Tuesday, 4 August 2015

Honda Meraikan Pengeluaran Motorsikal Yang Ke 300 Juta

Honda Meraikan Pengeluaran Motorsikal Yang Ke 300 Juta | Honda Motor Company secara rasmi mengumumkan bahawa mereka secara kumulatif telah menghasilkan motorsikal sebanyak 300 juta unit di seluruh dunia, pada satu majlis rasmi di Tokyo baru-baru ini.
Honda mula memperkenalkan jenamanya di pasaran dengan model Honda Dream Type-D pada tahun 1949. 66 tahun survival dalam penghasilan motorsikal dan jualan di pasaran dunia, namun hanya pada bulan September baru ini, syarikat Jepun ini benar-benar meraikan pencapaian hebat mereka.
Walaupun mempunyai 33 kemudahan fasiliti kilang pengeluaran di 22 buah negara di seluruh dunia, model isitimewa Honda yang ke 300 juta telah di hasilkan di kilang Kumamoto (kilang utama Honda di Jepun), dan model edisi istimewa itu ialah Honda Gold Wing 40th Anniversary Edition.
"Terima kasih atas sokongan dari pelanggan-pelanggan kami dan semua orang yang terlibat dalam pembangunan, pengeluaran dan jualan, Honda telah dapat mencapai kejayaan 300 juta unit. Kami akan terus menyediakan produk yang akan membantu pelanggan-pelanggan kami di setiap negara dan rantau di dunia, "kata Takanobu Ito, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Co.
Mengimbas kembali detik permulaan Honda di Malaysia, kerjasama di antara usahawan Loh Boon Siew dan pengasas Soichiro Honda dengan Japanese Motor Co Ltd bersetuju melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal di Malaysia dengan 50 unit Honda Cub telah di bawa masuk. Menjadikan Boon Siew sebagai orang pertama membawa Honda ke Asia Tenggara dan merupakan model Honda Cub terlaris di Malaysia. Sumber :  asphaltandrubber.