Tuesday, 5 May 2015

Batu-Batu Misteri di Sarawak

Batu Buaya
Batu Buaya,Santubong - Batu yang kelihatan seperti kepala buaya ini terletak di persisiran pantai Santubong,Sarawak. Mitos menyatakan kononnya pada suatu masa dahulu seekor buaya telah mengganas di Sarawak. Datuk Merpati Jepang yang merupakan salah seorang pemerintah Sarawak dulu telah memenggal kepala buaya tersebut dan disumpah menjadi batu. Batu buaya ini juga ada kaitan dengan kisah mangkatnya satu – satunya Sultan di Sarawak iaitu Sultan Tengah. Sultan Tengah terbunuh di daerah Batu Buaya dan dimakamkan di Santubong (makam Sultan Tengah telah dibina dengan megah dan dapat ditemui hingga sekarang di lereng Gunung Santubong, disebelah kiri jalan dari Kuching ke Pantai Damai)
Sea Stack
Sea Stack, Taman Negara Bako – Ia kelihatan seperti kepala ular tedung yang muncul dari air dan dipenuhi misteri dan kehebatan ciptaan Yang Maha Esa. Merupakan mercu tanda Bako yang terletak di Taman Negara Bako merupakan taman negara tertua di Sarawak. Taman negara Bako merupakan taman negara terkecil di Asia Tenggara tetapi mempunyai ekosistem yang paling lengkap.
Batu Rasak
Batu Rasak, Jalan Bintulu,Miri – Terletak di Kampung Penan Muslim di Jalan Bintulu – Miri. Menurut lagenda pada 200 tahun yang lalu, pendudk Rasak terkena sumpahan semasa mengadakan keramaian dengan memasak daging kura – kura dan tupsi namun daging tupai tidak seenak kura – kura lalu mereka ketawa dengan rasa tupai tersebut. Tiba – tiba, hujan turun berserta ribut dan kilat, dan mereka semua bertukar menjadi batu.
Batu Nabau
Batu Nabau, Sungai Bukong – Terletak di Engkelili, Sri Aman merupakan batu yang menyerupai seekor ular gergasi dipercayai berusia 1,000 tahun dahulu. Kewujudan Batu Nabau yang mempunyai ukuran panjang melebihi 30 kaki dengan diameter melebihi dua meter. Bukan itu saja, penemuan huruf jawi pada batu tersebut turut menjadi persolan ramai. Kisah batu Nabau mendapat liputan luas selepas seorang lelaki Siam mendapat mimpi ular gergasi menjadi batu sehingga membawa beliau menemui Batu Nabau di Engkelili.
Batu Gong
Batu Gong, Sungai Katibas – Merupakan batu misteri yang kelihatan seperti gong yang kemek di tengah yang terletak di kawasan pendalaman Sarawak. Menurut lagenda, terdapat seekor raksasa bernama Remaung telah mengganas di Sungai Katibas dan memakan manusia.Seorang pahlawan bernama Bungai Nuing telah memerangkap Remaung ke dalam seketul batu dan menutup pintu masuk batu itu dengan batu yang digumpal – gumpal dan akhirnya Remaung mati.
batu bergambar
Batu Bergambar, Santubong – Merupakan batu yang banyak misteri kerana mempunyai imej manusia yang berusia ratusan tahun. Penemuan batu ini menjadi rujukan para arkeologi untuk mengkaji kehidupan di Santubong. Replika batu ini boleh dilihat di Muzium Tun Abdul Razak, Sarawak.
Batu Bergambar, yang terletak di Sungai Jaong, Santubong merupakan batu yang mempunyai imej manusia yang berusia ratusan tahun. Ia dipercayai tinggalan artifak penduduk Santubong yang terkenal dengan aktiviti berdagang dengan pedagang China, Arab dan India pada kurun ke-11. Penemuan Batu Bergambar menjadi rujukan para arkeologi untuk mengkaji kehidupan di Santubong pada masa lampau, sekaligus mengkaji kesenian dan pertukaran ilmu pengetahuan pada kurun tersebut antara penduduk tempatan dengan pedagang luar. Penemuan batu ini juga telah membawa penemuan artifak tua dari dinasti Tang dan Sung di China, 10 batu berukir dan barang dagangan seperti tembikar, manik, gangsa, perak dan emas
 
 

Batu Katak, Jalan Sibu-Bintulu.

Batu Katak yang terletak di jalan Sibu-Bintulu merupakan bongkah batu yang kelihatan seperti katak dari jauh. Apabila didekati, ia dipenuhi dengan lubang-lubang, bermacam-macam jenis nombor dan barang-barang memjuja. Batu Katak menjadi perhatian penggemar nombor ekor kerana menurut cerita, seorang lelaki Cina sangat menginginkan hadiah tempat pertama nombor ekor. Lelaki itu telah meminta bantuan Batu Katak dan dipendekkan cerita, hajatnya termakbul dan lelaki itu membina tokong di Batu Katak sebagai tanda terima kasih. Terdapat kisah-kisah lain mengenai Batu Katak ini seperti kelibat perempuan berbaju putih dan lembaga menakutkan. Terdapat cubaan meletupkan batu ini ketika membina jalan raya dengan menggunakan 'dynamite' dan 'bulldozer' tetapi kedua-duanya tidak berjaya. Maka, Batu Katak kekal di situ dan menjadi kebimbangan masyarakat mengenai masalah syirik.
 
 
Batu Kinyang, Jalan Rock, Kuching.

Batu Kinyang yang terletak di Jalan Rock, bersebelahan dengan kuil Hindu dan tidak jauh dari Wisma Saberkas merupakan sebuah batu misteri yang mengelupas dan membesar. Ia menjadi tempat memohon hajat pada zaman dahulu. Kononnya, hikmat batu kinyang ini diketahui oleh seorang lelaki berketurunan Jawa yang tertidur di atas batu kinyang ini selepas penat bekerja. Lelaki itu telah memohon hajat untuk memperoleh anak selepas dikunjungi oleh 'seseorang' di dalam mimpi. Apabila hajat lelaki itu termakbul, ramai penduduk mula memohon hajat di batu itu sehinggalah pada suatu hari, hikmat batu itu hilang apabila sebuah kandang sembelihan khinzir dibuka berhampiran. Berdasarkan catatan W.J Chater, Rajah Kedua, Charles Brooke pernah berniat untuk meletupkan batu kinyang dan menggunakan serpihan batu itu untuk membina jalan raya tetapi niat beliau dibatalkan atas pujukan penduduk tempatan.