Wednesday, 1 April 2015

ARAHAN TETAP PENGENDALIAN AKTIVITI BERBASIKAL


 
1.         RASIONAL
      
            Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti berbasikal yang seragam, sistematik, efektif dan mesra pengguna bagi semua Pusat Kokurikulum Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.         MATLAMAT

Memantapkan keseragaman dan keberkesanan pengurusan aktiviti berbasikal di setiap Pusat Kokurikulum Negeri.

3.         OBJEKTIF

            Semua personel di Pusat Kokurikulum Negeri dapat :

3.1         Mengaplikasikan maklumat dan keperluan pengurusan yang seragam di dalam melaksanakan aktiviti berbasikal di semua Pusat Kokurikulum Negeri.
3.2         Menggunapakai prosedur yang lebih sistematik, sesuai dan selamat serta berkesan.
3.3         Memudahkan kelancaran pengurusan program berbasikal yang dirancang baik di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
3.4         Melaksanakan program berbasikal dengan lebih efektif dan efisyen.




4.         PERALATAN

4.1  Rujuk Lampiran A

5.         PERSONEL

5.1          Ketua aktiviti
5.2         Jurulatih ( 1 : 6 -10 peserta) mengikut senarai nama terkini
5.3         Rakan Penunggang ( 1: 10 peserta / Kumpulan peserta )
5.4         Marsyal Berbasikal  ( 1 : 20 peserta )
5.5         Marsyal Bermotosikal ( 1 : 30 peserta )
5.6         Pasukan Polis Diraja Malaysia
5.7         Pasukan Polis Trafik ( mengikut keperluan kesesuaian laluan )
a.            Kereta Pengiring ( 1 : 100 peserta )
b.            Motosikal ( 1 : 30 peserta )
5.8         Pasukan Kereta Pengiring Pertama ( 1 : 50 peserta )
5.9         Pasukan Mekanik ( 1 : 15 peserta )
5.10      Pasukan Logistik ( 1 : 10 peserta )
5.11      Pasukan Feeder ( 1 : 30 peserta )
5.12      Pasukan Perubatan  ( 1 : Kumpulan peserta )
Catatan: Jurulatih boleh berperanan sebagai rakan penunggang, marshall, pasukan lojistik

6.         PERSIAPAN AWAL

6.1         Menyenaraikan nama peserta
6.2         Menyenaraikan nama Jurulatih, Pegawai
6.3         Menyenaraikan Jawatan Kuasa, tugasan dan senarai semak.
6.4         Menyenaraikan alatan individu (Rujuk lampiran A)
6.5         Menyemak   peralatan dan keperluan aktiviti (Rujuk lampiran B)
6.6         Penyatuan tarikh :
a.            Tarikh Mesyuarat Jawatan Kuasa 15 hari sebelum
b.            Tarikh tinjauan kawasan
c.            Tarikh pelaksanaan
d.            Tarikh mesyuarat akhir dan taklimat peserta / pegawai @ Jurulatih
e.            Tarikh serahan alatan lojistik dan laporan kerosakan

6.7         Memastikan perkara-perkara berikut diuruskan sebelum aktiviti bermula:
a.            Mesyuarat Jawatan kuasa 
b.            Permohonan kepada pihak berwajib – Kawasan atau tempat, tuan punya kawasan untuk latihan dan kegiatan.
c.            Permohonan bantuan daripada agensi lain
d.            Pemberitahuan kepada pihak  berwajib yang berkenaan.
e.            Surat kebenaran ibu bapa / penjaga / waris
f.             Surat arahan / makluman  kepada sekolah / peserta
g.            Surat perlantikan kepada jurulatih terlibat
h.            Peserta dilindungi oleh insuran

6.8         Keperluan Lojistik  agensi luar
a.            Ambulan, ubatan, Pegawai Perubatan  dan pemandu
b.            Pasukan Polis Trafik
c.            Pasukan Polis Diraja Malaysia
d.            Pembekal makanan
e.            Pengangkutan peserta / logistik / basikal pergi dan balik
f.             Penginapan dan tempat rehat peserta
g.            Kawasan dan keperluan pasukan feeder

6.9       Majlis-majlis
a.            Pelancaran / perasmian
b.            Penutupan dan sijil
c.            Protokol dan Jawatan kuasa

6.10       Sijil-sijil dan cenderamata

7.         PERLAKSANAAN

7.1         Sebelum aktiviti

a.            Tempat dan laluan untuk aktiviti berbasikal hendaklah  dipastikan selamat dari segala jenis ancaman. Sediakan pelan laluan sebagai panduan jurulatih.
b.            Jarak kayuhan dan jenis mukabumi hendaklah sesuai dengan jumlah peserta.
c.            Laluan alternatif / kecemasan hendaklah disediakan dan dipastikan kesesuaian dan keselamatan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dirancang atau kecemasan.
d.            Kenderaan dan pasukan untuk kecemasan hendaklah sentiasa di dalam keadaan siap sedia dan berada di belakang palaton.
e.            Memastikan peserta diberikan taklimat tentang anatomi fungsi dan perkara yang berkaitan dengan aspek keselamatan berbasikal.
f.             Memberi taklimat laluan dan formasi pergerakan kepada peserta.
g.            Jurulatih diberi taklimat dan faham akan tugas masing-masing ( rujuk senarai tugas jurulatih bertugas ).





7.2         Semasa aktiviti

a.            Jurulatih Pemantau berada di lokasi sebelum peserta sampai.
b.            Ketua Aktiviti memberi taklimat kepada peserta ( rujuk lampiran F ).
c.            Peserta diberi peralatan yang diperlukan semasa berkayuh ( rujuk senarai peralatan peserta )
d.            Peserta di bawa ke lokasi permulaan dalam keadaan sedia dengan peralatan.
e.            Bacaan doa.
f.             Peserta memulakan aktiviti berbasikal mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
g.            Jurulatih dan rakan penunggang membuat rondaaan dan memastikan peserta selamat.
h.            Peserta digalakkan berada di dalam kumpulan dan tidak dibenarkan memotong sesuka hati dan berkomunikasi antara satu sama lain semasa aktiviti dijalankan.

7.3         Selepas Aktiviti

a.            Jurulatih hendaklah memastikan bilangan peserta mencukupi dan mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan peserta.
b.            Jika terdapat kecederaan hendaklah diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital.
c.            Semua peralatan hendaklah dikutip dan sekiranya terdapat kerosakan atau kehilangan peralatan sila laporkan kepada bahagian logistik.
d.            Bacaan doa.



PROSES KERJA
PERSEDIAAN AWAL AKTIVITI BERBASIKAL


BIL

PROSES KERJA

PEGAWAI DIRUJUK / MELULUSKAN
SEKSYEN UNDANG-UNDANG / PERATURAN
1
Mendapatkan arahan dan mengenalpasti aktiviti :
  1. Nama Tempat
  2. Jenis Laluan
  3. Lokasi Laluan
  4. Pemilik / Pihak Berkuasa yang mengawal.

  1. Pengarah JPN
  2. Ketua Sektor SPPK
  3. Agensi Kerajaan / Swasta Terlibat

2
Berhubung dengan pihak berkuasa yang mengawal laluan / kawasan laluan berkenaan dan menghantar surat permohonan kebenaran untuk menjalankan ekspedisi berbasikal tersebut.

Agensi Terlibat


3
Membuat tinjauan awal tentang kesesuaian laluan dan kawasan rehat yang untuk aktiviti berbasikal.



4
Sekiranya lokasi dan laluan tersebut sesuai, buat tempahan untuk menggunakan lokasi dan laluan :
a.    Tarikh
b.    Masa
c.    Bilangan peserta yang terlibat
d.    Kemudahan asas sedia ada




Agensi terlibat

5
Memaklumkan dan memohon bantuan kepada pihak polis trafik / polis / PBSM tentang tarikh, masa dan bilangan peserta terlibat untuk tujuan tinjuan dan tarikh sebenar aktiviti berbasikal.


Polis Trafik / Polis / PBSM

6
Kenalpasti keperluan jurulatih bertauliah. kumpulan mekanik, rakan penunggang dan agensi-agensi yang membantu.

Agensi terlibat
Rakan Penunggang
Pasukan Mekanik


7
Menjalankan tinjuan terakhir bersama dengan semua personel yang terlibat.






8
Membuat pemeriksaan peralatan yang diperlukan dari segi :
a.    Jenis peralatan
b.    Bilangan peralatan
c.    Kesesuaian dan keselamatan peralatan
d.    Kualiti peralatan
e.    Peralatan ganti


Kumpulan Logistik dan Pasukan Mekanik

9
Mengadakan taklimat kepada semua jurulatih yang terlibat dengan aktiviti. Taklimat merangkumi aspek-aspek seperti :
a.    Keadaan laluan
b.    Keperluan peralatan
c.    Langkah-langkah keselamatan
d.    Bilangan Peserta dan personel pembantu
e.    Jantina Peserta
f.     Tahap Umur Peserta
g.    Tahap Kesihatan Peserta
h.    Aktiviti di stesen rehat atau di sepanjang perjalanan.



Ketua Jurulatih
Pegawai Logistik





SENARAI SEMAK
PERSEDIAAN AWAL AKTIVITI BERBASIKAL

Bil
TINDAKAN
TANDA
CATATAN
1
Mengenalpasti laluan
1.1  Nama Tempat Laluan
1.2  Jenis Laluan
1.3  Lokasi Laluan dan Stesen Rehat
1.4  Pemilik / Pihak Berkuasa yang mengawal laluan dan lokasi
1.5  Cadangan laluan alternatif



2
Berhubung dengan pihak berkuasa yang mengawal laluan dan lokasi berkenaan dan menghantar surat permohonan kebenaran untuk tujuan ekspedisi berbasikal.



3
Membuat tinjauan awal tentang kesesuaian laluan dan lokasi berkenaan untuk ekspedisi berbasikal.



4
Sekiranya tempat tersebut sesuai, buat tempahan untuk menggunakan lokasi dan laluan untuk aktiviti berbasikal dari segi :
a.    Tarikh
b.    Masa
c.    Bilangan peserta terlibat
d.    Kemudahan bilik air, pengangkutan, tempat rehat dan kawasan aktiviti stesen.



5
Memaklumkan dan memohon bantuan kepada pihak PDRM / JPA 3 / Polis Trafik / PBSM tentang tarikh, masa, bilangan peserta dan kenderaan yang terlibat untuk tinjauan dan tarikh sebenar aktiviti berbasikal.



6
Dapatkan khidmat jurulatih bertauliah dan terlatih di dalam mengendalikan aktiviti berbasikal.



7
Menjalankan tinjauan terakhir bersama jurulatih bertauliah / rakan penunggang / kumpulan mekanik dan kumpulan ‘feeder’ serta kumpulan-kumpulan lain  yang berkaitan.



8
Membuat pemeriksaan peralatan yang diperlukan dari segi :
a.    Jenis peralatan
b.    Bilangan peralatan
c.    Kualiti peralatan
d.    Keperluan peralatan gantian



9
Mengadakan taklimat kepada semua jurulatih dan personel yang terlibat dengan aktiviti berbasikal. Taklimat merangkumi aspek-aspek seperti :
a.    Keadaan laluan
b.    Keperluan peralatan
c.    Langkah keselamatan
d.    Bilangan dan latarbelakang peserta yang terlibat.
e.    Aktiviti pengukuhan kemahiran di sepanjang perjalanan atau di stesen rehat.






PROSES KERJA
SEBELUM AKTIVITI BERBASIKAL

BIL
PROSES KERJA
PEGAWAI YANG MELULUSKAN /
DI RUJUK
SEKSYEN UNDANG-UNDANG / PERATURAN
1
Semakan
  1. Bilangan peserta
  2. Bilangan Peralatan
  3. Senarai Nama Peserta dan Personel yang terlibat.

Ketua Jurulatih
Ketua Kumpulan

2
Taklimat :
  1. Perancangan
  2. Agihan Tugasan
  3. Senarai Bidang Tugas Personel
  4. Bantuan dan Isyarat
  5. Masa mula dan tamat
  6. Bekalan Makanan
  7. Tempat rehat dan berkumpul


Ketua Jurulatih

3
Semakan keperluan, kesesuaian dan keselamatan peralatan yang akan digunakan.


Ketua Aktiviti

4
Semakan alatan sokongan dan peralatan gantu, peti bantuan kecemasan, pemeriksaan dan ujian peralatan yang akan digunakan.


Penyelia Lojistik
Ketua Jurulatih

5
Semakan dan pembahagian kumpulan peserta dan personel terlibat.

Ketua Aktiviti

6
Agihan jurulatih dan rakan penunggang serta personel terlibat.



7
Aktiviti dimulakan.






PROSES KERJA
SEBELUM AKTIVITI BERBASIKAL

BIL
PROSES KERJA
TANDA
CATATAN
1
Semakan
  1. Bilangan peserta
  2. Bilangan Peralatan
  3. Senarai Nama Peserta dan Personel yang terlibat.



2
Taklimat :
  1. Perancangan
  2. Agihan Tugasan
  3. Senarai Bidang Tugas Personel
  4. Bantuan dan Isyarat
  5. Masa mula dan tamat
  6. Bekalan Makanan
  7. Tempat rehat dan berkumpul



3
Semakan keperluan, kesesuaian dan keselamatan peralatan yang akan digunakan.



4
Semakan alatan sokongan dan peralatan gantu, peti bantuan kecemasan, pemeriksaan dan ujian peralatan yang akan digunakan.



5
Semakan dan pembahagian kumpulan peserta dan personel terlibat.



6
Agihan jurulatih dan rakan penunggang serta personel terlibat.



7
Aktiviti dimulakan.








PROSES KERJA
SEMASA AKTIVITI BERBASIKAL

BIL
PROSES KERJA
PEGAWAI YANG MELULUSKAN / DIRUJUK
SEKSYEN UNDANG-UNDANG / PERATURAN
1
Membuat pemeriksaaan peralatan yang diperlukan dari segi :
  1. Jenis Peralatan
  2. Bilangan Peralatan
  3. Pemeriksaan Keselamatan dan Kesesuaian Peralatan yang akan digunakan.



Ketua Jurulatih
Ketua Kumpulan Mekanik

2
Taklimat kepada peserta :
a.    Anatomi basikal
b.    Pelarasan Basikal
c.    Penggunaan bahagian basikal mengikut kesesuaian jenis laluan.
d.    Langkah-langkah keselamatan
e.    Formasi pergerakan
f.     Isyarat pergerakan
g.    Mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan peserta
h.    Peraturan semasa pergerakan.


Ketua Jurulatih

Surat pekeliling Ikhtisas Bil 1/1995
3
Mengadakan aktiviti memanaskan badan dan regangan yang sesuai untuk aktiviti berbasikal.


Jurulatih bertugas

4
Bacaan Doa Selamat
Jurulatih / Peserta bertugas.


5
Memastikan bantuan dari Agensi terlibat seperti pihak polis trafik / polis / PBSM / JPA 3 telah bersedia sebelum aktiviti bermula.


Polis Trafik / Polis / PBSM / JPA 3

6
Aktiviti berbasikal dimulakan secara palaton dan berformasi dengan di kawal oleh Rakan Penunggang, Marsyal, Polis Trafik dan Peagwai Laluan.

Agensi terlibat
Jurulatih
Rakan Penunggang


7
Pada setiap stesen rehat pastikan keselamatan dan kecergasan peserta,  keadaan basikal.



Jurulatih bertugas

8
Sekiranya terdapat peserta dan basikal yang bermasalah semasa aktiviti kes ini hendaklah dirujuk kepada Ketua Jurulatih, pasukan sokongan dan Ketua Mekanik.
* Sekiranya berlaku bencana alam atau hujan lebat bersama petir dan kilat, aktiviti hendaklah ditangguhkan atau dihentikan.











9
Setiap kumpulan menjalankan tugasan dan aktiviti mengikut kumpulan / individu seperti yang telah ditetapkan.



10
Apabila tamat aktiviti berbasikal buat pemeriksaan terhadap:
a.    Bilangan peserta
b.    Kesihatan peserta
c.    Bilangan basikal
d.    Tugasan yang perlu dibuat
e.    Refleksi
f.     Doa Selamat.


Katua Jurulatih
Fasilitator





SENARAI SEMAK
SEMASA AKTIVITI BERBSIKAL

BIL
TINDAKAN
TANDA
CATATAN
1
Membuat pemeriksaaan peralatan yang diperlukan dari segi
  1. Jenis Peralatan
  2. Bilangan Peralatan
  3. Pemeriksaan Keselamatan dan Kesesuaian Peralatan yang akan digunakan.



2
Taklimat kepada peserta :
a.    Anatomi basikal
b.    Pelarasan Basikal
c.    Penggunaan bahagian basikal mengikut kesesuaian jenis laluan.
d.    Langkah-langkah keselamatan
e.    Formasi pergerakan
f.     Isyarat pergerakan
g.    Mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan peserta
h.    Peraturan semasa pergerakan.



3
Mengadakan aktiviti memanaskan badan dan regangan yang sesuai untuk aktiviti berbasikal.



4
Bacaan Doa Selamat



5
Memastikan bantuan dari Agensi terlibat seperti pihak polis trafik / polis / PBSM / JPA 3 telah bersedia.



6
Aktiviti berbasikal dimulakan secara palaton dan berformasi dengan di kawal oleh Rakan Penunggang, Marsyal, Polis Trafik dan Peagwai Laluan.



7
Pada setiap stesen rehat pastikan keselamatan dan kecergasan peserta,  keadaan basikal.



8
Sekiranya terdapat peserta dan basikal yang bermasalah semasa aktiviti kes ini hendaklah dirujuk kepada Ketua Jurulatih, pasukan sokongan dan Ketua Mekanik. * Sekiranya berlaku bencana alam atau hujan lebat bersama petir dan kilat, aktiviti hendaklah ditangguhkan atau dihentikan.








9
Setiap rakan penunggang, kumpulan mekanik, kumpulan feeder, kumpulan marsyal dan kumpulan jurulatih menjalankan tugasan dan aktiviti mengikut kumpulan / individu seperti yang telah ditetapkan.




10
Apabila tamat aktiviti berbasikal buat pemeriksaan terhadap:
i.      Bilangan peserta
j.      Kesihatan peserta
k.    Bilangan basikal
l.      Tugasan yang perlu dibuat
m.   Refleksi
n.    Doa Selamat.











PROSES KERJA
SELEPAS AKTIVITI BERBASIKAL

BIL
PROSES KERJA
PEGAWAI YANG MELULUSKAN / DIRUJUK
SEKSYEN UNDANG-UNDANG / PERATURAN
1
Menyemak bilangan peserta
Ketua Jurulatih
Ketua Kumpulan


2

Bacaan Doa Selamat
Jurulatih / Peserta

3
Ucapan tahniah dan sokongan kepada peserta yang berjaya.

Ketua Aktiviti

4
Semak dan kenalpasti tahap kesihatan dan keadaan peserta. Berikan rawatan sekiranya perlu.

Pegawai yang bertugas



5
Megadakan aktiviti regangan dan ” warm down ”

Jurulatih Bertugas

6
Mengadakan aktiviti refleksi dan semakan terhadap tugasan kumpulan yang dibuat.

Jurulatih
Fasilitator

7
Menyemak dan mengumpul semula dan menyimpan peralatan basikal dan peralatan lain.

Ketua Jurulatih
Pegawai Lojistik

8
Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan dan sijil penghargaan.


Ketua Ekspedisi

9
Urusan Pentadbiran
a.     Surat ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
b.     Pegurusan Kewangan untuk makanan, peralatan ganti, pengangkutan dan lain-lain yang sesuai.
c.     Laporan dan Dokumentasi


Penolong Pengarah PKK
Pembantu Tadbir
Unit Kewangan
Jabatan Pelajaran Negeri



 


SENARAI SEMAK
SELEPAS AKTIVITI BERBASIKAL

BIL
TINDAKAN
TANDA
CATATAN
1
Menyemak bilangan peserta



2

Bacaan Doa Selamat


3
Ucapan tahniah dan sokongan kepada peserta yang berjaya.



4
Semak dan kenalpasti tahap kesihatan dan keadaan peserta. Berikan rawatan sekiranya perlu.





5
Megadakan aktiviti regangan dan ” warm down ”



6
Mengadakan aktiviti refleksi dan semakan terhadap tugasan kumpulan yang dibuat.



7
Menyemak dan mengumpul semula dan menyimpan peralatan basikal dan peralatan lain.



8
Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan dan sijil penghargaan.



9
Urusan Pentadbiran
a.    Surat ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
b.    Pegurusan Kewangan untuk makanan, peralatan ganti, pengangkutan dan lain-lain yang sesuai.
c.    Laporan dan Dokumentasi







SENARAI PERALATAN INDIVIDU

1.        Basikal

2.        Helmet Basikal   untuk setiap peserta dan personel.

3.        Pakaian yang sesuai untuk aktiviti berbasikal

4.        Kasut bersesuaian

5.        Bekalan air individu – 1 liter untuk tempoh 4 – 6 jam.

6.        Bekalan makanan  - Jenis cepat hadam, berkhasiat dan bertenaga seperti coklat bar, glukos, buah-buahan dsb.

7.        Ubatan peribadi – mengikut keperluan.plaster luka jenis kecil diperlukan.

8.        Peralatan solat  

9.        Beg sandang untuk kegunaan peribadi.



PERALATAN KUMPULAN

1.          Bekalan makanan untuk seharian ( tengahari , minum petang dan makan malam –makanan segera dan berbungkus plastik selamat kedap udara dan kalis air ).
·         Pastikan jenis makanan dan menu makanan sesuai dengan aktiviti berbasikal seperti pisang, buah lai, coklat dan lain-lain makanan yang sesuai.

2.          Bekalan air minuman tambahan - agihkan kepada setiap peserta di stesen  rehat.

3.          Kotak ubatan ( First Aid Kit ) 1 kotak ubatan untuk 20 peserta. Ubatan / alatan wajib dibawa – ubat luka - lebam, luka calar, luka dalam, pembalut luka, pencuci luka, minyak angin, anduh patah, anduh kain, krim luka, minyak gosok, pil penahan kesakitan.

CADANGAN AKTIVITI DI STESEN REHAT BERBASIKAL

1.            Menamakan  anatomi basikal dan mengenalpasti fungsi anatomi basikal.

2.            Membuat praktikal menampal tiub tayar yang pecah.

3.            Membuat gotong royong membersihkan kawasan rehat.

4.            Menghayati keindahan alam sekitar di tempat rehat.




Senaman dan Regangan yang sesuai untuk Aktiviti berbasikal




1.         Aktiviti Aerobik / Senamrobik / J-robik.


2.         Jenis-jenis regangan dan fungsi


BORANG KAJI SELIDIK

Tandakan ( / ) di dalam ruangan yang berkenaan.
Bil
Item Penilaian
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Setuju
1
Pada anggapan saya aktiviti halangan aras tinggi adalah aktiviti yang menakutkan dan amat tinggi risikonya.



2
Sebelum ini saya amat takut dan tiada keyakinan diri.




3
Ini adalah pengalaman pertama saya mengikuti aktiviti halangan aras tinggi.



4
Saya sangat berminat dengan aktiviti ini.




5
Aktiviti ini memberikan banyak faedah dan pengetahuan baru kepada saya.



6
Aktiviti ini perlu diperkenalkan kepada kawan-kawan saya yang lain.



7
Aktiviti ini memberikan keseronokan dan menambahkan keyakinan.



8
Ingin menyertai aktiviti ini di tempat dan laluan lain yang lebih mencabar.



9
Aktiviti ini mendatangkan lebih banyak keburukan  dari kebaikan.



10
Langkah keselamatan memuaskan.




11
Penerangan jurulatih sebelum aktiviti jelas dan meningkatkan keyakinan kepada saya.




12
Jurulatih seorang yang berpengalaman, profesional membantu dan meyakinkan.



13
Peralatan yang di gunakan sesuai dan selamat.




14
Aktiviti ini mendatangkan lebih banyak faedah.




15
Aktiviti di stesyen amat memberikan input dan pengetahuan yang berguna.



16
Aktiviti ini berjaya membina interaksi dan integrasi yang berkesan.



17
Aktiviti yang di jalankan amat bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan saya.



18
Refleksi yang dilaksanakan di akhir aktiviti memberi banyak ilmu dan pengalaman serta kepada saya.



19
Kerjasama antara agensi yang terlibat amat membanggakan dan sangat membantu.



20
Aktiviti ini boleh menjadi satu alat untuk tujuan memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Negara.





Cadangan /  Pendapat:
i.          Jurulatih





iii.            Pelaksanaan Aktiviti









iii.         Penerangan dan tunjuk cara.




TAKLIMAT KEPADA PESERTA

1.            Pastikan tiada peserta yang BERPENYAKIT KRONIK (seperti penyakit jantung, penyakit buah pinggang, epilepsi dan lain-lain)
2.            Mengenal pasti peserta yang mempunyai penyakit-penyakit /kecederaan berikut diberi tumpuan/perhatian::
a.    Athsma / Lelah
b.    Baru menjalani pembedahan
c.    Patah/retak tulang
d.    Migrain
e.    Gastrik
f.     Dan lain-lain yang boleh menimbulkan masalah semasa aktiviti.
3.            Memastikan peserta telah memeriksa basikal dan peralatan yang dikhaskan hendaklah selamat dan selesa pada fasa sebelum aktiviti.
4.            Apabila berlaku kecemasan semasa aktiviti peserta yang lain tidak digalakkan berhenti bersama-sama untuk membantu.
5.            Peserta diberikan maklumat awal tentang:
a.    Penerangan anatomi basikal
b.    Jenis dan jarak laluan
c.    Formasi pergerakan dengan basikal
d.    Isyarat-isyarat kecemasan kalau ada
e.    Pelarasan peserta dan basikal
 
TAKLIMAT KEPADA JURULATIH

1.            Jurulatih dibahagikan mengikut kumpulan bertugas yang telah ditetapkan.
2.            Semua jurulatih perlu bertindak dengan cepat jika berlaku kecemasan sepanjang program berjalan.
3.            Jurulatih yang terdekat dengan lokasi mesti sampai secepat mungkin dan berikan rawatan awal.
4.            Komunikasi jurulatih bertugas dengan menggunakan “walkie talkie” sekiranya keadaan memerlukan bantuan.
5.            Pastikan kawasan tempat berhenti tempat rehat tempat makan dan makanan peserta selamat dan sesuai untuk kegunaan kumpulan berbasikal.