Monday, 10 August 2015

JEJAK WARISAN

Bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya mempunyai beberapa tempat rekreasi seperti Taman Stutong, Gua Angin dan Gua Pari-pari dan pusat pemulihan orang hutan di Semenggok dan Matang. Pelawat yang berminat terhadap sejarah negeri Sarawak dan warisan budaya boleh melawat Muzium Sarawak, Kampung Budaya di Damai atau Jejak Warisan Kuching di pusat bandar raya.
Jejak itu terbahagi kepada dua laluan, laluan pertama meliputi bahagian timur bandar lama Kuching sementara laluan kedua meliputi bahagian barat bandaraya itu.Ia menawarkan penjelajahan istirahat antara satu dan tiga jam yang dibahagikan kepada pelbagai tarikan - daripada makanan, rempah ratus dan bangunan bersejarah serta khidmat pemandu pelancong terlatih dalam jejak warisan turut disediakan. Jejak laluan pertama bermula di Bangunan Mahkamah Lama Kuching, iaitu bangunan pentadbiran pertama dalam era Brooke dengan semua urusan pentadbiran di bawah bumbungnya.Kini ia merupakan Kompleks Pelancongan Sarawak, pembinaannya bermula pada pada 1868 dan ia contoh baik seni bina zaman itu.Laluan itu seterusnya sampai ke tugu granit setinggi enam meter menghadap Dermaga Kuching, yang didiri dan ditauliahkan pada 1924 sebagai penghormatan kepada Rajah kedua, Charles Brooke, kerana sumbangannya serta dedikasi beliau kepada negeri.Di setiap sudut terdapat satu panel gangsa dengan patung-patung mewakili masyarakat Cina, Iban, Melayu dan Kayan, mewakili kepelbagaian etnik di Sarawak.

Kerajaan negeri akan mengambil beberapa pendekatan baharu dalam menggalakkan sektor pelancongan tempatan melalui Jejak Warisan."Jejak Warisan" boleh mendekatkan lagi pelancong luar dengan bandar raya Kuching yang kaya dengan pelbagai sejarah dan budaya. Ia merupakan acara mencari harta karun secara berjalan kaki di Tebingan Kuching. Produk seperti "Jejak Warisan" mampu memberi faedah kepada masyarakat setempat khasnya penduduk di kawasan kampung tradisional sepanjang Sungai Sarawak.Ia turut memberi peluang kepada pengunjung luar mengenali budaya dan sejarah tempatan dengan hanya berjalan kaki sekitar bandar raya Kuching.


Posted by