Tuesday, 14 July 2015

mat salleh hero or zero

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.

Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. (cerita ini yang kita dengar dan belajar dalam buku teks, tetapi betul kah cerita ini )

Daerah Tambunan sebenarnya ketika itu sebuah wilayah bebas dan dikuasai oleh kepala-kepala suku tempatan. Mat Salleh ketika mendapatkan tekanan dari kawasan pesisir pantai oleh pihak Company, mulai memindahkan operasi pemberntakannya di kawasan pendalaman. dengan sokongan suku Dusun di kawasan sugut, Labuk, Lingkabau dan Ranau di berjaya membina beberapa kubu, tapi kubu-kubu itu berjaya dimusnahkan British. di Ranau, dia disokong oleh orang Dusun Ranau. tetapi ketika kubunya diserang, di melarikan diri ke kawasan Tambunan. menurut kisah orang-orang Dusun Sunsuron. Mat Salleh itu melarikan diri dan bersembunyi di suatu tempat berdekatan dengan Sunsuron. pada mulanya orang Dusun Sunsuron membantu dia dan pengikutnya dengan memberikan air dan makanan. akan tetapi orang Sunsuron mulai curiga ketika Mat Salleh dan pengikutnya mulai meminta ayam, sapi dan kambing. kecurigaan mereka itu menjadi jelas ketika Mat Salleh mulai meminta perempuan untuk dirinya dan pengikutnya. orang Sunsuron berhenti membantu Mat Salleh. Mat Salleh menyerang Kampung Sunsuron, tapi dikalahkan dan diusir dari kawasan Sunsuron. ketika itu kebanyakan pemimpin-pemimpin Dusun di Tambunan tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai penguasa, meskipun ketika itu British telah mengizinkannya menetap di tambunan, orang Dusun tidak mahu dijajah Mat Salleh. menurut bukti sejarah dari cerita nenek moyang, Mat Salleh pada mulanya datang ke beberapa Kampung untuk meraih sokongan. dia juga datang ke Sunsuron untuk memaksa penduduk kampung mengiktirafnya sebagai penguasa. tapi orang Sunsuron dan beberapa perkampungan lain tidak tunduk kepadanya. suku Liwan merupakan suku yang paling keras menentang Mat Salleh ketika itu, kebanyakan pemimpin-pemimpin suku Liwan menolak Mat Salleh sebagi penguasa. akan tetapi ketika Mat Salleh mengtahui adanya permusuhan lama antara suku Dusun Liwan dan Dusun Tagahas, maka dia mulai menghasut suku Tagahas untuk memihak kepadanya. dia menghasut suku Tagahas untuk melawan suku Liwan. di dalam sejarah lama, memang suku Tagahas dan Liwan pernah mengalami perang saudara lama ketika zaman memburu kepala masih dialkukan. penulis British menuliskan, ketika itu Mat Salleh yang disokong oleh pejuang Dusun Tagahas telah bertindak menyerang suku Liwan dan berjaya menakluk beberapa perkampungan suku Liwan di kawasan utara Tambunan. akan tetapi kubu kuat suku Liwan di mukim Sunsuron masih dapat bertahan. Orang Dusun Sunsuron membina kubu bagi menghadapi meriam dan senjata api dari pasukan Mat Salleh. menurut orang Sunsuron, kubu pertahanan mereka diperbuat dari benteng tanah, dan bambu setinggi 10 meter, dan beberapa batu besar sebagai pelindung. mereka memiliki pasukan Pemanah, penyumpit dan pelempar lembing, sedangkan pasukan Mat Salleh memiliki meriam dan senjata api. pasukan Dusun Sunsuron memang jauh lebih sedikit dari pasukan tentera Mat Salleh, apa lagi ketika itu kebanyakan suku Tagahas menyokong Mat Salleh. tapi suku Liwan Sunsuron berjaya mempertahankan kawasan mukim Sunsuron dari ditakluk oleh Mat Salleh dan orang-orang Dusun Tagahas.

Menurut kisah, ketika itu orang-orang Dusun Liwan meminta bantuan dari Company untuk menyerang Mat Salleh, orang Liwan mengadakan perjanjian untuk taat kepada kerajaan British. dengan pasukan tentara dari pihak British yang terdiri dari pasukan Sikh dan Iban, orang Dusun Liwan berjaya mengalahkan Mat Salleh dan orang-orang Tagahas. ketika itu suku Tagahas didenda oleh British :

“…..On February 3, Mat Salleh’s fort was burnt by Mr. (now Sir) Hugh Clifford, who had only arrived in North Borneo as Governor a few days previously. He met all the chiefs of the rebel villages tow days later. For the part they had played the Tegas (Tagahas) were fined $ 30, twenty-five buffaloes, and one-quarter of their rice corp. They were order to demolish all their fortification and to build a block-house for the Government near the site of Mat Jator’s fort….”

kemudian pengikut Mat Salleh yang masih hidup meninggalkan kawasan pendalaman setelah tidak disokong lagi oleh orang-orang Dusun pendalaman :

“…..They were desperate men. They had been hounded out of the Interior; they had lost their Dusun supporters; they were short of arms and ammunition….”

jadi Mat Salleh tetap seorang pemberontak. dia bukanlah pejuang. jikalau dia seorang pejuang bangsa, mengapa dia memaksa penduduk untuk mengiktirafnya sebagai penguasa? mengapa dia memaksa orang Dusun tambunan untuk membayar cukai kepala? mengapa dia menghasut suku Dusun untuk berperang sesama sendiri? sebenarnya Mat Salleh tidak lebih hanya seorang yang berjuang untuk martabat dan kehormatan peribadinya. dia mahu mengembalikan kekuasaannya sebagai pemebesar Sulu, bukannya mahu membebaskan Sabah dari penjajahan British. mungkin jikalau dia berjaya mengalahkan British ketika itu, dia pula ganti menjadi penjajah. buktinya ketika British membenarkannya menetap di Tambunan, dia malah berlagak sebagai penguasa dan memaksa penduduk tempatan untuk mengakuinya sebagai pemimpin. sayangnya dia ditentang hebat oleh beberapa pemimpin Dusun di lembah Tambunan.

 Banyak sekali orang Dusun yang terbunuh kerana ambisi egois Mat Salleh untuk mengembalikkan kekuasaannya di beberapa wilayah di Sabah. di Tambunan sahaja, kira-kira 1000 orang Dusun mati kerana membantu Mat Salleh, terutamanya suku Dusun Tagahas, belum dikira lagi perang suku antara Dusun Tagahas-Liwan yang dipicu oleh hasutan Mat Salleh agar suku Tagahas menentang saudaranya sendiri, suku Dusun Liwan. itu belum dikira kematian orang Dusun di daerah lain seperti di Sugut, Labuk, Lingkabau, Inanam, Ranau dan sebagainya.

fikir-fikirkanlah, apakah definisi pejuang yang sebetulnya. seorang pejuang dan pahlawan tidak mungkin memaksa, memecah-belah, menggalakan permusuhan di kalangan suku-suku, dan paling penting tidak mungkin menyerang dan memperkosa serta merampas harta benda penduduk tempatan. ini dilakukan Mat Salleh kepada suku Dusun Liwan. suku Dusun Liwan keras menentangnya, kerana mereka merasa dipaksa oleh mat Salleh.