Thursday, 14 May 2015

Cara Betul Packing Backpack Anda


Packing (serius, kami tak jumpa perkataan Bahasa Malaysia yang tepat) backpack dengan cara yang betul bukan sahaja akan menjimatkan ruangan beg. Ia juga dapat mengurangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan akibat memikul beg. Beg yang dikemas dengan betul membolehkan beban dan berat beg disebar secara seragam (distribute evenly) ke seluruh badan dan mengelakkan sakit-sakit dan lenguh badan. Kami kongsikan video dari Rei.com mengenai cara yang betul packing beg.

Secara ringkasnya:

1. Barang-barang yang jarang digunakan seperti sleeping bag diletakkan di bawah sekali.

2. Barang-barang yang berat seperti air diletakkan di lapisan atas sleeping bag dekat dengan tulang belakang.

3. Barang-barang ringan diletakkan di lapisan yang sama dengan barangan berat tetapi jauh dengan tulang belakang.

4. Barang-barang yang selalu digunakan seperti peta, kompas dan makanan ringan diletakkan di lapisan atas sekali.

5. Ketatkan semua strap di bag untuk mengelakkan barangan anda bergerak-gerak di dalam beg.