Tuesday, 3 March 2015

Rumah Pokok Suku Korowai Setinggi 35 Meter Di Papua!


Di tengah hutan belantara timur laut Indonesia daerah Papua, terdapat satu suku kaum yang dikenali sebagai Korowai. Suku ini sangat terpisah dari dunia luar dan bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan untuk terus hidup. Suku kaum ini dijumpai oleh seorang pengembara dari Belanda pada tahun 1974 dan mereka hampir tiada hubungan langsung dengan dunia luar.

Suku kaum Korowai ini tinggal diatas rumah pokok atau ran yang mempunyai ketinggian sekitar 6-12 meter. Tetapi, ada juga yang membina rumah diatas pokok setinggi 35 meter. Tujuan mereka membina rumah yang tinggi ialah untuk mengelak daripada nyamuk dan juga bunyi bising dari jiran. Selain itu juga, mereka percaya bahawa roh-roh jahat selalu mengganggu di bahagian lantai hutan.










Membina rumah di atas pokok menurut mereka dapat melindungi keluarga mereka dari semangat jahat.Batang pokok Banyan yang kukuk di pilih sebagai "tiang seri" bagi rumah yang di bina.Sejak awal 1990an, sebahagian suku kaum Korowai ini terlibat dalam sektor perlancongan apabila lembah Korowai ini menjadi tempat tumpuan pelancong ekoran daripada keindahan semulajadinya.

Terdapat lebih kurang 3000 orang kaum Korowai yang menghuni hutan belantara ini di mana mereka ini menjalankan kegiatan primitif seperti berburu, pertanian serta dikatakan bersifat kanibal. Suku kaum ini juga masih banyak lagi mengamalkan kehidupan yang pelik dan sangat terpisah dari cara hidup moden.



Mereka juga sangat pakar dalam membina rumah yang tinggi sebegini dan hanya boleh dimasuki dengan memanjat melalui pokok-pokok yang digunakan untuk membina rumah tersebut. Kemahiran mereka membina rumah ini begitu menakjubkan. Mungkin juga daripada jenis kayu yang dipilih untuk membina rumah-rumah tersebut menyebabkan rumah mereka tahan walaupun terdedah kepada hujan dan panas setiap hari.

Dikatakan tujuan mereka membuat rumah yang tinggi adalah untuk mengelak daripada serangan binatang buas dan gigitan nyamuk berbahaya yang terdapat dalam hutan tebal di situ. Selain itu, faktor mereka tinggal di puncak pokok ini kerana usia tua iaitu terus tinggal di atas pokok hingga akhir hayat. Ini kerana, bagi yang telah tua, tidak mungkin lagi mereka mampu memanjat naik ke rumah andainya mereka turun ke tanah. Tetapi jika berlaku angin ribut, nyawa mereka mungkin benar-benar di hujung tanduk.

Lihatlah paparan berikut tentang jenis-jenis senjata yang mereka gunakan untuk berburu serta jenis makanan mereka. Kehidupan mereka ini saling tidak tumpah dengan kehidupan kuno dahulu.



Walaupun mereka terpisah dari dunia luar, namun kaum ini tentunya memiliki kemahiran yang tinggi untuk menempuh kehidupan seperti ketika berhadapan dengan binatang buas dan malapetaka alam.



Sekitar awal tahun 1991,lembah Korowai ini mula di teroka secara rakusnya kerana lembah Korowai ini kaya dengan sumber kayu Gaharu.Ketika ini harga kayu Gaharu amat tinggi di pasaran dunia,1 Kg yang di kumpul oleh suku kaum ini akan di jual dengan harga $4,00 (RM 12,300) sekilogram dan kemudiannya kayu Gaharu ini akan di jual kepada pedagang Timur Tengah dan pasaran Eropah kira-kira $1000 (RM 3000) sekilogram. Kesan daripada perdagangan Gaharu ini berlakunya pertembungan budaya dan adat resam sehingga menyebabkan wabak AIDS melanda kawasan ini.Akhirnya industri kayu Gaharu berakhir pada tahun 1999.