Wednesday, 1 April 2015

MODUL BERBASIKAL


Latar Belakang Aktiviti

1.1 Peserta : 40 orang

1.2 Lokasi :

1.3 Masa : 4 jam

1.4 Jarak : 10km

1.5 Aktiviti : Berbasikal ikut palaton, Orienteering, Ikhtiar Hidup

1.6 Personel : Ketua Jurulatih - 1 orang

                      Jurulatih Pengiring - 4 orang

                     Rakan Penunggang - 6 orang

                     Paramedic - 2 orang

                      Mekanik - 4 orang

                     Feeding - 2 orang

                     PDRM - 6 orang


1.7 Keperluan : Kereta Pertama (First Car) - 1 buah

                          Kenderaan Motosikal Pengiring (Marsyal) - 4 buah

                         Pengangkut (Pick UP) - 1 buah

                         Peronda (PDRM) - 2 buah

1.8 Peralatan : Walkie Talkie – 4 unit

                   Penanda Feeding - 2 unit

                  Alat Ganti Basikal - secukupnya

                 ‘Tool Kit’ Basikal - 2 unit

                  Bendera Hijau - 2 unit

                  Bendera Merah - 2 unit

                  Vest Peserta - 44 helai

                  Vest Marsyal - 6 helai

                  Vest Rakan Penunggang - 8 helai

                    Topi Keledar Basikal - 50 unit

                  ‘Air-Horn’ - 1 unit

Objektif

2.1 Mengenalpasti langkah-langkah persediaan, keselamatan dan keselesaan sepanjang mengendalikan aktiviti berbasikal.

2.2 Menikmati keindahan alam semulajadi secara langsung.

2.3 Menguasai kemahiran ekspedisi basikal.

2.4 Menguji tahap ketahanan mental dan fizikal serta keyakinan diri.

2.5 Melahirkan individu yang peka dengan peraturan dan disiplin.

2.6 Menanam sifat berhati-hati dan tenang dalam menghadapi sesuatu situasi.


Sebelum aktiviti

3.1 Isi borang pengeluaran peralatan.

3.2 Pemeriksaan peralatan

3.3 Semak modul dan lakukan pindaan jika perlu mengikut keadaan.

3.4 Jurulatih memastikan peralatan yang diperlukan mencukupi, sesuai dan selamat digunakan :

  • 3.4.1 Basikal mengikut bilangan yang dikehendaki.
  • 3.4.2 Basikal ganti / simpanan mengikut keperluan
  • 3.4.3 Topi keselamatan
  • 3.4.4 Pam Tayar basikal
  • 3.4.5 Jaket / vest keselamatan
  • 3.4.6 Alat ganti basikal
  • 3.4.7 Bendera penanda Merah / Kuning / Hijau
  • 3.4.8 Lain-lain keperluan yang sesuai

3.5 Memastikan tahap kesediaan dan tahap kesihatan peserta :

  • 3.5.1 Mengenalpasti latar belakang kesihatan dan keadaan fizikal serta kemahiran peserta sebelum memulakan aktiviti.
  • 3.5.2 Memastikan aktiviti senaman dan regangan yang sesuai dan selamat dibuat sebelum membuat kayuhan.
  • 3.5.3 Sentiasa mengutamakan aspek keselamatan peserta sepanjang pelaksanaan aktiviti.
  • 3.5.4 Sekiranya berlaku kemalangan / kecederaan peserta semasa aktiviti, langkah persediaan bantu mula perlu diberikan dengan kadar segera.

3.6 Memastikan laluan / trek yang dipilih :

  • 3.6.1 Aspek pemilihan laluan yang sesuai, selamat dan tidak membebankan adalah menjadi keutamaan.
  • 3.6.2 Mengenalpasti laluan yang dipilih.
  • 3.6.3 Mengenalpasti altenatif laluan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diduga.
  • 3.6.4 Jarak dan tempoh masa kayuhan perlu diberi perhatian untuk tujuan masa rehat semasa kayuhan.
  • 3.6.5 Memastikan kebenaran dan pemberitahuan kepada pihak yang berwajib dan berkenaan telah dibuat sebelum memulakan aktiviti berbasikal.
  • 3.6.6 Berikan gambaran bentuk laluan yang akan digunakan kepada peserta
  • 3.6.7 Memastikan kawasan rehat yang dipilih bersesuaian dan selamat.
  • 3.6.8 Memastikan masa kayuhan dan masa rehat berpatutan diberikan kepada peserta.

3.7 Penglibatan personel yang membantu


  • 3.7.1 Memastikan tenaga personel yang diperlukan mencukupi, berkelayakan dan tidak membebankan.
  • 3.7.2 Memastikan kesediaan dan keperluan tenaga dari agensi luar yang diperlukan.
Semasa Aktiviti


  • 4.1 Taklimat pengendalian aktiviti berbasikal ;
  • 4.1.1 Anatomi basikal dan fungsinya
  • 4.1.2 Peraturan semasa berbasikal
  • 4.1.3 Teknik-teknik kayuhan dan menunggang yang betul
  • 4.1.4 Teknik melaras basikal
  • 4.1.5 Formasi kayuhan
  • 4.1.6 Tunjukcara / demonstrasi berbasikal
  • 4.1.7 Langkah-langkah keselamatan semasa berbasikal
4.2 Rekod pengeluaran / logistik

  • 4.2.1 Basikal kegunaan peserta dan personel
  • 4.2.2 Basikal ganti / simpanan
  • 4.2.3 Tool kit dan alat ganti basikal
  • 4.2.4 Walkie talkie
  • 4.2.5 Vest / jaket keselamatan

4.3 Pengurusan pengendalian aktiviti berbasikal :

  • 4.3.1 ‘Warm up’ dan regangan.
  • 4.3.2 Pelarasan individu dengan basikal yang akan digunakan.
  • 4.3.3 ‘Easy Ride’ di sekitar PKK Pangkor
  • 4.3.4 Taklimat ringkas pergerakan.
  • 4.3.5 Jurulatih memastikan pergerakan peserta dan kenalpasti peserta yang bermasalah untuk dibantu.
  • 4.3.6 Ketua Jurulatih memastikan keperluan peralatan dan personel untuk pergerakan mencukupi dan siap sedia.
Selepas Aktiviti

5.1 Penyusunan basikal

5.2 ‘Cooling down’

5.3 Refleksi

5.4 Penyerahan peralatan

5.5 Membersih peralatan


Kemahiran dan Pengetahuan yang Diperolehi

6.1 Aplikasi Sains Fizik dan Kejuruteraan – rekabentuk anatomi basikal yang membantu pergerakan.

6.2 Pemilihan formasi ekspedisi membantu kelancaran pergerakan dan laluan trafik.

6.3 Aplikasi Sains Hayat kedudukan badan dan kaki peserta semasa mengendalikan basikal – biomekanik.

6.4 Aktiviti berbasikal menjadi alternatif aktiviti untuk tujuan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan individu.



Rumusan

7.1 Keutamaan kepada mematuhi arahan untuk tujuan memastikan keselamatan peserta semasa berbasikal.

7.2 Aktiviti berbasikal sebagai salah satu cara / kaedah / alternatif latihan yang baik untuk tujuan mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah.

7.3 Memupuk nilai-nilai dan semangat kerjasama, kepimpinan, disiplin diri dan kumpulan.