Monday, 23 June 2014

PROSEDUR TETAP OPERASI STANDARD OPERATION PROCEDURE (S.O.P) AKTIVITI IKHTIAR HIDUP



1.         RASIONAL
      
            Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti Ikhtiar Hidup yang seragam, sistematik, dan efektif bagi semua Pusat Kokurikulum Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.         MATLAMAT

Memantapkan keseragaman dan keberkesanan pengurusan aktiviti Ikhtiar Hidup di setiap Pusat Kokurikulum Negeri.

3.         OBJEKTIF

            Semua personel dan Jurulatih di Pusat Kokurikulum Negeri
dapat :
3.1         Mengendalikan aktiviti Ikhtiar Hidup dengan berkesan di semua Pusat Kokurikulum Negeri.
3.2         Memastikan semua peserta serta personel yang terlibat dapat mengikuti aktiviti Ikhtiar Hidup
3.3         Membantu untuk memantapkan lagi aktiviti Ikhtiar Hidup di semua Pusat Kokurikulum Negeri.

4.         PERALATAN
4.1  Mess tin
4.2  Parang / pisau
4.3  Mancis
4.4  Barang mentah ( Sardin dalam tin,telur, beras dan yang dirasakan perlu)
4.5  Plastik sampah
4.6 Soli fuel
4.7 Peti pertolongan cemas
4.8 Walkie Talkie

5.         PERSONEL

5.1          Jurulatih
5.2         Paramedic dan Paranormal

6.         PERSIAPAN AWAL

6.1         Memastikan bilangan  peserta
6.2         Menyenaraikan nama Jurulatih Ikhtiar Hidup
6.3         Menyenaraikan Jawatan Kuasa, tugasan dan senarai semak.
6.4         Menyenaraikan alatan-alatan yang hendak digunakan.
6.5         Menyediakan dan menyemak  peralatan dan tempat
6.6         Memastikan perkara-perkara berikut diuruskan sebelum aktiviti bermula:
a.            Mesyuarat Jawatan kuasa  Aktiviti Ikhtiar Hidup
b.            Permohonan bantuan daripada paramedic

7.         PERLAKSANAAN

7.1         Sebelum aktiviti
a.            Tempat atau kawasan untuk aktiviti Ikhtiar Hidup hendaklah  dipastikan selamat dan sesuai.
b.            Memastikan kawasan mempunyai punca air dan rata.
c.            Taklimat ringkas dalam menjalankan aktiviti.
d.            Penerangan mengenai peraturan dalam menjalankan aktiviti.
e.            Pembahagian alatan dan keperluan kepada setiap kumpulan.


7.2         Semasa aktiviti

a.            Jurulatih bersama kumpulan bergerak ke lokasi aktiviti ikhtiar hidup (Puncak Senduduk).
b.            Mengumpulkan peserta mengikut kumpulan dan memastikan kekuatan dan bilangan peserta mencukupi.
c.            Memberi taklimat mengenai jenis aktiviti (masakan /perlindungan) dan masa serta mengarahkan peserta mengikut kumpulan mencari kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti.
d.            Memantau setiap kumpulan dari segi keselamatan,kebersihan dan masa yang telah ditetapkan.

7.3         Selepas Aktiviti

a.            Jurulatih membuat penilaian dan komen serta penambahbaikan terhadap aktiviti yang dijalankan (semasa dan selepas).
b.            Jurulatih memantau kebersihan alatan dan kawasan sebelum balik ke ”base camp”.
c.            Peserta dikumpulkan semula mengikut kumpulan untuk memastikan kekuatan dan bilangan.
d.            Jurulatih memastikan alatan dikumpulkan semula dalam keadaan baik dan mencukupi.
e.            Melaporkan alatan yang rosak (jika ada) dalam borang yang disediakan oleh logistik.
f.             Pengesahan alatan yang mencukupi.






  SENARAI SEMAK
PROSES  KERJA
PERSEDIAAN  AWAL  AKTIVITI  IKHTIAR HIDUP

BIL
PROSES  KERJA
SEMAK ( / )
CATATAN
1

Mendapat arahan dan mengenalpasti tempat :
Nama Tempat : Puncak Senduduk
Lokasi : PKN Selangor,Kem Tekali.
Pemilik / pihak berkuasa mengawal tempat : JPN Selangor.


2

Berhubung dengan pihak berkuasa yang mengawal kawasan berkenaan dan menghantar surat permohonan kebenaran untuk aktiviti ikhtiar hidup tersebut.


3

Membuat tinjauan awal tentang kesesuaian tempat berkenaan (jika tempat baru ) untuk  aktiviti ikhtiar hidup .


4

Sekiranya tempat tersebut sesuai, buat tempahan untuk menggunakan lokasi tersebut dari segi:
4.1  Tarikh
4.2  Masa
4.3  Bilangan :  1:5



5

Memaklumkan dan memohon bantuan kepada pihak  polis / bomba / JPA 3 / PBSM tentang tarikh , masa dan bilangan  yang terlibat untuk tinjauan  dan tarikh sebenar aktiviti ikhtiar hidup.


6

Dapatkan jurupandu / jurulatih bertauliah yang  dikhaskan oleh agensi terlibat untuk keperluan tinjauan oleh jurulatih dan aktiviti sebenar.


7
Laporan / nasihat hasil tinjauan bersama jurupandu / jurulatih  bertauliah



8
Penambahbaikan hasil laporan dan nasihat peninjau / membuat keputusan


9

Membuat pemeriksaan peralatan  yang diperlukan dari segi:
Jenis peralatan
Bilangan peralatan
Kualiti peralatan


9
Mengadakan taklimat kepada semua jurulatih yang terlibat dengan aktiviti ini . taklimat merangkumi :
Keadaan tempat
Keperluan peralatan
Langkah keselamatan
Bilangan peserta
Aktiviti