Friday, 27 June 2014

PUISI BASIKAL PENA BAHARI

Berbasikal di kota Kuching
perlukan pertimbangan
setepat dacing pada motosikal,
kereta dan lori temanmu
basikal mendamba harmoni
bersama kita menjadikannya
sebuah kota basikal Malaysia

kukayuh basikal menuju kota
putaran roda menjadi simfoni
kudaki Bukit Siol penuh tenaga
ingin bertemu Datuk Bandar
membawa utusan warga
kembalikan basikal di jalan raya

alam semakin terdera
asap kereta membunuh
warga belanja diesel dan petrol
sudah tidak terpikul obesiti
sudah tidak terbendung lelaki
seperti wanita mengandung

berbasikal langkah bijaksana
udara segar obes kan sirna
kepada Datuk Bandar
kami pinta binakan jalan untuk semua
termasuk laluan basikal jua

berbasikal di kota Kuching
seperti terbang di langit biru
resah dan runsing hilang di awan
alam semakin tenang dan aku disapa riang.