Wednesday, 22 July 2015

PENENTANGAN PERLOMBONGAN EMAS DARI BAU TERHADAP JAMES BROOKE

PENENTANGAN terhadap penjajah di Sarawak tidak saja dipelopori penduduk tempatan dan Bumiputera tetapi sekumpulan pelombong emas Cina di Bau iaitu sebuah daerah yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Kuching.

Cerita penentangan itu bermula pada 18 Februari 1857 iaitu 24 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina:

Liu Shan Bang berdiri memandang kira-kira 600 pelombong Cina yang berjaya dikumpulnya di hadapan kuil lama ‘Tian Sze Lung Kiung’ di Mau San (Bau) Mereka semua lengkap bersenjata dan sedang menunggu arahan daripadanya.

Hari itu, mereka akan melakukan satu tindakan besar bagi membela kaum mereka daripada terus ditekan dan dianiaya bangsa asing pimpinan James Brooke.

Mereka masih bersabar apabila cukai kepala dikenakan terhadap mereka walaupun hakikatnya mereka terlebih dulu mendiami dan melombong di kawasan itu, sebelum James Brooke tiba dan menjajah Sarawak pada 1841.

Akan tetapi selepas warisan cara hidup dan hak mereka mula diperkotak-katikkan, mereka sudah tidak dapat bersabar lagi. Larangan mengimport candu, arak selain mengeksport emas ke luar negara oleh bangsa asing itu dianggap sudah melampau. Mereka perlu bangkit membela hak mereka.

Selepas mendapati semua kelengkapan cukup dan pengikutnya bersiap sedia, Liu Shan Bang yang juga pemimpin kongsi Cina di kalangan puak Hakka di Bau mula memberikan arahan.

Seterusnya ratusan angkatan pelombong bersenjata berarak ke Pangkalan Bau yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi terbabit. Di pangkalan itu, mereka menaiki 30 perahu besar dan mula menyusuri sungai sarawak kiri menuju Tondong yang terletak dua jam perjalanan dari situ.

Matahari sudah terik di atas kepala apabila kumpulan pelombong terbabit merapati tebing sungai di Tondong. Seterusnya dari situ, mereka mula bergerak ke Kuching dengan penuh keazaman untuk menentang penjajah asing itu. tengah hari mula berganti petang tetapi kumpulan pelombong Cina itu terus bergerak dengan penuh waspada. Menjelang tengah malam, mereka tiba di Kuching.

Di satu kawasan rahsia di Kuching, Liu Shan Bang kembali mengatur strategi - sebahagian daripada 600 pelombong itu akan bergerak di bawah pimpinannya menuju kediaman James Brooke manakala satu kumpulan lagi akan bergerak memasuki Kuching untuk menyerang dan menawan bandar itu.

Tidak lama selepas itu, bumi Kuching mula bergolak. Jeritan dan pekikan serangan bergema membelah langit malam. Pegawai dan tentera British yang tidak menyedari serangan berkenaan panik melihat amukkan pelombong Cina.

Bangunan British musnah dibakar manakala lima penduduk berbangsa Eropah termasuk seorang pegawai iaitu Harry Nicholetts - disangka pelombong terbabit sebagai James Brooke - dibunuh. Orang Eropah lain berlari ketakutan dan berlindung di sebuah gereja.

Satu pasukan lain pimpinan Liu Shan Bang mula menyerbu ke kediaman James Brooke dengan ganas. Dalam ketakutan, lelaki asing itu berlari keluar dan terjun ke sungai berhampiran rumahnya. Dia menyembunyikan diri dengan berenang di bawah beberapa jong Cina yang terdapat di sungai berkenaan.James Brooke bersembunyi selama 5 hari.

Di kediaman lelaki berbangsa asing itu, Liu Shan Bang memimpin pasukannya mengamuk dan memusnahkan apa saja yang dijumpai mereka. Kemudian mereka mula menyalakan api dan membakar rumah kediaman pemimpin bangsa asing itu.

Kekacauan itu hanya reda apabila mentari pagi menjelma. Tarikh 19 Februari 1857, orang Cina dari Bau menawan bandar Kuching dan mula mengatur pentadbiran baru.

Bangunan British musnah dibakar, lima penduduk Eropah termasuk seorang pegawai disangka Brooke dibunuh.

Kemenangan menawan Kuching bagaimanapun menyedarkan Liu Shan Bang mengenai satu perkara. Charles Brooke iaitu anak saudara James Brooke mungkin akan menyerang mereka tidak lama lagi bagi membalas dendam terhadap ‘kematian’ bapa saudaranya itu.

Menyedari hakikat itu, Liu Shan Bang dan pengikutnya berundur kembali ke Bau. Bagaimanapun, perjalanan pulang kumpulan terbabit pada pada 21 Februari 1857, diserang hendap di Jugan Siniawan, Liew Shan Bang terbunuh pada 24 februari 1887 pada umur 57 sebagai hero.

Pelombong Cina itu kemudian mengumpul lebih ramai anggotanya di Bau dan membatalkan hasrat untuk berundur sebaliknya kembali ke Kuching.

James Brooke yang disangka sudah terbunuh oleh kumpulan pelombong terbabit kemudian muncul selepas bersembunyi selama 5 hari dan mula memimpin pasukan nya untuk menawan kembali Kuching. Bagaimanapun sebaik sampai di bandar itu, mereka mendapati angkatan pelombong Cina yang lebih ramai sedang berkubu dan ‘menunggu mereka’ di situ.

Bangsa asing itu nekad menyerang tetapi mereka akhirnya kalah dan terpaksa melarikan diri.
 


                                                      James Brooke
James Brooke guna tipu helah tumpaskan kumpulan Liu Shan Bang di Kuching
PADA Februari 1857, pasukan bantuan pimpinan Charles Brooke tiba dari Skrang. Mereka bergabung dengan pasukan James Brooke dan mula membedil bandar Kuching.

Serangan itu berjaya menenggelamkan beberapa perahu pelombong Cina terbabit menyebabkan ada antara mereka melarikan diri ke dalam hutan manakala sebahagian lain berundur dan membina kubu pertahanan di Lidah Tanah.

Bagaimanapun, kubu berkenaan gagal menahan serangan balas dan sekali lagi kumpulan pelombong terbabit berundur ke Jugan Siniawan dan membina kubu di situ pula.

Pasukan James Brooke terus memburu dan peperangan sengit berlaku di kubu berkenaan. Tentangan hebat diberikan pelombong Cina menyebabkan pasukan James Brooke gagal menembusi kubu berkenaan.

Akhirnya James Brooke memasang helah. Beliau mula menghentikan serangan dan menghantar seorang utusan bersama beberapa tong arak kepada Liu Shanbang kononnya sebagai tanda perdamaian.

Pelombong Cina yang menyangka tentera berbangsa asing itu sudah menyerah kalah kemudian merayakan kemenangan mereka pada sebelah malam. Ketika itulah pasukan James Brooke mula bertindak.

Kelekaan pelombong Cina terbabit menyebabkan pasukan James Brooke kembali melancarkan serangan terhadap kubu berkenaan sehingga menyebabkan Liu Shanbang bersama kira-kira 100 pengikutnya terbunuh.

Kekalahan pasukan Liu Shan Bang menyebabkan angkatan perang James Brooke mara ke Bau dan membunuh semua penduduk Cina yang mereka temui. Sebahagian penduduk Cina yang tidak sempat melarikan diri ke Sambas, Indonesia, menyembunyikan diri di dalam gua berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik mengetahui lokasi persembunyian berkenaan, pasukan James Brooke dengan kejamnya bertindak menyalakan api di hadapan pintu gua mengakibatkan ratusan penduduk Cina itu mati terbakar dan lemas.

Kekejaman pasukan James Brooke tidak terhenti di situ. Hampir 2,000 penduduk Cina di Mau San (Bau)turut dibunuh dengan kejam bagi membalas dendam terhadap penentangan yang lancarkan pelombong terbabit.FAKTA: Penentangan pelombong Cina terhadap Brooke

Sebelum penjajahan James Brooke terhadap Sarawak pada 1841, kumpulan kongsi Cina dari puak Hakka pimpinan Liu Shan Bang terlebih dulu menetap dan menjalankan perlombongan emas di beberapa kawasan di Bau antaranya Mau San, Bidi, Tondong dan Paku.
Sehingga penghujung 1850-an, semakin ramai pelombong Cina yang berhijrah secara besar-besaran dari Sambas, Indonesia ke Bau untuk menyertai perlombongan sehingga jumlah mereka dianggarkan kira-kira 4,000 orang.

Kewujudan ramai penduduk Cina itu menbuat James Brooke merasa genter, ada antara mereka yang bertindak agresif termasuk melakukan jenayah dan mewujudkan beberapa kumpulan kongsi gelap yang dikhuatiri menggugat kerajaan pimpinannya.

Kerajaan Brooke mengenakan ‘cukai kepala’ kepada setiap penduduk dan sesiapa yang enggan menuruti arahan berkenaan akan dibunuh atau dihalau keluar dari bumi Sarawak. Bagaimanapun, Kongsi Hakka tidak melaporkan jumlah sebenar anggota mereka bagi mengelak dikenakan cukai tinggi

Pada 1850, seorang ejen kongsi gelap dari Singapura datang ke Sarawak untuk menubuhkan kongsi gelap ‘Hueh’ tetapi dia ditahan dan dihukum bunuh.

Pertelingkahan yang agak rumit berlaku pada 1852 apabila Liu Shan Bang enggan menyerahkan seorang anggota Hueh yang melakukan jenayah kepada Kerajaan Brooke. Akibatnya, Charles Brooke menghantar sepasukan tenteranya untuk menangkap penduduk Cina terbabit manakala pelombong Cina di Bau dihukum membina kubu Belidah berhampiran Siniawan.

Konflik semakin tercetus apabila Syarikat Borneo ditubuhkan pada 1856 apabila pelombong Cina terbabit mula bimbang yang syarikat itu akan mengambil alih usaha mereka melombong emas di Bau.

Pada Januari 1857, kongsi Hakka didenda 150 pound akibat menyeludup candu. Kerajaan Brooke kemudian mengenakan beberapa peraturan yang menjadi pencetus penentangan iaitu, pihak kongsi perlu membayar cukai mengikut bilangan penduduk sebenar; dilarang mengimport atau berdagang candu, arah dan lain-lain keperluan serta dilarang mengeksport atau berdagang emas atau lain-lain barang.

Bermula dari ketidak puas hati pelombong emas di Bau ketika itu, maka terjadi lah penentangan terhadap James Brooke pada 17 februari 1857.