peraturan dan disiplin.

2.3 Melahirkan pelajar yang dapat memberi / menerima arahan dengan tepat.

2.4 Meningkatkan kemahiran menunggang basikal.

  1. Langkah-langkah

3.1 Peta / draf aktiviti Orienteering sebaik mungkin  dan lakukan penilaian.
3.2 Isi borang pengeluaran peralatan.
3.3 Pemeriksaan peralatan
3.4 Semak modul dan lakukan pindaaan jika perlu mengikut keadaan.
3.5 Membuat laluan berdasarkan jarak dan menetapkan jumlah titik kawalan.
3.6 Periksa laluan orienteeing agar ia sentiasa selamat
3.7 Sediakan plan kontigensi sekiranya berlaku kemalangan kecederaan / sesat.
3.8 Sediakan plan lokasi kedudukan jurulatih dengan tujuan pemantauan dari jarak jauh
3.9 Adakan kelas teori orienteering dan lakukan simulasi orienteering.
3.10      Beri taklimat kepada semua jurulatih mengenai tugas mereka.

          Semasa Aktiviti

3.11      Pelepasan peserta secara berkumpulan
3.12      Pemantauan oleh semua jurulatih yang terlibat semasa proses  
     orienteering.
3.13      Walkie talkie sesama jurulatih sentiasa berfungsi.
3.14      Pastikan jurulatih berada di lokasi yang ditetapkan untuk keselamatan.

          Selepas Aktiviti

3.15      Kumpul, periksa peralatan,basikal dan serahkan kepada pihak yang  
     bertanggungjawab.
3.16      Kumpul borang penyertaan dan periksa butiran tugasan.
3.17      Periksa tahap kesihatan para peserta.
3.18      Rahsiakan keputusan orienteering (sekiranya ia adalah satu
     pertandingan)
3.19      Kumpul para peserta di tempat yang kondusif dan beri pengisian.
3.20      Beri minuman dan makanan
3.21      Beri penghargaan dan pujian.
3.22      Buat laporan sekiranya ada kehilangan / kerosakan peralatan.
3.23      Rekodkan aktiviti tersebut ke dalam borang khas ‘Prosedur
     Orienteering’.


  1. Kemahiran dan Pengetahuan yang Diperolehi

4.1 Kemahiran menggunakan peta dan kompas.

4.2 Kemahiran berkomunikasi sesama jiran.

4.3 Aplikasi penggunaan kompas dan peta dalam mata pelajaran Geografi dan PJK.

4.4 Dapat mempelajari kedudukan sebenar berkenaan dengan arah mata angin dan arah kiblat.

4.5 Berkemahiran menunggang basikal yang bergear.

  1. Rumusan

5.1 Bekerjasama dalam kumpulan.

5.2 Bertanggungjawab dengan tugasan

5.3 Jujur

5.4 Berani membuat keputusan dengan cepat dan betul.

5.5 Menghormati keputusan dalam kumpulan.

5.6 Berkeyakinan.

5.7 Kepimpinan.