Monday, 2 November 2015

tips membeli motosikal second hand

Ramai di antara kita yang nak beli motor,tak kiralah motor baru atau yang second hand. Info permotoran pada kali ini ingin berkongsi tips mengenai beli motor second hand sebab ramai antara kita termasuklah saya sendiri rambang mata bila pergi menjengah ke kedai-kedai menjual motosikal.

Ha.. sebabnya kat sana motor second hand pun kalau sekali pandang macam motor baru juga.Logiknya salesman kat situ tidak akan `kondemkan` motosikal yang mereka nak jual tapi anda jangan terus percaya bulat-bulat sebaliknya buat dulu beberapa perkara.

1.Mula-mula periksa dulu casisnya adakah pada pandangan mata kita agak bengkok. Pergi ke bahagian depan,tegakkan motosikal seolah-olah sedang bergerak lurus. Bongkokkan badan anda dan lihat tayar depan dan belakang sejajar atau tidak? Begitu juga lakukan perkara yang sama pada bahagian belakang.Kalau tak sejajar ada kemungkinan casis bengkok. Mungkin motor tersebut pernah terlibat dengan kemalangan teruk.

2.Biarkan motosikal berdiri tegak dengan menggunakan tongkat tengah. Perhatikan pada batang fork, adakah terdapat kesan minyak kerana itu tandanya getah pengadang minyak tersebut telah rosak mungkin tak pernah ditukar oleh pemilik dahulu. Kemudian ada tak kesan calar pada batang fork, walaupun tiada kesan minyak tetapi kadang-kadang pekedai telah menukar pengadang getah yang baru. Ini selalu terjadi apabila kita menggunakan motor tu nanti pengadang minyak akan cepat rosak akibat daripada batang fork yang sudah tidak licin. Lambat laun minyak dari batang fork akan keluar… hati-hati..

3.Periksa swing arm dengan menggoyangkan kekiri dan kekanan dengan kuat. Caranya dengan memegang roda belakang dan goyangkan. Apabila terasa seperti sesuatu yang longgar bermakna bush swing arm tersebut telah haus. Ini berlaku ke atas diri saya sendiri apabila ‘koner’ terasa macam nak tergolek. Bila dah periksa baru tahu swing arm telah bergoyang.

4.Hidupkan dahulu enjin motosikal tersebut dengar alunan bunyinya. Ingat bukan bunyi motor yang kena dengar tetapi amati bunyi pada blok enjinnya. Adakah bunyinya agak kasar atau seperti benda longgar kerana ada kemungkinan rod dan bearingnya telah haus dan ini memerlukan belanja yang agak lebih setelah anda membelinya.

5.Kalau nak tahu motor tu ’sedap’ lagi atau tidak kena la tunggang. Cuba bawa kelajuan antara 100-110km/j kuat tak gegarannya. Kalau sederhana ok lagi tu mungkin balancing tayar dah tak cantik. Tapi kalau kuat sangat lebih baik lupakan, bukannya apa takut-takut membabitkan enjin je…. koyak poket nanti he..he…

6.Kebiasaannya kedai akan bagi waranti selama sebulan je lebih dari tu tanggung sendiri.Jadi dalam tempoh tu jangan takut-takut nak komplen pada pekedai.Biar kita buat-buat cerewet sikit kalau tak nanti dia putar belitkan anda nanti.Pastikan juga jangan buat sebarang pengubahsuaian terhadap motosikal anda dalam tempoh waranti kerana secara automatik waranti tersebut akan dimansuhkan oleh mereka.

7.Kalau boleh..tapi rasanya wajib membawa kawan yang tahu serba sedikit tentang teknikal motosikal sekiranya anda adalah penunggang baru. Tak semestinya bawa mekanik tapi lagi bagus kalau ada… kerana mereka yang sudah berpengalaman juga tahu serba sedikit mengenainya.

Tips yang saya beri ini sesuai untuk motosikal bawah 150cc kerana ianya datang dari pengalaman saya sendiri.. lebih dari itu mungkin juga boleh dijadikan panduan
Back to top Go down