Tuesday, 1 December 2015

Swedish torch malaysian style




 

Kali ni admin nk cite pasal kelebihan swedish torch, biasa pembuatan swedish torch mengunakan log kayu dan dibelah 4 atau 8 dgn chain saw. jadi admin ubah suai utk tip survivor dlm hutan atau sbg bara api utk menghalau binatang liar atau utk memasak dan biasanya swedish torch ini dpt bertahan 10-12jam bergantung pd saiz log yg digunakan.
Utk membuat swedish torch cara malaysia apa yg diperlukan ialah
1.gergaji lipat / kapak / parang
2.dawai / tali
3.8 btg kayu sepanjang 2kaki
3.ranting2 halus dan sederhana
4.firestarter spt getah tiub dsbnya

Seterusnya setelah kayu2 dan ranting2 disediakan ikat kayu tersebut dgn dawai atau tali di bhg bawah sekali. Slps itu korek lubang sedalam 2inci. Masukan kayu yg di ikat tadi dan kukuhkan kayu dgn menambak2 disekeliling supaya ia tegap berdiri. Seterusnya masukan ranting2 kecil dicelah2 kayu dan nyalakan api dgn getah tiub. Seterusnya tambah sedikit demi sedikit ranting2 halus dan sederhana sehingga kayu yg dikat tadi menjadi bara.