Sunday, 9 December 2018

Story about kg sadir


Introduction

Easily one of the more accessible village that we have collaborated with. Kampung Sadir has a road that leads straight to its insides. Internally known as the Waterfall Extravaganza, Kampung Sadir is famous for its accessible waterfalls and scenery that will not fail to bring visitors closer to mother nature than they have ever been. Oh did we mention that there is a total of seven waterfalls around the village?


Where it all started?

The inhabitants of Kampung Sidos (the old name for Kampung Sadir) originally came from west Kalimantan, Indonesia more than 10 generations ago. They have settled in Kampung Sidos and built a longhouse as well as a Panggah, the ceremonial house, there. Then, a small group of people came from the Biannah movement and they too settled there. However, both the longhouses and ceremonial houses were dismantled in the 1970s.

In the 1960s, a primary school was built in Seranyang, right in between Kampung Sadir and Kampung Semuti. It was then moved to Kampung Sadir in the 1970s and was renamed SK St. Bernard Sadir.

Source: History of Bidayuh in Kuching Division, Sarawak by Dr. Chang Pat Foh

Exclusive Features

If you ever come to Kampung Sadir, be prepared to be wowed by way nature presents the village. Here you will find:

1. Ban Buan Kukuot waterfall

This waterfall is the largest waterfall that you can find in Kampung Sadir. Going to this waterfall will require you to trek for around two hours but we can personally vouch for it to say the journey will be totally worth it.



2. Mabi Waterfall

This waterfall is another favorite. Mabi Fall is only around half and hour trek. It is a good spot to be one with nature without having to sweat so much.


3. Resort-styled School

The school, SK St. Bernard, comes with their own resort-styled theme. The primary school students has to stay in the school during weekdays as it is a boarding school. Yet, the students loved the schools so much that even students who live very near to school will be staying in the dorms than homes.

The school has been awarded as the best landscape project of Mission School in Padawan area. Among the many landscape features in the school which incorporate local culture and influences is this bari gaga – a bamboo hut normally built at hill padi farms for shelter or overnight stays during farming season.

Cerita pasal kayuh

good knowledge sharing for all the Riders today!

🚴💨🚴💨🚴💨🚴💨🚴💨🚴💨🚴💨🚴
Bukan basikal Cannondale je sedap.. Semua basikal yang berjenama pro sedap juga..
Semua dicipta untuk sedap berkayuh. Menentukan sedap kayuh ni banyak plak kaitan dia..

antaranya:

1. Fitting kena tepat. Jangan kayuh terlalu tinggi.
2. Kasut jenis apa.
3. Jenis rim dan jenis tayar.
4. Latihan macam mana?.. E1, E2, E3, E4, Vo2 Max..

Jangan asik kayuh santai je.. Sebab sistem badan kita beransur maju setiap masa..

Kayuh santai ni kalau ikut sistem latihan..
Dia disebut E1..
Endurance 1. Semasa kayuh santai.. Ajar kaki kayuh cadence 100rpm.. Guna gear light.
Bab jauh kilometer plak.. Ikut kemampuan kita..

Dari hari ke hari E1 kita ni akan semakin laju.. Kita dah tak terasa nak guna gear light lagi. Kita mesti akan guna gear berat.. Dan semakin berat.. Tetapi kayuhan tetap sama 100rpm.. Itu lah E1..

Pusingan kayuhan tetap sama.. Cadence 100rpm. Tetapi kelajuan meningkat. Dari 25kmj.. sekarang kita dah boleh kayuh 35kmj..

Jarak plak meningkat.. Dari 10km.. Kepada 100km.. Bermula dengan E1..
Dalam sukan berbasikal.. Semua orang boleh kuat.. Kalau dia terusan berkayuh.. Sebab dengan berkayuh ni automatik akan bina otot kaki.. Cuma cara berkayuh tu mesti ikut sistem.
masuk gym 2x seminggu..

Rider yang kuat dia tarik lama dan konsisten.. Bukan tarik laju tapi sekejap..🕵
Tarik lama dan laju..

Meter cadence ini dia ada sensor kat roda dan kat pengayuh krank arm..
Sensor ni akan kesan pusingan kayuhan berapa pusingan seminit..
Run per minutes.. RPM..
Masa kayuh.. Meter dia ada 2 petunjuk..

1 petunjuk kelajuan roda.. 1 lagi petunjuk kelajuan kaki kita yang mana sensor dia letak kat krank arm.. Rpm. Tengok pada kelajuan rpm je.. Pastikan kaki kita 100rpm masa kita kayuh.. Pakai la apa gear pun.. Kelajuan rpm kekalkan 100rpm.. Ajar kaki kita kayuh dengan kelajuan kaki 100rpm.. Bukan kelajuan basikal.. Kelajuan basikal akan beransur laju bila kita tukar .
Acu tengok rider2 mtb pro malaysia.. Hehe.. Awi ke.. Sapa2 la.. Tengok masa dia kayuh.. Kaki dia kencang je.. Light je. Dia naik bukit ke.. Atas jalan raya ke.. sebab apa..

Sebab dia dah terikut2 dengan sistem kayuhan cadence.. dalam offroad ni tak ada undang2 atau sistem.. Pakai bedal je.. tapi bila dia dah kayuh lama.. Kaki dia mesti nak ligat ikut cadence..
E1 tu kita settle doh..
E1 ni sistem dia berkait dengan kadar penggunaan jantung.. Sistem kardiovaskular..  Pengambilan oksigen.. Air dalam badan.. Semua berkait..
Kadar % penggunaan jantung dalam kayuhan..
Berkait dengan formula 220-umur..
Kita umur 20 tahun ni.. Hehe.
Formula : 220-20 = 200

200 tu adalah paling maksima 100% kadar penggunaan jantung kawe.. Jangan lebih dari tu..
Katakan hari ni koi kayuh sejauh 100km.. dengan kadar % penggunaan jantung 60%.. Kira % penggunaan jantung kwe..?.. Semua rider kena tahu ni.. Hahaha.. Sapa ble jawab..? 😄😄
60% x 200hr. Kadar penggunaan 60% jantung kawe ialah setakat 120 heart rate sje.. sebab 200hr adalah maxsima..

Jadi sepanjang 100km tu.. Koi hanya boleh guna hr koi setakat 120hr sje..

Itu la E1.. 😄😄😄
Koi tanya ni.. Jawab lu..

Umur ko skrg brpe tahun?
Ok.. Formula dia..

220-39 = 181..

181 ni adalah maxima ko punya degupan jantung.. Jangan lebih dari 181 hr ni..
Rehat dlm keadaan berkayuh.. Slow kan balik kayuhan tu.. Jgn terus berenti... Lg bahaya..
Bila kita rasa jantung kita berdegup terlalu kencang sampai nafas tercungap2.. Bermaksud otot pd jantung kita kurang terbina..

Contoh masa panjat bukit. Kalau rasa mencungap. Cepat2 slow kan kayuhan.. Easy ride balik.. Tukar gear ringan.. Tp jgn berenti tiba2.. Bawak bertenang balik. Biar jantung reda dlm 5-10 minit sambil kayuh.. Kemudian mulakan balik..

Tp kalau jantung kita fit.. Bermakna otot jantung dah terbina.. Degup pd jantung kencang.. x terasa sangat..

Cara nak bina otot jantung.. Bg jantung kuat ialah dgn E1 je.. Kayuh jauh slow.. 25-30kmj..  Tu je..
Air kena minum banyak.. Spya oksigen dpt diserapkan ke seluruh tubuh..
Oksigen yg lalu di bawah kulit kita ni lah yg hasilkan peluh..
E1.. Semasa Aktiviti sentiasa perlukan oksigen Dan air..

Vo2 max.. Semasa aktiviti x perlu oksigen.. Lepas aktiviti baru tercungap2 ambil oksigen dan air..
Minum air banyak sebelah malam.. Bg dia serap.. Esok pg masa kayuh.. Badan kita cukup air..
3 hari sebelum event.. Minum air banyak sebelah malam..
Tp kalau mlm kita kurang minum air.. Esok pg badan kita ibarat beteri kurang air..
Kalau event.. Makan power bar sebelum kayuh.. Kemudian setiap sejam makan power gel.. Tolak dgn air..
Bajet la.. Kalau event 5 jam.. Bawak power gel 4 tiub..
Lepas kita buat semua latihan.. E1-E4.. Last sekali vo2 max.. Vo2max ni menentukan ketahanan tahap tinggi degupan jantung kita..

Latihan dia.. 200 meter Sprint.. Pacing paling maxima.. Naik bukit dlm keadaan laju.. Ujian masa individu..

Masa tu baru kita boleh guna 100% kadar degupan jantung kita.. Ikut umur td..

Tp latihan E1-E4 kena buat dulu bg otot jantung kita terbina dan tahan..
Latihan E1-E4 ni.. Sebenarnya ajar sistem kardiovaskular kita bersedia ambil nafas. Kuar nafas dlm keadaan laju.. Bina Otot jantung..  Baru kita x penat bila kita buat latihan v02max..
Sejam.. Kompom mat sayur tinggal.. Hahaha... Tp buat latihan cadence terus.. 😎😎
Mtb.. 38x  Maintain speed 30-34kmj.. Beli meter cadence.. Kalau nk tepat..
Kaki kena light..
Jgn kayuh lembab
Ok dah tu.. Cuma tingkatkan gear secara beransur2..
Kayuh jgn tinggi. Mksudnya skrg pakai 38x19. Akan dtg pakai la plak 38x17.. 15.. Kayuh ikut inseam..
Tp beransur2

Mtb.. Dpt kan kelajuan.. 35kmj maintain... Sejauh 60-80km.. Jgn jatuh..

Kalau ko ble buat.. Podium ko punya.. Hehe. Tp mtb ni dlm hutan bukan laju.. Bnyk sgt rintangan.. Akar kayu la.. Bukit la. Sungai la..

Itu dah E2 - E3...

35kmj maintain... Sejauh 60-80km.. Jgn jatuh.

40kmj maintain... Sejauh 60-80km.. Jgn jatuh.

E3.. Interval training.. Latihan mengejar.. 5 minit - 10 minit.. Kadar penggunaan jantung 70% x formula umur..

E2.. 35-40kmj maintain... Sejauh 60-80km.. Jgn jatuh. Kadar penggunaan jantung 70%.. Lebih kurang..

Vo2 max masa last finishing...

E4.. Ujian masa perseorangan.. Kadar jantung 80% dari formula umur

E3.. Interval training.. Latihan mengejar.. 5 minit - 10 minit.. Kadar penggunaan jantung 70% x formula umur..

E3.. Banyakkan kejar motor.. Lepas.. Kejar lg.. lepas.. Ulang 5-6 kali. Sesekali cangkuk motor.. Hehe
🏍........................🚴💨
Nk tahu kita punya vo2max ni.. Kena pegi kt msn.. Kt sana ada mesin dia..

Ko kayuh sambil buh salur oksigen kt mulut..

Ko x akan dpt tahap vo2max tu dlm masa sehari

Kayuhan guna basikal x bergerak..

Ko kena paham mcm ni..

Latihan E1 ni untuk bina otot jantung.. Sampai kita boleh tukar latihan kita ke E2..

Untuk rider baru E1 Kena ambil masa 1-2 bulan. Kalau rider lama.. Buat latihan E1 ni seminggu sekali.. Contoh hari isnin..

Rider yg dah lama kayuh.. Mcm2 otot dlm bdn dia dah terbina.. Cuma bertahan untuk kayuhan yg lama je dia mungkin x boleh..

Walaupun ko org lama.. Tp kalau ko lama x kayuh.. Ko kena buat latihan E1 dulu..

Jgn campur aduk kan semua latihan ni dlm satu hari.. Satu masa.. Sbb latihan ni bergantung kpd keupayaan jantung kita.

E1 ko x buat.. Tp Ko pi blasah E2.. E3.. E4.. Hari tu ko ble la buat.. Tp esok.. Lusa.. Ko semakin x bertenaga.. Badan ko x bermaya.. Letih..

Esok lusa.. Mula lah dah tak nak  kayuh.. Nak rehat.. Otot sakit la.. Latihan ni kena pelan2.. Step by step..
Ko follow grup meroket tu.. Dah kira latihan E2..

Cuma kalau ko terputus.. tertinggal kat blakang.. Tak dapat kejar.. Sebab grup laju.. Bermakna E1 ko tak cukup lagi... Ko x boleh joint latihan E2.. Sbb otot ko belum bersedia.. Itu kalau terputus..

Banyakkan latihan E1 semula. Pegi jauh balik.. Dengan kayuh cadence.

🚴💨🚴💨🚴💨🚴💨🚴💨🚴💨🚴💨🚴

Thursday, 6 December 2018

Kerajaan Awal Sarawak.


Kerajaan Awal Sarawak.

Kerajaan Lembah Bujang di Kedah, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Langkasuka dan banyak lagi sudah tentu nama-nama kerajaan kuno ini diketahui asal-usulnya namun untuk bab Kerajaan Kuno Sarawak sudah tentu ramai yang terpinga-pinga.

Pernah adakah kerajaan ini wujud di bumi Sarawak?

Jawapannya YA cuma sayangnya ianya tidak pernah diwar-warkan kepada umum dan yang lebih mendukacitakan apa yang kita ketahui sekarang seperti Sarawak hanya bermula ketika zaman pemerintahan Keluarga Brooke yang memerintah 100 tahun di bumi Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Kingdom.

Namun hakikatnya ada 5 Kerajaan Kuno Sarawak yang pernah menjadi satu peradaban dan ketamadunan Bangsa Sarawak suatu waktu dahulu. Kerajaan-kerajaan kuno ini adalah Kerajaan Negeri Santubong, Kerajaan Negeri Samarahan-Sadong, Kerajaan Negeri Kalaka, Kerajaan Negeri Saribas dan Kerajaan Negeri Malano

1. KERAJAAN NEGERI SANTUBONG

Kerajaan Negeri Santubong sebenarnya wujud pada kurun ke 10 hinggalah kurun ke 13. Di ketika itu ianya dibawah kekuasaan kerajaan Srivijaya dan setelah kemerosotannya ianya jatuh dibawah kekuasaan kerajaan Majapahit.

Lokasi kerajaan kuno ini adalah di muara Sungai Sarawak yang mana lokasi strategic ini yang menghadap Laut China Selatan telah menjadikan ianya sebuah bandar pelabuhan entreport terpenting di nusantara pada waktu itu.

Penghijrahan masyarakat Melayu dari Sumatera ke kawasan Santubong telah membenarkan seorang putera raja yang telah diusir oleh nendanya iaitu Raden Merpati Dipati Jipang mengasaskan kerajaan kuno ini. Diriwayatkan bahawa Raden Merpati Dipati Jipang telah terdampar di sebuah tanjung di persisiran muara Sungai Sarawak kerana isterinya hendak bersalin.

Dengan pertolongan daripada daripada Datuk Kuli atau Datuk Kuali, rombongan Raden Merpati Dipati Jipang telah mendapat perlindungan di kawasan yang dikenali sebagai Pasir Kuning.

Kerana baiknya tingkah laku Raden Merpati Dipati Jipang maka kehadirannya amat disenangi oleh penduduk tempatan dan akhirnya beliau diangkat menjadi ketua di Pasir Kuning iaitu nama lama kepada Santubong suatu waktu dahulu.

Dengan berkembangnya pengaruh Datu Merpati ini maka berkembanglah juga Kerajaan Santubong menjadi antara pelabuhan terpenting dan gah namanya sehingga saudagar-saudagar dari Negara Tembok China juga singgah ke Santubong untuk berniaga.

Jika dilihat kepada konteks peradaban, sememangnya Santubong merupakan sebuah kerajaan lama suatu waktu dahulu. Rajah James Brooke selepas sahaja bergelar Rajah Sarawak telah membuat eksplorasi artifak di sini.

Tanda-tanda tentang peri pentingnya kawasan Santubong sebenar dicetuskan oleh penemuan Nandi dan Yoni oleh James Brooke tidak lama setelah menjadi “raja” Sarawak, sebelum berlakunya pemberontakan pelombong Cina pada tahun 1857.

Selain daripada jumpaan batu besar ini James Brooke juga mengumpulkan artifak-artifak emas. Penemuan artifak yang diperbuat dari emas ini menunjukkan bahawa kawasan ini menarik perhatian orang asing, khususnya orang dari India pada peringkat awal.

Mungkin oleh kerana adanya emas, bukan saja di lembah Sungai Sarawak tetapi juga di bahagian barat-daya Borneo, kawasan yang terbanyak mengandungi emas daripada tempat-tempat lain di kepulauan Melayu, telah dikaitkan dengan nama-tempat Survanabhumi (Bumi Emas) oleh orang India dan juga sebagai Iabadiou oleh Ptolemy pada c.150ES.

Penemuan awal ini telah memberi perangsang kepada Muzium Sarawak untuk melakukan kajian arkeologi. Pada tahun 1949, di bawah pimpinan Tom Harrisson, telah berhasil mengumpulkan ribuan pecahan tembikar China di Santubong.

Hasil dari kajian yang dilakukan ke atas tembikar ini serta artifak-artifak keagamaan Hindu mereka berpendapat bahawa Santubong sebagai penempatan sudah wujud sejak abad ke 7 lagi dan terus kekal hingga abad ke-10 atau abad ke-14.

Di samping itu adanya tahi besi (iron-slag yang dianggarkan sebanyak 40,000 tan menguatkan pendapat bahawa kawasan Santubong ini merupakan kota-pelabuhan yang besar dan penting. Setelah dikaji oleh kedua orang pakar ini mereka berpendapat bahawa industri ini wujud di antara tahun 900ES hingga 1350ES.

Bagaimanapun mengikut O.W. Wolters, seorang sejarawan Asia Tenggara tua, China mungkin telah mengetahui tahi besi ini sejak abad ke 3 lagi dengan mentafsirkan bahawa pulau Tan-lan yang disebut dalam laporan China itu terletak di barat-daya Sarawak.

Jika tafsiran sejarawan terkenal ini betul mungkin Tan-lan yang menghasilkan besi ini ialah Pulau Talang-Talang tetapi ahli arkeologi, mahupun Muzium Sarawak tidak pernah mengaitkan pulau ini dengan penemuan tahi besi di kawasan Santubong walaupun pulau ini tidaklah begitu jauh dari tempat tersebut.

Selepas itu terdapat pula pusat petempatan lain di sekitar Santubong seperti Bongkissam. Bagaimanapun dinyatakan bahawa kawasan ini juga dikuasai oleh Santubong yang menjadi sebuah negeri pada waktu itu.

Dari kajian yang dilakukan ke atas ribuan serpihan tembikar China negeri Santubong ini terus wujud hingga ke abad ke 14. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan tulisan China Nan-hai-chih yang menyenaraikan kerajaan-kerajaan tua di Borneo pada tahun 1304. Pada masa ini Brunei yang ditulis oleh China sebagai Tung-yang Fo ini jelas sekali menguasai keseluruhan utara Borneo.

Melalui teks sejarah lama Jawa iaitu Negarakartagama yang ditulis pada tahun 1365 menunjukkan bahawa Brunei (Bo-ni) telah dikuasai pula oleh Majapahit. Permulaan perluasan Majapahit ini dipercayai berlaku pada tahun 1350 dan ini menyebabkan perdagangan dengan China di Santubong terhenti seperti yang terbukti dengan tembikar-tembikar yang dijumpai tidak menunjukkan tembikar Ming.

Santubong sebagai nama kerajaan juga turut hilang dan digantikan oleh nama baru, iaitu Sawaku (Sarawak) di dalam Negarakartagama. Kehadiran Majapahit mungkin telah menyebabkan perpindahan penduduk Kerajaan Santubong ini ke kawasan-kawasan lain seperti Sadong dan Gedong.

2. KERAJAAN NEGERI SAMARAHAN-SADONG

Ketiadaan peninggalan sejarah Kerajaan Santubong selepas kurun ke-14 membuktikan bahawa kerajaan negeri Santubong telah hilang pada waktu itu.

Pelbagai pendapat telah diutarakan mengenai kehilangan Kerajaan Negeri Santubong ini. Mungkin pendapat yang mengatakan bahawa telah berlaku peperangan tempatan diantara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang telah memainkan peranan utama sehingga mendesak Datu Merpati Jepang untuk melarikan diri ke kawasan pedalaman Sarawak.

Sejarah ini dapat dipastikan dengan wujudnya sebuah tugu di Kampung Mawang Taup, Samarahan yang dinamakan dengan Batu Datu Merpati.

Datu Merpati diceritakan telah membina kesinambungan peradapan Kerajaan negeri Santubong di Samarahan pada waktu itu. Disinilah bermulanya perpindahan masyarakat dari kerajaan negeri Santubong ke daerah-daerah seperti Gedong dan Sadong selain daripada daerah Lidah Tanah.

Adanya penemuan tembikar China abad ke 14 dan 15 di dua buah tempat di lembah Sungai Sadong menunjukkan terdapatnya kesinambungan dengan sejarah Kerajaan Negeri Santubong yang wujud di kawasan pendalaman.

Di Gedong yang terletak 40 batu dari Santubong telah dijumpai 79,754 pecahan tembikar dan beratus-ratus artifak lain seperti manik, duit siling dan emas. Berdasarkan terdapatnya pecahan tembikar dan benda-benda lain dengan begitu besar berkemungkinan Gedong ini merupakan antara daerah yang memainkan peranan yang agak besar di dalam urusan perniagaan di daerah pedalaman Sarawak.

Penemuan beberapa artifak sejarah di Bukit Sandong iaitu 15 batu ke pendalaman Gedong telah menguatkan lagi andaian bahawa telah wujud satu peradaban besar di bahagian Samarahan.

Di Bukit Sandong telah dijumpai 30,000 serpihan tembikar yang mempunyai asal dan ketuaan seperti yang terdapat di Santubong dan Gedong. Ketulan emas yang dijumpai oleh orang awam di kawasan Gumpey pada tahun 2008 juga adalah satu lagi bukti Samarahan merupakan satu kawasan yang penting di zaman dahulu kala.

Jika dilihat dari konteks Samarahan sebagai sebuah negeri di bawah jajahan kekuasaan Kesultanan Brunei yang memerintah lebih kurang 500 tahun keatas Sarawak, ianya bermula sejak daripada sultan pertama Kesultanan Brunei lagi iaitu Awang Alak Betatar.

Awang Alak Betatar yang memeluk Islam dengan nama Sultan Muhamad dikatakan telah menerima ufti saban tahun daripada kerajaan negeri Samarahan. Di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, Samarahan menjadi sebuah jajahan yang penting. Lembah Sungai Sadong merupakan sebuah kawasan tanah subur yang sesuai untuk pertanian khususnya penanaman padi.

Gedong yang terletak hampir di pertengahan sungai telah menjadi sebuah pusat pentadbiran dengan menjadikan Gedung sebagai satu pusat pengumpulkan hasil dan barangan yang melalui Sungai Sadong. Mungkin disini timbulnya nama Gedung pada waktu itu.

Bertitik tolak betapa pentingnya Samarahan kepada kesultanan Brunei pada masa itu, maka ramai masyarakat Melayu Brunei yang telah berpindah ke kerajaan negeri Saramarahan termasuklah golongan bangsawan Brunei yang antaranya Pengiran Kasuma Yuda Pengiran Sharifuddin yang mangkat pada tahun 1832.

Pengiran Kasuma Yuda adalah ayahanda kepada Pengiran Indera Mahkota Muhamad Salleh iaitu wakil Sultan Brunei yang telah membuka Kuching suatu waktu dahulu. Jejak warisan keturunan golongan bangsawan ini dapat dibuktikan apabila terdapatnya sebuah Makam Pengiran Anak Sabtu di Muara Tuang, Samarahan yang masih kekal hingga ke hari ini.

Antara bukti lain yang mengaitkan kekuasaan dan kewujudan sebuah kerajaan negeri bergelar Kerajaan Negeri Samarahan dinyatakan di dalam sebuah manuskrip kuno Brunei yang dituliskan di dalam huruf Jawi di dalam bahasa melayu Brunei yang berjudul Alamat Zaman Ketakhtaan Negeri Baruni:

“ …… Dan pada masa itu Melaka di atas Kerajaan Negeri Juhur, Awang Alah Betatar beristeri ke Juhur lalu digalar Awang Alak Betatar. Adapun Seri Sultan Muhamad dan saudaranya patih berbai jadi Bendahara Seri Maharaja permaisuri digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar Damang/Temenggung Da Patih Damong. Bermacam-macam nama pengawa dianugerahi oleh baginda di Johor. Empat menteri dan askar dengan beberapa dayang-dayangnya dianugerahi nobat nagaragenta alamat serta sakalian alat-alat kerajaan yang berbagai-berbagai dan dianugerahi…buah nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sadong dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau…Johor pun memarintah juga ialah….”

Daripada laporan seorang pengkaji sejarah yang membuat pengkajian tentang artifak-artifak sejarah di Bahagian Samarahan khususnya di Lembah Sungai Sadong iaitu Lucas Chin pula membuat satu kesimpulan iaitu apa yang ditemui di Gedung dan Bukit Sandung telah menyatakan bahawa terdapat satu peradaban yang bertindak sebagai pelabuhan di kawasan pedalaman suatu masa dahulu.

3. KERAJAAN NEGERI KALAKA

Jika Kerajaan Negeri Santubong dan Kerajaan Samarahan-Sadong mempunyai pertalian yang kuat diantara satu sama lain namun ianya tidak kepada satu lagi kerajaan kuno yang hilang iaitu Kerajaan Negeri Kalaka.

Tetapi Kalaka mempunyai hubungkait secara langsung dengan sejarah Datuk Godam dan Pengiran Temenggung Abdul Kadir. Kedua-duanya bukanlah pemerintah untuk Kalaka pada waktu itu tetapi Kerajaan Negeri Saribas yang berpusat di Tandang Sari adalah jiran kepada Kalaka. Ini dapat dibuktikan di dalam Syair Tarsilah Cetera Dato’ Godam dan Temenggung Kadir Negeri Saribas yang dikatakan sebagai sebuah naskah agung yang mempunyai episod di dalam pensyairannya.

Syair Tarsilah Negeri Saribas; “Terhenti dulu kisah itu ..Tersebutlah pula habar suatu..Di Negeri Kalaka habarnya tentu .Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku…..”. Inilah bait-bait syair yang mengaitkan bahawa suatu waktu dulu Kerajaan Negeri Kalaka diperintah oleh 2 orang puteri bersaudara yang bernama Dayang Hubu dan Dayang Ruku.

Di dalam konteks sejarah lama Sarawak yang kebanyakan kerajaan lamanya adalah dibawah pengaruh Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit, nama Kalaka juga dinyatakan di dalam sebuah manuskrip lama berjudul Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 ada mencatatkan bahawa “Kalka” adalah salah satu daripada kerajaan yang menjadi jajahan empayar besar Majapahit.

Selepas kemerosotan empayar Majapahit, Kalaka dikatakan di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Johor dan diserahkan kepada Brunei sebagai satu hadiah kepada rajanya yang pertama iaitu Awang Alak Bertatar yang mengahwini kerabat diraja Johor. Ini dapa dibuktikan melalui sebuah manuskrip bertulisan Jawi Melayu Brunei berjudul Alamat Zaman Ketahtaan Nagari Baruni.

” Maka Awang Alak Batatar dangan Patih Barbai asal raja datang ghaib …. Pengawa jadi Pangiran ialah yang sangat gagah barani pada zamannya itu. Dan pada masa Ratu Malaka di atas karajaan Nagari Juhur, Awang Alak Batatar baristeri ka Juhur ialah digalarkan Awang Alak Batatar ada Seri Sultan Muhamad dan saudaranya Patih Barbai jadi Bendahara Seri Maharaja Permaisuara digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar jadi Panggawa dan dianugerahi oleh Baginda di Juhur empat menteri yang basar2 dan babarapa pagawai dan ngaskar dangan babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta sakalian alat-alat karajaan yang barbagai-bagai. Dan dianugerahi nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau, Juhur pun mamarintah juga. Dianugerahkan sakali kapada anak baginda manjadi milik sapanjang-panjang rantau itu di bawah parintah Sultan Barunai damikianlah riwayatnya pada zaman dahulukala.”

Untuk konteks bukti peradaban moden seperti penyelidikan atas artifak-artifak sejarah pula, banyak penyelidikan ke atas artifak sejarah yang ditemui menuju ke arah Kalaka sebagai sebuah negeri.

Lembah Sungai Kalaka yang tidak jauh dari Lembah Sungai Sadong iaitu sekitar 10 batu ke sebelah timur Santubong telah ditemui 9,469 serpihan tembikar China termasuk jenis Sawankhalok dan “blue and white ware”. Dari pengkajian yang dijalankan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa tembikar ini adalah tembikar abad ke 16 dan ke 17.

Terdapat juga penemuan artifak bersejarah di Tebing Tinggi yang mana di kawasan ini telah ditemui 41,762 serpihan tembikar yang seusia dan setua artifak yang ditemui di Nanga Kalaka. Dengan penemuan ini sudah cukup membukti bahawa Kalaka juga adalah antara kawasan yang penting di suatu waktu dahulu sehingga saudagar dari Tanah Besar China turut datang berniaga.

4. KERAJAAN NEGERI SARIBAS

Kerajaan Negeri Saribas sebenarnya berkongsi muara Batang Saribas dengan ibu kota Kerajaan Negeri Kalaka yang diperintah oleh 2 orang ratu bersaudara iaitu Dayang Hubu dan Dayang Ruku.

Kerajaan Negeri Saribas jajahan takluknya adalah lebih besar daripada Kerajaan Negeri Kalaka iaitu ianya mencakupi pertemuan Batang Saribas dengan Sungai Rimbas di sebelahnya. Pusat ibukota Kerajaan Negeri Saribas adalah Tandang Sari atau pada masa sekarang digelar Pusa. Di dalam manuskrip lama dinyatakan bahawa Kerajaan Negeri Saribas ini wujud sekitar abad ke-17 lagi.

Kerajaan Negeri Saribas ini dinyatakan bahawa ianya diperintah oleh seorang pembesar Kesultanan Brunei iaitu Pengiran Temenggong Datu Abdul Kadir. Dikatakan Pengiran Temenggung ini telah membawa diri daripada Brunei memandangkan anak tunggalnya Dang Chi’ atau Dayang Esah telah diambil oleh Sultan Brunei untuk menjadi isteri yang ke-3.

Sewaktu beliau menjadi pemerintah Saribas beliau telah bertemu dengan seorang putera dari Pagaruyung, Minangkabau iaitu Dato Gudam atau Raja Umar yang menyamar sebagai saudagar penjual kain.

Dato Gudam merupakan putera kepada Bendahara Harun, pembesar di Pagaruyung. Ketibaannya ke Saribas adalah kerana membawa hati yang kecewa setelah ditidakkan hak untuk menggantikan ayahandanya kerana dikatakan bukan bangsa Minang sejati kerana ibunya adalah berketurunan Belanda.

Setelah mengenali Pengiran Temenggong, beliau telah bersetuju untuk membantu Pengiran Temenggong mengambil anaknya semula daripada menjadi isteri ketiga kepada Sultan Brunei pada masa itu. Sopan santun dan kepintaran Dato Godam telah memikat hati Sultan Brunei sehingga beliau menjadi orang penting di Brunei dan dikahwinkah oleh Sultan Brunei dengan Dayang Esah atas permintaan Dato Godam sendiri.

Sebelum beliau berangkat pulang ke Pagaruyung atas permintaan ayahandanya, Sultan Brunei telah meminta beliau meninggalkan salah seorang anaknya di Brunei maka ditinggalkannya Datu Mantri anak keduanya dan disinilah permulaannya asal-keturunan. “Awang Damit-damit” iaitu asal keturunan Awang dan Dayang di dalam masyarakat Melayu Sarawak.

Kepulangan Dato Godam yang singgah sebentar di Saribas telah memberi perkhabaran gembira kepada Pengiran Dato Temenggung Abdul Kadir yang akhirnya mangkat dan Dato Godam menjadi pengganti pemerintah kepada Kerajaan Negeri Saribas.

Anak sulungnya Dato Uban pula telah menggantikan beliau dengan mewarisi nama Abang dan Dayang di dalam salsilah keturunannya. Dan disinilah bermulanya asal-keturunan Melayu Sarawak yang menggunapakai nama Abang dan Dayang. Di dalam Kerajaan Negeri Saribas inilah gelaran jawatan seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim bermula iaitu mengikut acuan jawatan dan gelaran bagi Kesultanan Brunei pada zaman itu. Dan kerana itulah banyak jawatan gelaran di dalam pemimpin masyarakat Melayu Sarawak masih lagi menggunakan Datu Patinggi, Datu Bandar sehinggalah sekarang.

Kewujudan Dato Gudam ini dapat disahihkan dalam beberapa segi seperti wujudnya sebuah makam lama di Pusa yang masih menjadi tanda sejarah untuk Kerajaan Negeri Saribas. Makam Dato Gudam adalah hanya selang beberapa meter daripada Makam Pengiran Temenggung Abdul Kadir dan juga Dayang Esah.

Keberadaan Kerajaan Negeri Saribas ini juga dicatatkan di dalam jurnal pengembaraan James Brooke yang mana di dalam jurnalnya ada mengatakan beliau telah singgah di sebuah negeri di dalam kawasan Sungai Saribas yang mempunyai banyak persamaan dengan jawatan pembesar di Brunei dan beliau berkesempatan berkenalan dengan seorang Aulaksamana Saribas yang berusia 90 tahun.

5. KERAJAAN NEGERI MALANO

Untuk Kerajaan Negeri Malano ianya tiada kaitan langsung dengan mana-mana kerajaan negeri yang dimaksudkan. Politi kerajaan yang hilang ini terletak di Kuala Sungai Rejang, iaitu sungai selepas Sungai Kalaka.

Jika dilihat kepada kewujudan nama Melanau itu sendiri mengikut sejarahnya adalah diberikan oleh Sultan Brunei keatas satu masyarakat yang menggelar diri mereka Likao iaitu masyarakat yang tinggal di persisiran Sungai Rejang. Kewujudan politi kerajaan ini dikatakan telah wujud sejak kurun Ke-13 lagi. Berkemungkinan besar Tugau iaitu seorang raja yang penuh dengan kesaktian itu adalah raja pemerintah kepada kerajaan negeri melano ini yang pertama.

Ini dapat disahihkan di dalam manuskrip sejarah kerajaan Brunei yang menyatakan bahawa di awal pemerintahan raja pertama Kerajaan Bo-ni iaitu sewaktu kemerosotan pengaruh kerajaan Majapahit ke atas wilayah di Borneo sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah iaitu sultan yang pertama Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei, wilayah Tutong yang ketika itu dibawah pentadbiran pembesar kerajaan Melanau iaitu Mawanga telah diserang oleh orang-orang kanan Sultan iaitu Awang Semaun, Awang Jeramabak dan Pateh Damang Sari.

Ini dapat disahihkan di dalam manuskrip sejarah kerajaan Brunei yang menyatakan bahawa di awal pemerintahan raja pertama Kerajaan Bo-ni iaitu sewaktu kemerosotan pengaruh kerajaan Majapahit ke atas wilayah di Borneo sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah iaitu sultan yang pertama Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei, wilayah Tutong yang ketika itu dibawah pentadbiran pembesar kerajaan Melanau iaitu Mawanga telah diserang oleh orang-orang kanan Sultan iaitu Awang Semaun, Awang Jeramabak dan Pateh Damang Sari.

Pertempuran untuk perluasan kuasa Kerajaan Brunei ini telah juga sampai sehingga ke Igan iaitu satu lagi jajahan Kerajaan Melano dibawah Basiung iaitu ipar kepada Raja Tugau.

Walau bagaimanapun, Basiung dan Raja Tugau yang mendapat bantuan daripada Kerajaan Sambas dan juga jajahannya yang lain tidak dapat menandingi jumlah tentera pimpinan Awang Semaun ini ditambahlagi kerajaan Brunei telah mendapat sokongan daripada masyarakat Iban Sarawak yang mengambil peluang untuk menjalankan tradisi ngayau kepada masyarakat Melanau pada waktu itu.

Setelah kekalahan di dalam pentempuran itu maka banyak wilayah Kerajaan Melano telah jatuh kepada kerajaan Kesultanan Brunei selepas itu.

Satu lagi manuskrip kuno yang membenarkan bahawa ada satu kerajaan wujud satu ketika dahulu adalah ianya tertulis di manuskrip sejarah kuno Nagarakertagama yang ditulis pada tahun 1365.

Di dalam manuskrip ini menyatakan ketika zaman kerajaan Majapahit mencapai puncak kegemilangannya iaitu sewaktu Hayam Wuruk memerintah ada menyebut Malano dan Brunei sebagai sebahagian daripada pembayar ufti kepada kerajaan Majapahit tersebut.

Jika Malano membayar ufti bermakna Malano bukanlah satu jajahan kecil sebaliknya sebagai sebuah kerajaan besar yang mencakupi beberapa jajahan kecil yang lain.

Jika dilihat daripada konteks jurnal-jurnal pengembaraan kuno sememangnya banyak tercatat bahawa Malano adalah sebuah peradapan suatu ketika dahulu. Catalan Atlas yang diwartakan pada tahun 1375 ada menunjukkan peta Kerajaan Malano di dalamnya malah ianya disahihkan di dalam peta orang Portugis yang menyatakan bahawa wujud sebuah politi bernama Malao di dalam peta pengembaraan mereka.

Manakala di Florence, Italy sebuah peta lama bertarikh 1595 ada mencatatkan bahawa kawasan persisiran barat Sarawak yang kini dikenali sebagai daerah Oya, Balingian dan Daerah Mukah juga ditandakan sebagai Malano. Malah ada rekod di dalam jurnal pengembaraan Negara Tembok Besar China iaitu Nan-hai-chih ada menyebut Achen atau Igan sebagai sebuah peradapan suatu ketika dahulu dan membuktikan bahawa saudagar-saudagar China juga pernah berkunjung ke Kerajaan Negeri Malano untuk berurusniaga.

Banyak bukti-bukti kukuh sama ada daripada penemuan tembikar atau barangan purba di kawasan sekitarnya serta beberapa dokumen sejarah lama yang membenarkan bahawa SARAWAK MEMPUNYAI 5 KERAJAAN KUNO YANG TIDAK DIDENDANGKAN untuk pengetahuan sejarah anak bangsa Sarawak sekalian.

Sumber: Bolhi Narani

Kurus dan lemak

Perasan tak? Orang yang pernah obese, kemudian kurus. Tapi selepas itu kembali obese?
.
Atau perasan tak, “Bila dah makin obese, makin susah nak kembali kurus?”
.
.
.
Well, there’s science behind these.
Tapi sebelum itu, saya kongsi mukaddimah dulu. Revision sikit.
.
Jika kalori yang kita makan (calori input) melebihi daripada kalori yang badan kita perlukan dan bakar (calori output), calori yang berlebihan itu (excess calori) itu akan ditukarkan dalam bentuk yang lain dan disimpan dalam beberapa tempat.
.
Antaranya, dalam sel lemak. (Adipose cell).
Itu adalah satu daripada fungsi sel lemak.
Senang nak faham kan?
.
.
Next. Apa kaitan dengan persoalan-persoalan di atas?
Begini....lebih banyak calori yang disimpan  (dalam bentuk yang tertentu) di dalam sel lemak, lebih besar saiz sel lemak tersebut.
Sel lemak akan membesar dan membesar.
This is how you increase your body size, inch and weight.
.
Tapi........apa jadi kalau hari demi hari badan kita tetap dapat kalori berlebihan?
Sel lemak ini akan membesar lagi, tapi sampai satu tahap maksimum sahaja. Seolah-olah, dah tak muat calori nak disimpan dalam sel lemak itu.
So how our body react is, make new fat cells!
Again. This is how you increase your body size, inch and weight. More than your previous.
.
.
Tapi, bila kita masih belum bertaubat dan cakap “Takpe...lepas ni aku diet lah” lalu tetap makan ikut selera menyebabkan kalori berlebihan lagi dan lagi.
Apa jadi seterusnya?
The process repeat. Sel lemak makin bertambah besar, makin bertambah banyak. Your body weight, size and inch will show it to you. Even your old pictures.
.
.
.
Katakanlah....sampai suatu masa.
Kita bertaubat. Kita amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif, tak mustahil badan kita kembali kurus.
.
Semasa dalam tempoh itu pula, badan kita menggunakan dan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang kita makan. This is called calori deficit, which is calori output is more than calori input.
.
Maka, segala calori yang disimpan di dalam sel lemak tadi akan digunakan.
Kesannya, sel lemak tadi akan berkurang saiznya.
Berat, saiz atau inci badan berkurang.
.
But, here comes the scary part. Sel lemak tadi tidak akan berkurang jumlahnya.
They reduce in size but not in number.
.
Yang buat sauna, sapu gel panas tu semua tetap tak boleh hapuskan sel lemak yang dah tercipta tu.
Sel lemak itu hanya boleh dibuang dengan pembedahan buang lemak. Liposuction.
Orang “have-have” boleh lah 😂.
.
Tu yang kalau perasan, orang yang obese tapi dah jadi kurus, kulitnya tak tegang. Sebab sel lemaknya masih ada. Dibawah kulit.
.
Apa yang sel lemak itu buat?
Mereka menunggu dan menunggu bila lagi kita akan makan kalori berlebihan supaya mereka boleh simpan lagi kalori. Supaya mereka boleh kembali membesar seperti dahulu kala.
(Ya Allah...my words are always sound dramatic. I’m sorry but I couldn’t help it).
.
.
Kesimpulannya.
1.Don’t ever think that being obese is okay just because you think you can diet and exercise later.
2.If you are obese now, don’t wait to change. Because more obese you be, more difficult for you to get normal. Berubah sekarang! Lagi obese, lagi susah nak kembalikan berat ideal.
.
Anda belum terlambat.
Mungkin anda rasa anda dah obese. Tapi sampai bila?
If you can’t get to your ideal weight, then don’t become more obese. Prevent the worse.
.
Sekian, terima kasih.
#Celoteh_MrDietitian
.
Ps : Maafkan saya jika posting menyinggung perasaan mana-mana individu.
Menjadi seorang yang obese, tidak sepatutnya membuatkan kalian malu dengan rupa fizikal anda. Definisi cantik dan comel itu subjektif.
Sebaliknya yang perlu anda risaukan ialah tahap kesihatan anda.
.
Love your body, be responsible to it.
Appreciate it, as we borrow it from The Creator.