Monday, 23 June 2014

SOP KOMUNIKASI



1. Rasional

Pusat Kokurikulum Negeri pada masa kini merupakan pusat latihan kepada pegawai pendidikan, guru dan murid sekolah sama ada untuk kegiatan kokurikulum, kurikulum, motivasi dan kepimpinan. Sumbangan Pusat Kokurikulum kepada proses pendidikan semakin bermakna. Oleh yang demikian, program untuk meningkatkan ilmu kepada personel dan jurulatih semakin diperlukan selaras dengan keperluan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perkembangan pendidikan masa kini.  Peluang serta kemudahan yang disediakan untuk tujuan peningkatan ilmu, kecekapan, kemahiran serta perluasan pengalaman kepada personel dan jurulatih Pusat Kokurikulum amat penting dalam mewujudkan pengurusan latihan kokurikulum yang mantap di masa akan datang.

2. Matlamat

Komunikasi adalah satu keperluan yang penting semasa menjalankan aktiviti berisiko. Penggunaan radio yang sistematik dan bersepadu dapat mengurangkan risiko kemalangan. Jurulatih dapat menjalankan tugas dengan berkesan dan sentiasa boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat. Pemantauan yang berterusan juga dapat dijalankan.


3. Objektif

3.1 Sebagai alat perhubungan jarak jauh semasa menjalankan aktiviti peserta di dalam dan di luar Pusat Kokurikulum.

3.2 Sebagai alat pemantau yang menjaga keselamatan peserta semasa aktiviti berisiko.

3.3 Sebagai alat keselamatan yang dapat membantu menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat dalam keadaan yang memerlukan. (Menggunakan sistem AUTOMASI PENGESANAN LOKASI  - (APL) – mengesan lokasi pemegang radio (jurulatih pengiring) dan dipantau melalui sistem komputer di bes.

3.4 Sebagai alat komunikasi utama yang dapat menghubungkan pasukan penyelamat dengan peserta dalam kadar segera tanpa halangan komunikasi (uninterrupted dedicated communication channel).

3.5 Sebagai alat perhubungan dalam penugasan kecemasan menyelamat murid semasa bencana alam.

IMPLIKASI SEKIRANYA TIADA KOMUNIKASI RADIO DUA HALA

a. Peserta berdepan dengan risiko setiap kali menjalankan aktiviti di kawasan yang berbahaya.

b. Kegagalan operasi menyelamat peserta dalam menghadapi situasi kecemasan.

c. Kegagalan pemantauan aktiviti peserta oleh pihak pengurusan Pusat Kokurikulum.



4. Peralatan

4.1Cadangan peralatan asas untuk komunikasi di kawalan pusat.

BIL
PERALATAN
CATATAN
1
Radio

2
Handie-talkie

3
Regulated DC power supply

4
Kabel kuasa

5
Kabel antena

6
BNC Connector

7
Tiang antena

8
Buku log

9
Borang berita

10.
Pen marker

11.
Bateri

12.
Papan kenyataan



4.2 Penyimpanan set atau handie -talkie

Apabila set atau handie-talkie tidak digunakan dalam jangka masa yang lama, ianya hendaklah disimpan di tempat yang kering dan bersuhu bilik. Tanggalkan bateri dan antena. Sebaiknya diletakkan dalam beg atau kotak yang dikhaskan.
Sekiranya set atau handie-talkie menggunakan ‘PTT’ yang berasingan, tanggalkan dan simpan berasingan.


4.3 Muatan bagasi

Sekiranya handie talkie perlu dibawa melalui bagasi penerbangan, pastikan bateri ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam beg keras. Seeloknya disertakan bersama sekeping surat dari penolong pengarah untuk kemudahan pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang. Nyatakan nama dan jawatan pembawa, jenis dan bilangan serta peralatan lain yang dibawa dalam surat tersebut. Perlu juga diserta dengan ‘Apparatus Assignment’ sebagai bukti peralatan yang sah dari Pusat Kokurikulum.

4.4 Pemasangan set mobil di kenderaan

Sekiranya memasang set mobil di kenderaan, pastikan satu salinan sah ‘apparatus assignment’ disimpan dalam kenderaan anda. Ini amat penting untuk mengelakkan kekeliruan berlaku sekiranya diminta oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia.


4.5 Borang sumpah kerahsiaan

Sebagai kakitangan kerajaan, pengurusan Pusat Kokurikulum, jurulatih dan staf terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1992 Akta 88 iaitu tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan sama ada dalam bentuk perkataan kod, isyarat timbal atau kata jodoh rasmi yang rahsia atau sesuatu benda suratan atau maklumat. Untuk itu, satu borang perakuan sumpah mesti diisi oleh pemegang radio di samping “Apparatus Assignment” (Rujuk Lampiran) yang sah. Borang perakuan sumpah hendaklah diisi dan ditandatangani di hadapan Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Negeri.











PUSAT KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG SUMPAH KERAHSIAAN KOMUNIKASI
PUSAT KOKURIKULUM NEGERI …………………………………….

Saya __________________________________________________________________
Beralamat  ____________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Nombor Kad Pengenalan ________________________________
dengan ini mengaku dan bersumpah :

1)            Akan memegang segala rahsia berkaitan maklumat tugasan yang disampaikan melalui wayarles sama ada yang saya pancar atau yang saya terima sebagaimana tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya.

2)            Saya sama ada secara langsung atau tidak langsung tidak akan menyampaikan maklumat kepada orang yang tidak berkaitan dengan tugasan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan segala maklumat yang saya pancar atau yang saya terima yang boleh mendedahkan mana-mana rahsia Pusat Kokurikulum Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kerajaan Malaysia.

3)            Saya tidak akan memancar dengan wayarles dengan tujuan untuk memberikan maklumat kepada orang yang tidak berkaitan dengan tugasan.
                                   
Dan saya dengan ini mengaku dengan sesungguhnya menaruh kepercayaan dan pegangan kepada Akuan Sumpah 1960 dan Akta Rahsia Rasmi 1992
Akta 88.


Disaksikan oleh

Nama ______________________________)

Di __________________________________)

Pada ______ Bulan ___________,    200…)                       Tanda tangan ______________
                                                                                   
Di hadapan saya,

_____________________________     






5. Personel

5.1 Ketua Komunikasi / Ketua Projek / Ketua Aktiviti
5.2 Pengawal Kawalan Pusat
5.3 Jurulatih yang menggunakan handie-talkie
5.4 Jurulatih yang menggunakan mobil