Thursday, 14 May 2015

xpdc basikal



















1.         RASIONAL
      
            Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti berbasikal yang seragam, sistematik, efektif dan mesra pengguna bagi semua Pusat Kokurikulum Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.         MATLAMAT

Memantapkan keseragaman dan keberkesanan pengurusan aktiviti berbasikal di setiap Pusat Kokurikulum Negeri.

3.         OBJEKTIF

            Semua personel di Pusat Kokurikulum Negeri dapat :

3.1         Mengaplikasikan maklumat dan keperluan pengurusan yang seragam di dalam melaksanakan aktiviti berbasikal di semua Pusat Kokurikulum Negeri.
3.2         Menggunapakai prosedur yang lebih sistematik, sesuai dan selamat serta berkesan.
3.3         Memudahkan kelancaran pengurusan program berbasikal yang dirancang baik di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
3.4         Melaksanakan program berbasikal dengan lebih efektif dan efisyen.




4.         PERALATAN

4.1  Rujuk Lampiran A

5.         PERSONEL

5.1          Ketua aktiviti
5.2         Jurulatih ( 1 : 6 -10 peserta) mengikut senarai nama terkini
5.3         Rakan Penunggang ( 1: 10 peserta / Kumpulan peserta )
5.4         Marsyal Berbasikal  ( 1 : 20 peserta )
5.5         Marsyal Bermotosikal ( 1 : 30 peserta )
5.6         Pasukan Polis Diraja Malaysia
5.7         Pasukan Polis Trafik ( mengikut keperluan kesesuaian laluan )
a.            Kereta Pengiring ( 1 : 100 peserta )
b.            Motosikal ( 1 : 30 peserta )
5.8         Pasukan Kereta Pengiring Pertama ( 1 : 50 peserta )
5.9         Pasukan Mekanik ( 1 : 15 peserta )
5.10      Pasukan Logistik ( 1 : 10 peserta )
5.11      Pasukan Feeder ( 1 : 30 peserta )
5.12      Pasukan Perubatan  ( 1 : Kumpulan peserta )
Catatan: Jurulatih boleh berperanan sebagai rakan penunggang, marshall, pasukan lojistik

6.         PERSIAPAN AWAL

6.1         Menyenaraikan nama peserta
6.2         Menyenaraikan nama Jurulatih, Pegawai
6.3         Menyenaraikan Jawatan Kuasa, tugasan dan senarai semak.
6.4         Menyenaraikan alatan individu (Rujuk lampiran A)
6.5         Menyemak   peralatan dan keperluan aktiviti (Rujuk lampiran B)
6.6         Penyatuan tarikh :
a.            Tarikh Mesyuarat Jawatan Kuasa 15 hari sebelum
b.            Tarikh tinjauan kawasan
c.            Tarikh pelaksanaan
d.            Tarikh mesyuarat akhir dan taklimat peserta / pegawai @ Jurulatih
e.            Tarikh serahan alatan lojistik dan laporan kerosakan

6.7         Memastikan perkara-perkara berikut diuruskan sebelum aktiviti bermula:
a.            Mesyuarat Jawatan kuasa 
b.            Permohonan kepada pihak berwajib – Kawasan atau tempat, tuan punya kawasan untuk latihan dan kegiatan.
c.            Permohonan bantuan daripada agensi lain
d.            Pemberitahuan kepada pihak  berwajib yang berkenaan.
e.            Surat kebenaran ibu bapa / penjaga / waris
f.             Surat arahan / makluman  kepada sekolah / peserta
g.            Surat perlantikan kepada jurulatih terlibat
h.            Peserta dilindungi oleh insuran

6.8         Keperluan Lojistik  agensi luar
a.            Ambulan, ubatan, Pegawai Perubatan  dan pemandu
b.            Pasukan Polis Trafik
c.            Pasukan Polis Diraja Malaysia
d.            Pembekal makanan
e.            Pengangkutan peserta / logistik / basikal pergi dan balik
f.             Penginapan dan tempat rehat peserta
g.            Kawasan dan keperluan pasukan feeder

6.9       Majlis-majlis
a.            Pelancaran / perasmian
b.            Penutupan dan sijil
c.            Protokol dan Jawatan kuasa

6.10       Sijil-sijil dan cenderamata

7.         PERLAKSANAAN

7.1         Sebelum aktiviti

a.            Tempat dan laluan untuk aktiviti berbasikal hendaklah  dipastikan selamat dari segala jenis ancaman. Sediakan pelan laluan sebagai panduan jurulatih.
b.            Jarak kayuhan dan jenis mukabumi hendaklah sesuai dengan jumlah peserta.
c.            Laluan alternatif / kecemasan hendaklah disediakan dan dipastikan kesesuaian dan keselamatan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dirancang atau kecemasan.
d.            Kenderaan dan pasukan untuk kecemasan hendaklah sentiasa di dalam keadaan siap sedia dan berada di belakang palaton.
e.            Memastikan peserta diberikan taklimat tentang anatomi fungsi dan perkara yang berkaitan dengan aspek keselamatan berbasikal.
f.             Memberi taklimat laluan dan formasi pergerakan kepada peserta.
g.            Jurulatih diberi taklimat dan faham akan tugas masing-masing ( rujuk senarai tugas jurulatih bertugas ).





7.2         Semasa aktiviti

a.            Jurulatih Pemantau berada di lokasi sebelum peserta sampai.
b.            Ketua Aktiviti memberi taklimat kepada peserta ( rujuk lampiran F ).
c.            Peserta diberi peralatan yang diperlukan semasa berkayuh ( rujuk senarai peralatan peserta )
d.            Peserta di bawa ke lokasi permulaan dalam keadaan sedia dengan peralatan.
e.            Bacaan doa.
f.             Peserta memulakan aktiviti berbasikal mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
g.            Jurulatih dan rakan penunggang membuat rondaaan dan memastikan peserta selamat.
h.            Peserta digalakkan berada di dalam kumpulan dan tidak dibenarkan memotong sesuka hati dan berkomunikasi antara satu sama lain semasa aktiviti dijalankan.

7.3         Selepas Aktiviti

a.            Jurulatih hendaklah memastikan bilangan peserta mencukupi dan mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan peserta.
b.            Jika terdapat kecederaan hendaklah diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital.
c.            Semua peralatan hendaklah dikutip dan sekiranya terdapat kerosakan atau kehilangan peralatan sila laporkan kepada bahagian logistik.
d.            Bacaan doa.
 
 


SENARAI PERALATAN INDIVIDU

1.        Basikal

2.        Helmet Basikal   untuk setiap peserta dan personel.

3.        Pakaian yang sesuai untuk aktiviti berbasikal

4.        Kasut bersesuaian

5.        Bekalan air individu – 1 liter untuk tempoh 4 – 6 jam.

6.        Bekalan makanan  - Jenis cepat hadam, berkhasiat dan bertenaga seperti coklat bar, glukos, buah-buahan dsb.

7.        Ubatan peribadi – mengikut keperluan.plaster luka jenis kecil diperlukan.

8.        Peralatan solat  

9.        Beg sandang untuk kegunaan peribadi.





PERALATAN KUMPULAN

1.          Bekalan makanan untuk seharian ( tengahari , minum petang dan makan malam –makanan segera dan berbungkus plastik selamat kedap udara dan kalis air ).
·         Pastikan jenis makanan dan menu makanan sesuai dengan aktiviti berbasikal seperti pisang, buah lai, coklat dan lain-lain makanan yang sesuai.

2.          Bekalan air minuman tambahan - agihkan kepada setiap peserta di stesen  rehat.

3.          Kotak ubatan ( First Aid Kit ) 1 kotak ubatan untuk 20 peserta. Ubatan / alatan wajib dibawa – ubat luka - lebam, luka calar, luka dalam, pembalut luka, pencuci luka, minyak angin, anduh patah, anduh kain, krim luka, minyak gosok, pil penahan kesakitan.






CADANGAN AKTIVITI DI STESEN REHAT BERBASIKAL

1.            Menamakan  anatomi basikal dan mengenalpasti fungsi anatomi basikal.

2.            Membuat praktikal menampal tiub tayar yang pecah.

3.            Membuat gotong royong membersihkan kawasan rehat.

4.            Menghayati keindahan alam sekitar di tempat rehat.